Thursday 19 February 2009

LETIH PENAT LELAH

Oleh - Hesmel Faznee Faisal

Letih penat melihat kepenatan,
Penat letih mengusung kebosanan,
Penat penat diseru lelah kehidupan,
Letih dan penat mencari jalan penentuan,

Lelah letih penat dihimpun serumpunan,
Letih penat lelah menyabung ranjau kehidupan,
Penat lelah letih menggapai awan angan-angan,

Kuhimpun penat dan letih dalam satu keadaan,
Kukumpul lelah dalam satu makna yang bersesuaian,
Bagai pita hidup terputus ditengah mainan,
Terasa penat merakam aksi kehidupan,

Kupenat,
Kuletih,
Kelelah,

Kepada yang berkenaan,
Tolong hentikan segalanya,
Kerna jiwa makna sudah lemah menunggu menjadi saksi kejadian.

Open Universiti Malaysia – 19 Feb 2009

3 comments:

bungaraya said...

Letih dan penat lalu ketidoran,
Tak sedar sehingga ada yang mengambil gambar ku.
Setelah letih dan penat mengadu ketahanan,
Diatas ranjang bersama jantan
bukan satu malah ramai orang
termasuk yang kelabu, putih dan hitam
Arhhhhhnyaman
Lalu aku lemah dan keletihan.

JoE said...

teman,
sumpahmu pada keletihan tanpa makna
hari esok bukan syurga
deritamu kurasa jua
rantai dikaki
jiwa di sana
keliru dalam dusta

The Eugenist said...

Sahabat2..

Bunga Raya dan Haris WM,

Sebenarnya saya letih mendengar keluhan dan juga kekalutan perang yang berlaku antara Zionism dan Palestine..

SENI BAHASA DAN SENI RUPA DALAM CERMINAN AKAL BUDI MELAYU

                                                                                Oleh - Hesmel Faznee Faisal Allahyarham Pendeta Za’ba (1985-...