RASUAH..

Oleh -Hesmel Faznee Faisal

Salam kepada para bloggers dan pembaca blog bacalah..

Rasanya, baru semalam (16 March 2009) penulis ada menghantar satu "artikel" (konon!) ke blog ini, mengenai betapa keji dan terkutuknya perbuatan rasuah.

Hari ini (17 March 2009), terpampang di dada akhbar tentang beberapa orang tertentu yang telah dikenakan tindakan (atau mungkin akan diambil tindakan) berikutan pembabitan mereka di dalam politik wang. Mereka ini, yang merupakan calon-calon untuk jawatan tertentu dan terpenting di dalam parti politik tertua di Malaysia ini akan mungkin terlepas peluang untuk bertanding di dalam jawatan yang telah tawarkan kelak, sekiranya didapati bersalah.

Penulis risau sekiranya mereka ini terlepas dan berjaya memenangi jawatan tersebut. Ini kerana orang-orang yang telah terpalit dengan tuduhan rasuah ini, maruah mereka akan sedikit tergugat dan tercalar. Bak kata pepatah Melayu, masakan pokok boleh bergoyang jikanya dianya tidak ada angin! Selain daripada itu, penulis yakin orang ramai akan bersikap skeptikal seandainya mereka menjadi ketua dan pemimpin kepada negara kita.

Apabila bercakap mengenai soal rasuah bagaimanakah caranya hendak kita mendefinisikan perbuatan rasuah? Apakah dengan memberi kenduri itu dianggap rasuah? Atau mungkin memberi sedikit tambang perjalanan ini dikira rasuah? Penulis keliru. Disebabkan inilah, masyarakat kita masih belum berjaya mendefinisikan rasuah secara tepat dan benar. Apalah gunanya jika kita mempunyai pelbagai bentuk suruhanjaya tetapi semuanya ini tidak tersuruh!

Penulis tidak berminat langsung untuk mengulas tentang soal si tertuduh atau mereka yang terlibat dengan rasuah ini kerana penulis yakin ada blogger lain yang telah pun membuat ulasan tentang perkara ini. Cuma apa yang menjadi kekhuatiran ialah bayangkanlah, satu situasi di mana hendak mendapat tempat di dalam universiti, terpaksa rasuah. Hendak mati, terpaksa rasuah, nak dikebumikan, rasuah. Masuk tandas, rasuah. Segalanya rasuah. Berdoa rasuah, berjumpa Tuhan pun terpaksa rasuah!

Penulis yakin, ianya akan mungkin berlaku dan ianya TELAH berlaku!

Kita Kan tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu - The Salam Connection

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
mampukah kita menghalangnya...?
The Eugenist berkata…
Insya Allah...

Kita boleh. Kalau kita bersungguh kita mampu mengatasinya, walaupun tidak menyeluruh. Sebagai permulaan, kita dianggap berjaya jika mencapai 15% atau 20%.

Catatan popular daripada blog ini

MENANGGUK DI AIR YANG KERUH

APAKAH AVM DAN BENARKAH ANDA HANYA MENGALAMI MIGRAIN?

ALLAHYARHAM TAN SRI DR P RAMLEE