Tuesday 14 April 2009

YANG LAYAK DAN YANG TERPILIH

Oleh - Hesmel Faznee Faisal

Sejak kebelakangan ini, pandangan penulis ada masanya agak kabur dan ada masanya agak jelas dan nyata. Namun, agak menyedihkan apabila penulis sedang mengalami “nervous breakdown” ini, pandangan penulis menjadi kabur yang mengerikan!

Berbalik kepada isu ini.

Apabila penulis melihat senarai kabinet baru Perdana Menteri ke-6, Datuk Seri Mohamad Najib Abdul Razak (Jose, I bet if he had left out the Tunship title, people will have difficulties in figuring out who the heck Mohamad Najib Abdul Razak is!), penulis tidak pasti apakah perkataan yang sesuai dan tepat untuk mengambarkannya.

Ramai yang berpendapat Najib telah “recycled” banyak Menteri yang datangnya daripada era Perdana Menteri ke-5, Tun Abdullah Badawi.

Ada juga yang berpendapat sesetengah daripada menteri ini memasuki “pintu belakang” (Nah, lagu Backdoor Man oleh The Doors memang cocok untuk inspirasi ini!) dan memegang jawatan Senator bagi membolehkan mereka menjadi menteri!

Pada pendapat peribadi penulis (yang sedang mengalami “nervous breakdown”!) ianya satu langkah yang bagus! Antara menteri yang menganggotai jemaah kabinet Najib menerusi pintu belakang ialah Tan Sri Koh Tsu Koon, Datuk Seri Shahrizat Jalil, Datuk Jamil Khir Baharom dan Raja Nong Chik.

Sebenarnya, mereka ini adalah lebih layak menjadi Menteri, daripada memilih ahli-ahli Politik yang sememangnya sudah pun sibuk (menjaga kawasan dan penyokong masing-masing!) dan rakus dengan jawatan masing-masing di dalam parti politik yang dianggotainya.

Sebenarnya, tiada kesalahan jika kita memilih seorang Senator menjadi Menteri (Jose, ini pendapat peribadi penulis!) dan mereka inilah sepatutnya yang dipilih memegang jawatan Menteri.

Rasionalnya, jika seorang itu dipilih dari kalangan ahli politik, bukan semua di kalangan ahli politik ini merupakan dari kalangan orang-orang yang bijak pandai. Maaf. Penulis tidak memandang rendah kepada golongan ahli politik tetapi hakikatnya ialah berapa ramaikah ahli politik yang bijak pandai?

Lihat sahaja kualiti hujah dan tingkahlaku yang ditunjukkan oleh segelintir ahli politik ini ketika mereka di dalam Dewan Rakyat. Amat memalukan!

Tidak salah jika kita memilih golongan fofesyional (pinjam istilah seorang Menteri) menjadi Menteri menerusi jawatan Senator. Mereka tidak mempunyai apa-apa kepentingan (sekali lagi Jose, bukan semua yang tidak mempunyai kepentingan!).

Jika pemilihan itu hendak dilakukan, penulis mencadangkan supaya biarlah golongan seperti ahli pemikir, pendidik, pegawai polis dan askar (Jose, di sini haruslah dinyatakan dengan jelas – biarlah berjawatan Jeneral!) dipilih untuk memegang jawatan-jawatan penting di dalam Kerajaan.

Dan apa yang penting ialah hendaklah memastikan bahawa golongan yang dipilih ini terdiri daripada golongan yang berfikiran objektif, serta bukanlah daripada golongan pembangkang (Jose, be rational ok. The opposition could be anyone, heck even the present Government would become an opposition if they are not careful!)

Selain daripada itu, apabila Datuk Seri Najib memperkenalkan KPI (Key Performance Index) sebagai kayu ukur kepada prestasi seseorang Menteri, sememang layaklah jika Menteri-Menteri ini dipilih daripada kalangan profesional. Biarlah mereka yang benar-benar layak menjadi Menteri dan ahli politik ini menjadi wakil rakyat sepenuh masa bagi menjaga kepentingan rakyat.

Maka disebabkan itulah jumlah Menteri itu harus dikecilkan dan biarlah golongan yang layak dipilih menjadi Menteri. Barulah kita dapat mengurangkan unsur-unsur partisan di dalam pentadbiran Kerajaan.

Dan barulah juga kita dapat mengurangkan unsur-unsur rasuah di dalam politik.

Berbalik kepada senarai Menteri baru Najib. Beliau melakukan tindakan yang bijak dengan melantik Senator menganggotai kabinet beliau. Sebagai seorang Senator, mereka tidak perlu dibebani dengan isu-isu politik kerana mereka benar-benar memberikan tumpuan kepada jawatan mereka.

Kita harus bersikap optimis dan janganlah mudah membuat sebarang andaian yang boleh menganggu gugat pentadbiran baru yang tidak sampai sebulan ini. Kita harus memberi peluang untuk mereka bekerja.

Lagipun, kita sudah mempunyai ramai pengkritik ada di antaranya secara tidak sedar, telah berjaya menjatuhkan kerajaan terdahulu (Jose, I bet you know whom I was making the reference to) dan golongan ini akan senantiasa memantau dan memerhati setiap gerak laku menteri-menteri baru ini.

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection.

2 comments:

add said...

Dalam pelilihan menteri ni kena balance dengan pembahagian parti komponen. Manakala menteri dipilih tidak boleh hanya cerdik dan pandai sahaja,, kerana kalau dipilih yang cerdik dan pandai akan jadi macam bekas menteri pelajaran dulu (Musa muhamad) seorang akademik, maka beliau akan memacu kementerian tanpa toleh kiri dan kanan tentang politik,,, ikut suka dia je,, yang penting pelajaran dan pendidikan dimartabatkan.
Kita kena pilih yang cerdik ,pandai dan bijak berpolitik. kerana kalau terlalu berpolitik pun tak boleh juga..nanti kementerian kemana apa kemana,, saya seronok dengan pendekatan dr rais yatim... beliau menggunakan akal dan panduan yang telah ditetapkan dan beliau seorang yang berpegang teguh dengan prinsip.

The Eugenist said...

Saya setuju dengan pendapat saudara, cuma apa yang dimaksudkan saya ialah dari aspek politiking ini, jika perlu hendaklah dikurangkan.

Jika dilihat dengan keadaan sekarang, parti pembangkang sudah mula mengambil pendekatan dengan memberikan ruang kepada ahli akademik dan cerdik pandai untuk menceburi di dalam bidang politik.

Namun amat sedikit yang diberikan ruang kepada golongan akademik di dalam parti BN, misalannya.

Jika kita hendak membahagikan dan mengimbangkan di antara sifat akademik dan politik, langkah itu haruslah dimulakan sekarang.

Terutamanya menjelang PR13 yang akan datang.

SENI BAHASA DAN SENI RUPA DALAM CERMINAN AKAL BUDI MELAYU

                                                                                Oleh - Hesmel Faznee Faisal Allahyarham Pendeta Za’ba (1985-...