Wednesday 22 April 2009

PERANG DI ALAM TERANG

Oleh – Hesmel Faznee Faisal

Penulis teringat sebuah kisah suatu masa dahulu.

Apabila penulis menjelaskan “suatu masa”, ia tidaklah sejauh beratus tahun, berpuluh tahun atau bertahun-tahun lampau. Hanya beberapa tahun lepas, sekitar tahun 2007-2008. Pada masa itu, Menteri Penerangan pada masa itu, telah menyatakan bahawa penulis blog dan penulisannya tidak boleh diterima pakai untuk dilapurkan di dalam media mainstream.

Namun, keadaan berubah sejak dua menjak selepas itu. Penulis ingat, semasa T.G.O.P menjalani pembedahan jantung untuk kali ke2, ramai wartawan membuat liputan dan laporan mengenai perkembangan pembedahan beliau melalui blog
http://rantingsbymm.blogspot.com/ .

Boleh dikatakan bahawa setiap ayat serta laporan yang dikeluarkan oleh berita mainstream mengenai perkembangan T.G.O.P, banyak memetik cerita-cerita daripada blog tersebut.

Selepas itu, ramai pemberita membuat quote daripada blog sebagai cerita di dalam akhbar masing-masing. Ini membuatkan penulis melihat kembali kepada pentingnya media baru kepada masyarakat, selain daripada media tradisional sekarang (Jose, as a matter of fact, the so called blogs as the new media will soon become the traditional media when everyone prefers to read blogs as the main news source).

Penulis membangkitkan isu ini kerana baru-baru ini, sebuah akhbar media perdana telah dipetik sebagai melaporkan satu berita daripada blog milik seorang pemimpin pembangkang. Ia memetik sebagai berkata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim harus juga menjadi Menteri Broadband.

Menurut beliau, penggunaan broadband dilihat sebagai masih belum digunakan secara meleluasa. Sebagai menteri yang bertanggungjawab ke atas perkara ini, Datuk Seri Rais sepatutnya mengambil inisiatif memastikan ianya digunakan di banyak tempat.

Di sini, penulis melihat kepada beberapa aspek yang perlu diambil perhatian.

Seandainya penggunaan broadband ini dikembangkan ke merata tempat, maka kewujudan media tradisional akan mungkin menjadi semakin menguncup dan seterusnya akan hilang pengaruhnya, ditelan pengaruh media baru.

Tidaklah mustahil, sebuah kampung yang terletak di jauh pendalaman di Kelantan akan mempunyai akses memasuki internet jika penggunaan broadband ini diluaskan. Dan pada masa itu juga, tidaklah mustahil pembangkang akan mampu mendirikan kerajaan pusat.

Rasionalnya?

Bukankah pada masa sekarang, pihak pembangkanglah yang paling mendapat banyak faedah daripada penggunaan media baru (Berdasarkan kepada jumlah blog pro pembangkang yang cukup tinggi!) serta menggunakannya ke tahap yang maksima.

Kerajaan, menerusi penggunaan media elektronik tradisional (seperti televisyen, radio dan akhbar) tidak begitu menitikberatkan kepada media baru ini. Hanya sejak kebelakangan inilah barulah dapat dilihat begitu ramai pemimpin kerajaan menggunakan media baru untuk menyalurkan ideologi dan pemikiran mereka. Ini dapat dilihat menerusi peningkatan jumlah ahli politik yang mula menggunakan Facebook, blog dan sebagainya sebagai medium komunikasi di antara masyarakat.

Namun, agak menarik untuk difokuskan di sini ialah apakah selayaknya kebanyakan daripada blog milik ahli politik ini dipanggil sebagai blog?

Ini kerana kebanyakannya dilihat sebagai terlalu formal dan tidak memenuhi kriteria sebuah blog, seperti kelazimannya. Sebuah blog yang sebenar harus mempunyai layout yang seminima yang boleh.

Namun yang demikian, apa yang perlu diambil perhatian ialah seandainya penggunaan broadband ini diperluaskan ke daerah pendalaman, maka pihak pemerintah harus mengambil perhatian dan bersedia untuk “berperang” di dunia siber yang lebih mencabar.

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection

2 comments:

Anonymous said...

sempat ke politician ni tulis blog?
sesetengahnyer minta staf pejabat depa yg tulis.
hesmel, aku dah pindah ke bleachjournal.wordpress.com

The Eugenist said...

Oh, ya.. Aku terlupa nak sebutkan tentang "ghost writer" dalam tulisan atas.

SENI BAHASA DAN SENI RUPA DALAM CERMINAN AKAL BUDI MELAYU

                                                                                Oleh - Hesmel Faznee Faisal Allahyarham Pendeta Za’ba (1985-...