DURI DALAM DAGING


Oleh - Hesmel Faznee Faisal

Salam, kepada para bloggers dan pembaca blog Bacalah.

Semalam (28 Mac 2009), telah mencatitkan lagi satu sejarah di dalam parti politik tertua di Malaysia iaitu UMNO.

Antaranya, Datuk Seri Abdullah Badawi akhirnya telah meletakkan jawatan sebagai Presiden parti tanpa perlu dipaksa melakukannya (Jose, from an introspect he was forced to stepped down from that post, mind you!) dan Datuk Seri Najib telah mengambil alih jawatan tersebut, walaupun telah memenanginya tanpa bertanding.

Selain daripada itu, majilis perhimpunan Agung UMNO semalam juga telah menyaksikan kepulangan bekas Presiden, Tun Dr Mahathir Mohamad ke parti. Bolehlah dikatakan nasib Tun amat baik, jika dibandingkan dengan 3 lagi bekas Presiden parti yang lalu, Allahyarham Dato’ Onn Jaafar, Almarhum Tunku Abdul Rahman dan Almarhum Tun Hussien Onn kerana mereka telah meninggal dunia bukan sebagai seorang ahli UMNO.

Allahyarham Dato’ Onn misalannya, meninggal dunia bukan sebagai ahli UMNO apabila beliau bertindak keluar dari parti dan menubuhkan parti Negara. Allahyarham Tunku Abdul Rahman mangkat sebagai penasihat S46 dan Allahyarham Tun Hussein Onn meninggal dunia bukan sebagai ahli UMNO kerana beliau tidak menyertai parti UMNO Baru, setelah UMNO lama telah diharamkan penubuhannya.

Dalam dilihat dengan jelas wajah ceria terpancar di raut muka Tun Dr Mahathir apabila beliau telah diberi penghormatan untuk turut serta di atas pentas dan akhirnya beliau telah bersama dengan “mangsa kritik” beliau yang utama, Pak Lah.

Penulis dapat merasakan, selepas ini usaha-usaha untuk menyatupadukan orang Melayu akan menjadi lebih mudah dan tersusun.

Akan tetapi,

Terdapat lagi “duri dalam daging” yang masih lagi menjadi masalah kepada parti tersebut.

Penulis tidak mahu menyebut apakah ianya duri tersebut, kerana penulis yakin ramai orang mengetahui tentang perkara ini. Penulis yakin, Presiden parti yang baru tahu untuk mengatasi masalah tersebut kerana duri tersebut akan menjadi penghalang kepada usaha untuk memperkukuhkan dan memperkasakan UMNO.

Seperti yang telah kita sedia maklum, semasa “duri” tersebut diumumkan sebagai pemenang kepada suatu jawatan, terdapat sedikit kekecohan yang timbul. Selain daripada itu, “duri” tersebut juga telah dijelek dan diherdik semasa Datuk Seri Najib menyebut nama “duri” tersebut.

Penulis bimbang, seandainya ianya akan menjadi penghalang kepada usaha untuk menyatukan balik ahli-ahli UMNO yang dilihat telah berpecah antara satu sama lain. Ini dapat dilihat apabila penyokong calon-calon tertentu telah timbul sedikit salah faham antara sesama mereka.

Penulis yakin, ianya akan dapat diatasi oleh kepimpinan tertinggi UMNO.

Presiden parti tahu bagaimana cara yang hendak dilakukan bagi mengeluarkan duri dari daging ini. Namun, masalah mungkin akan timbul kerana duri tersebut mempunyai penjaga.

Penulis bimbang, parti ini akan menjadi lemah semula seandainya duri ini tidak dibuang.

Demi perpaduan Melayu yang kembali bertaut semula ini, duri tersebut harus dikeluarkan dengan apa jua cara sekalipun!

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Malam Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection.

photo courtesy from The Star - http://gallery.thestar.com.my/

Ulasan

add berkata…
Tak payah berselindung di sebalik "duri" cakap direct je duri itu ialah KJ.... semua orang tak marah kecuali SUKJ je,,,
zidlan berkata…
salam tuan...
apa yg sy terkejut di PWTC tempohari adalah kebanyakan EXCO pemuda adalah orang2 KJ. Sy rasa semua perwakilan bukan sahaja undi KJ tetapi pada semua rakan2nya. Adakah ini satu percaturan ataupun memang satu kehendak perwakilan dalam pemuda?
Lihat sahaja reaksi KJ ketika pengumuman dijalankan. Berdiri, tersenyum dan bertepuk tangan pada hampir semua nama yg diumumkan. Apakah ini yang pemuda mahukan?
The Eugenist berkata…
Salam..

Saudara Add, sebenarnya duri dalam daging ini ada banyak... Saya tidak mahu menamakan orang tersebut kerana bukan orang tersebut yang saya maksudkan, tetapi ramai lagi.

Saya bersetuju dengan komen saudara Zidlan. Dia tahu siapa duri yang saya maksudkan dalam tulisan ini.

HESMEL FAZNEE FAISAL

Catatan popular daripada blog ini

MENANGGUK DI AIR YANG KERUH

APAKAH AVM DAN BENARKAH ANDA HANYA MENGALAMI MIGRAIN?

PEMIKIRAN KREATIF