ITU LU PUNYA PASAL, APASAL GUA MAU CARI PASAL?

Oleh – Hesmel Faznee Faisal

Sesuatu kebudayaan itu akan ditentukan menerusi pengamalnya. Ini merupakan sebuah perkara yang tidak dapat dinafikan lagi. Apabila masyarakat melihat budaya tersebut daripada aspek kehidupan dan juga pandangan mereka sendiri, ianya mungkin akan menjadi pandangan yang bersifat peribadi. Itu tidak boleh dinafikan juga.

Dalam persoalan mengenai masyarakat, kita tidak boleh mengenepikan pandangan majmuk. Namun kita juga tidak boleh menidakkan pandangan minoriti. Penulis sedar, intro penulis pada kali ini agak panjang, kerana penulis sengaja berbuat demikian.

Ini blog penulis,
I have all the rights to write in whatever ways I preferred to! (An example of a naïve statement by a naïve writer!)


Baru-baru ini sebuah kes yang agak panas telah melanda seorang ADUN wanita di Selangor. Aksi beradu (Bukan Jose, bukan lagu Mantera Beradu!!!) beliau telah dirakamkan tanpa dia mengetahuinya.

Tampillah pelbagai pihak, dari golongan siasah, mahupun aktivis politik yang menjerit meminta wanita ini meletakkan jawatan kerana mempunyai moral yang rendah!

Malah, ada juga satu pertubuhan yang mana namanya sering disamakan dengan perkhidmatan GPRS turut meminta wanita ini meletakkan jawatan! Alasan yang diberikan ialah kerana wanita ini mempunyai moral dan akhlak yang rendah dan tak layak untuk menjadi pemimpin masyarakat!

Jose, has our society gone mad? We see people giving their opinions with foam coming out from their mouth, which is similar to a dog infected with rabbies.


Kehidupan peribadi seseorang itu tidak harus dicerobohi. Kehidupan mereka tidak harus dipersoalkan. Samada mereka ini ingin berbogel di dalam rumah, membuang air besar dengan cara duduk mencangkung di atas mangkuk tandas atau mandi tanpa memakai kain basahan, semuanya adalah hak peribadi dan mutlak manusia tersebut!

Yang agak dikesali ialah usaha-usaha politik kanak-kanak menjadikan perkara ini sebagai isu besar haruslah dikesali dan politikus kita harus berasa malu dengan tindakan ini. Penulis tidak tak sides dengan mana-mana pihak. Walaupun penulis adalah ahli UMNO (
Jose, this is a statement with full sarcsasm!
) penulis merasakan bahawa tindakan sesetengah pihak daripada kumpulan tertentu mendesak wanita ini meletakkan jawatan adalah semata-mata mempunyai azam politik.

Jika benar wanita itu terpaksa meletakkan jawatan, kita akan melihat 3 buah bukit menjadi rebutan pelbagai pihak. Penulis teringat orang tua pernah berkata, bukit emas kalau ditarah pun bisa menjadi rata!

Penulis yakin, pak tua yang bakal meninggalkan rumah kuasa akan tidak lagi menjadi masalah kepada timbang tara politik tanahair.

Tetapi jika kali ini, mereka tertewas, sudah pasti ada sesuatu yang tidak kena dengan suasana politik tanahair!

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection.

Ulasan

bungaraya berkata…
Heheheehe
Jika saya boleh mengundi antara tiga bukit tersebut. Saya pilih untuk mengundi di Bukit Te lanjan g. Saya sangat berminat berketuakan perempuan yang suka berbogel!!!!
The Eugenist berkata…
Bungaraya...

Statement panas tu....!!

Catatan popular daripada blog ini

MENANGGUK DI AIR YANG KERUH

APAKAH AVM DAN BENARKAH ANDA HANYA MENGALAMI MIGRAIN?

PEMIKIRAN KREATIF