Wednesday 1 April 2009

BANGSA

Oleh – Hesmel Faznee Faisal

Dari satu kepada dua,
Tiga, empat,
Seterusnya,

Kita makin jauh,
Kita makin menyimpang,
Gusar,
Risau,
Bimbang,
Gentar,
Kita semakin terhakis,
Keimanan kian terkikis,

Aku pernah melihat ianya serumpun,
Aku kini risau,
Andai tidak terizin memohon ampun,
Kerna tidak mahu melakukan apa-apa,
Kerna berdiam tidak tahu apa-apa,

Sejarah menjadi sejarah,
Sejarah turut menyatakan,
Kita tiada persepsi tentang sejarah,

Yang bangsat menjadi Tuhan,
Yang berjiwa Tuhan menjadi bangsat,
Yang bangsat dan berjiwa Tuhan,
Saling melepasi garisan takdir,
Dan terlepas dari kebenaran hakiki,

Renungan tiada punya sebarang maksud,
Maksud tiada punya sebarang pengertian,
Pengertian tiada maksud dan renungan,

Yang bangsat,
Terus angkuh,
Dan megah menjadi bangsat,

Yang tiada bertuhan,
Terus bongkak berlagak Tuhan
Apakah kerna Tuhan tidak dibangsatkan,
Atau mungkin kerna bangsatnya Tuhan,
Mereka tak mungkin nampak kebenaran?

Bangsa itu bernama nanar,
Berbinkan bongkak,
Berbintikan dosa,
Bangsa ini tertawa-tawa,
Seraya awan menghilangkan muka,
Bangsa ini mengilai gembira,
Tatkala syurga terbahagi dua,

Bangsa ini bangsat bangsanya,
Kerna tidak lagi sedar,
Bangsanya kian hakis identitinya…

Open Universiti Malaysia, 1 April 2009

No comments:

SENI BAHASA DAN SENI RUPA DALAM CERMINAN AKAL BUDI MELAYU

                                                                                Oleh - Hesmel Faznee Faisal Allahyarham Pendeta Za’ba (1985-...