Thursday 16 April 2009

T.G.O.P


Oleh – Hesmel Faznee Faisal

Salam, kepada para bloggers dan pembaca blog Bacalah (Harapanku ialah adalah setidak-tidaknya seorang yang sudi membaca blog syok sendiri ini!)

Malaysia ialah sebuah negara yang mempunyai cukup banyak kisah-kisah dramatik dan tragik, baik dari segi aspek politik, moral, agama mahupun seni.

Penulis tidak mahu mengelaborasi (Jose, why must I spoilt the word elaborate and tried to Malaysianized it? THAT’S WHY IT IS IMPORTANT TO NOTE THAT THE PPSMI policy is important for our younger generation, Jose!!) dengan lebih lanjut tentang perkara di atas tetapi apa yang ingin ditekankan di sini ialah kehadiran secara “rasmi” The Grand Old Politician.

Semalam (15 April, 2009), bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah turut menjadi tetamu kehormat semasa pelancaran model kereta Proton Exora yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Sepanjang lima tahun yang lepas sehingga kini, Proton telah melancarkan hampir 4 buah model baru keluarannya. Hanya satu model sahaja yang telah dilancarkan oleh The Grand Old Politician, manakala yang lainnya samada telah dilancarkan oleh YDP Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin (Jose, I think Tuanku had launched the Persona model) serta pemuzik Dream Theatre, yang kebetulannya juga adalah bekas Perdana Menteri. Sepanjang tempoh tersebut, tidak ada langsung kemunculan TGOP ke majlis tersebut. Mungkin mereka terlupa, barangkali?

Kemunculan The Grand Old Politician (TGOP) ke majlis pelancaran Proton Exora merupakan satu upacara yang mempunyai beberepa interpretasi. Antaranya, ia menunjukkan bahawa Proton telah “mengiktiraf” peranan The Grand Old Politician di dalam kewujudan Proton dan peranan beliau sebagai penasihat. Atau mungkin pengiktirafan beliau sebagai the elder statesman bagi pentadbiran kerajaan baru Datuk Seri Najib.

Penulis tidak berniat langsung untuk membuat sebarang spekulasi atau andaian tentang sesetengah pihak mengenai campur tangan TGOP di dalam pentadbiran Najib, ditambahkan lagi dengan perlantikan anak beliau sebagai Timbalan Menteri.

Bagi penulis jika brother Mukhriz layak, mengapa tidak? Mungkin Najib berpendapat, adalah lebih baik melantik manusia daripada melantik seekor beruk! (That’s a tongue in cheek joke, Jose!)

Sebenarnya, kita mungkin terlupa atau terlepas pandang dengan kata-kata yang sering diberikan kepada orang muda seperti nasihat orang berpengalaman janganlah dipandang sepi, dengar cakap orang-orang tua dan orang tua lebih dulu makan garam.

Jadi, apa yang penulis lihat ialah mungkin, mungkin Najib ingin mengambil nasihat dan petua daripada TGOP, tambahan pula TGOP telah berpengalaman mentadbir negara kita lebih daripada 2 dekad.

Ada yang berpendapat negara kita makmur dan megah di persada antarabangsa sepanjang dekad tersebut, namun ada juga yang merasakan bahawa kita hidup dalam neraka jahanam sepanjang tempoh tersebut!

Ia sebenarnya bergantung kepada apa yang telah dilalui. Bagi penulis, 5 tahun di dalam neraka itulah yang lebih mengerikan. Rasanya ada yang mengerti apa yang penulis maksudkan.

Namun yang demikian, apa yang lebih penting ialah kita harus ingat bahawa bukan semua nasihat orang dahulu kala itu boleh digunakan. Tetapi kebanyakannya amat bersesuaian pada waktu dan keadaan yang tertentu!

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection

No comments:

SENI BAHASA DAN SENI RUPA DALAM CERMINAN AKAL BUDI MELAYU

                                                                                Oleh - Hesmel Faznee Faisal Allahyarham Pendeta Za’ba (1985-...