Thursday 5 March 2009

KATA-KATAKAN...

Oleh – Hesmel Faznee Faisal

Katakan,
Perkataan-perkataan yang dibisikkan,
Manisnya adalah satu persepsi,
Indahnya satu imansipasi,

Dan ngeri kematian telah menjadi jambatan realiti,
Kepada kekusutan langit yang berpintal,
Seharusnya ia menterjemahkan,
Segala gambaran yang tak terluah dek kata-kata,

Dan khutbah ini melagukan lagu sama,
Apakah ada bezanya?
Dan suara ini menghamburkan harapan berbeza,
Apakah tercetus kelainannya?

Namun akhirnya,
Kesedaran mengupas kulit angan-angan,
Melahirkan hiba pilu jerih rasa,
Dan tercubitkah tidur yang panjang?

Kesempurnaan bicara ini,
Apa adakah ia ungkapan penuh bahaya?
Kerana lupakah sejarah kepada kegagalan,
Ianya berpunca dari kata-kata..

No comments:

SENI BAHASA DAN SENI RUPA DALAM CERMINAN AKAL BUDI MELAYU

                                                                                Oleh - Hesmel Faznee Faisal Allahyarham Pendeta Za’ba (1985-...