Friday 13 February 2009

SYOK SENDIRI

Oleh – Hesmel Faznee Faisal

Agak lama penulis tidak menulis (Sebenarnya Jose, si penulis ini lebih banyak merapu dari menyatakan fakta!) Kalau tidak salah, mungkin lebih dari 2 bulan. Menulis di sini bukanlah sekadar menulis artikel (konon!).

Tetapi menulis apa sahaja yang boleh dinyatakan di dalam blog yang masih lagi bersifat “syok sendiri”.

I doubt people have come to this website and spend more than 5 minutes reading any of the so called writings in this blog.

I even have stronger doubt that all the blog giants such as Rocky, Chedet or even RPK want to have my blog being link to theirs! That’s how I strongly feel about my blog!.

On another issue, lots of nonsense has taken place in Malaysia during my absence in the blogosphere.

Barisan Nasional has managed to seize the Perak State administration from Pakatan Rakyat.

Penulis rasa simpati dengan nasib bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamalludin (No, Jose! He is not related to Khairy Jamalluddin!!) yang telah ditumbangkan hanya kerana beberapa ekor semut, memasuki telinganya. Penulis menggunakan gambaran simbolik kerana tidak mahu ada pihak yang merasakan penulis takes sides (berat sebelah daa…)

Ada yang berpendapat ianya perlu kerana orang Melayu bukannya sekadar tunggangan. Ada yang mengatakan bahawa orang Melayu telah diperkudakan dan malangnya tidak ada sesiapapun yang mengalakkan orang Melayu membuka bisnes menternak kuda!

Datuk Seri Nizar masih berpendapat beliau masih lagi seorang Menteri Besar yang sah dan tindakan Barisan Nasional ini adalah satu tindakan coup-detat.

Itu, penulis tidak pasti tetapi apa yang pasti semua orang berhak untuk bersuara dan ada masanya, tindakan seseorang itu telah menidakkan haknya untuk bersuara. Di dalam kes ini, apa yang telah berlaku di Perak merupakan satu perkara yang sudah dijangkakan dari awal lagi.

Tindakan YTM Sultan Azlan Shah tidak mengikuti nasihat Nizar supaya satu pilihanraya kecil diadakan merupakan satu perkara yang tidak perlu dipersoalkan. Ini kerana, YTM Sultan lebih mengetahui apa yang baik dan yang tidak semasa baginda membuat keputusan.

Semua orang harus menerima apa jua keputusan dengan hati terbuka. Jika kita benar-benar ikhlas memperbaiki keadaan, kesungguhan dan juga iltizam akan membuatkan kita boleh melakukannya.

Janganlah kita hanya “syok sendiri” dan menganggap kita masih lagi ketua, walaupun hakikatnya tanjak ketua kita ini telah pun diambil semula ataupun mungkin kita tidak lagi layak untuk memakainya lagi!!

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection.

1 comment:

Zanie said...

Mungkin benar kata saudara tetapi sultan ini jugalah yang telah menulis dalam bukunya sewaktu masih menjadi hakim negara bahawa sultan hanya bersifat formaliti semata-mata dalam sistem perlembagaan negara. kata baginda, jika pihak eksekutif mencadangkan supaya dewan dibubarkah beliau hendaklah menurut sahaja kerana peranan baginda hanyalah bersifat formaliti...
"`Under normal circumstances, it is taken for granted the Agong would not withold his consent to a request for dissolution of Parliament. His role is purely formal'"

SENI BAHASA DAN SENI RUPA DALAM CERMINAN AKAL BUDI MELAYU

                                                                                Oleh - Hesmel Faznee Faisal Allahyarham Pendeta Za’ba (1985-...