Friday 9 January 2009

YAHUDI DAN PALESTIN PERSIS MELAYU DI MALAYSIA

Oleh – Hesmel Faznee Faisal

Salam, kepada para bloggers dan pembaca blog Bacalah (kalaulah ada, dan harapan penulis, biarlah tiada!)

Di Malaysia, dua isu pokok telah mula timbul sejak kebelakangan ini. Selain daripada itu, tumpuan rakyat Malaysia telah terbahagi kepada dua, iaitu meneliti perkembangan mutakhir Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu (PKKT) atau konflik di Semenanjung Gaza yang sudah masuk minggu ke 2.

Setakat ini hampir 700 rakyat Palestin terkorban manakala 17 orang Israel menemui ajal (Jose, don’t you get it? 1 Israelite life is equivalent to 100 Palestinians!) di dalam konflik terbaru ini.

Apa yang menarik tentang konflik yang berlaku ini (Jose, there is nothing interesting in WAR, mind you!!!) ialah peperangan antara rakyat Palestin dan rakyat Israel ini adalah persis perselisihan faham antara seorang abang dan seorang adik!

Jika dilihat pada factor sejarah, bangsa Arab (Palestin) dan Israel ialah dua beradik dari keturunan anak-anak Nabi Ibrahim, iaitu Ismail (Arab) dan Ishak (Israel). Sebenarnya, perang yang tercetus sekarang tiada langsung kaitannya antara agama namun sebaliknya perebutan antara hak masing-masing untuk mendirikan kerajaan masing-masing.

Mengingatkan kembali penulis kepada konflik (Jose, konflik tercetus apabila keinginan A tidak sama dengan pihak B, maka dari sinilah tercetusnya konflik!) antara parti PAS dan UMNO. Kepada mereka yang tidak tahu (atau tidak mahu tahu!), PAS merupakan sebahagian daripada UMNO.

Apabila Hj Ahmad Fuad (golongan cendikiawan Islam di dalam PAS) bertindak mengambil keputusan untuk mencabar kepimpinan Almarhum Tunku Abdul Rahman selaku Presiden UMNO dan beliau kalah di dalam pemilihan ini, maka lahirlah parti PAS yang secara tidak langsung wujud kerana mendapat sokongan penubuhannya daripada kerajaan British (Menerusi Registrar of Party).

British memang sejak azalinya mempunyai sikap imperialismenya. Mereka tahu kesan kewujudan parti PAS akan mengakibatkan bangsa Melayu akan terus berpolitik antara satu sama lain. Ia juga akan mewujudkan kegagalan untuk bangsa Melayu bersatu dan menentang ancaman yang sedang melanda ke atas mereka, kerana wujud perasaan tidak selesa antara bangsa ini disebabkan oleh sikap berpartisan. Bukanlah niat penulis ingin menidakkan kewujudan PAS, yang dilihat sebagai berkaliber dan parti UMNO sebagai parti yang telah berjasa kepada kemakmuran bangsa Melayu.

Pokok pangkalnya ialah keadaan ini sama seperti apa yang sedang berlaku di Palestine. Melalui perjanjian yang dimeterai oleh perjanjian Balfour, di mana British telah “mencampakkan” pendatang-pendatang Yahudi yang tidak bernegeri ini ke Palestin, masalah ini mula timbul dan konflik mula tercetus, sedikit demi sedikit.

Umum semua mengetahui tentang sejarah bagaimana bangsa Yahudi dan Islam dahulunya hidup aman damai, tanpa sebarang masalah dan juga konflik yang berlaku seperti sekarang. Tetapi kesan kewujudan fahaman Zionism yang berasal daripada gagasan mewujudkan kerajaan "Zion," (Jose, you pronounced it as "Tzyion" in Hebrew). Fahaman Zionist berkembang dari zaman ke zaman dan mereka ingin mewujudkan kembali sebuah kerajaan Zion yang kononnya telah dimusnahkan semasa zaman Nabi Isa A.S.

Fahaman radikal Zion inilah yang sebenarnya mendorong sesetengah pelampau Yahudi untuk terus menjajah dan menceroboh tanah Palestin bagi tujuan ini. Penulis secara peribadi berpendapat tidak semua bangsa Israel yang berfikiran liberal menyokong pendirian Zionis.

Berbalik kepada masalah kita sendiri di Malaysia. Orang Melayu sendiri tidak pernah bertelingkah tentang soal-soal agama sesama mereka (Jose, walaupun tragedi Memali, Balai Polis di Batu Pahat dan kes rampasan senjatapi di Sauk, Perak itu mempunyai kaitan agama) tetapi isu politik ini sering dicampuradukkan di dalam salah faham ini. Kadangkala ia merebak hingga kepada isu agama dan keagamaan!

Persamaan di antara kedua masalah di atas ialah konflik ini semuanya berpunca daripada kaum Emperialis. British ternyata telah berjaya melaga-lagakan antara satu sama lain. Kaum Arab dan Israel, yang dahulunya tidak mempunyai masalah yang agak ketara, kini menanggung konflik perebutan tanah di Semenanjung Gaza, dari zaman ke zaman.

Manakala bangsa Melayu yang dahulunya bersatu kini mulai pecah belah dan bertelagah, atas nama kebenaran di dalam politik. Hinggakan ada di antara parti politik yang menganggap diri mereka sebagai parti Islam telah membelakangkan ajaran Islam, demi mencapai hasrat politik mereka.

Dalam pada itu, ada juga parti politik yang dahulunya berjuang atas dasar nasionalisme, kini tenggelam dan hanyut dalam arus materialisme, hinggakan parti yang dahulunya dipunyai oleh kaum-kaum marhaen, golongan pertengahan dan guru-guru, telah menjadi parti yang cukup ekslusif. Hinggakan kemasukan ke dalam parti ini diibaratkan seperti kemasukan kelab-kelab ekslusif.

Apalah sangat nasib rakyat Palestin dan Melayu, jika dibandingkan dengan kealpaan kedua-dua bangsa ini dan masalah yang dihadapi mereka?

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection.


3 comments:

Anonymous said...

akhirnya ada juga org yg bole buka mata sperti anda...

rata2 rakyat malaysia melihat isu palestin sbg isu keagamaan padahal lagsung x berkaitan dgn keagamaan pun.. isu palestin adalah isu berkaitan fahaman dan ideologi....zionis adalah satu ideologi....ideologi ahli politik utk mewujudkan kuasa besar

inilah perkara yg rmai tak tahu....mereka ingat zionis ni adalah agama....

sy pernah tanya rakyat palestin sendiri semasa pergi ke plestin mengikuti rombongan utk melihat tempat suci org2 kristian (sy beragama kristian)... rata2 org palestin bersetuju dan hidup mereka aman damai wlupun berbeza agama:islam kristian dan judaism.

rata2 mereka mengatakan perbezaan fahaman ideologi mencetuskan peperangan di palestin terutamanya antara ahli2 politik.

yg plg menyedihkan, apabila media2 massa tak mampu utk memberitahu hal sbenar di palestine. contohnya, apabila kita baca media barat, mereka cenderung mengaitkan agama islam sebagai pengganas dan pencetus keganasan. manakala kalau kita lihat media massa di negara2 islam, mereka cenderung mengatakan semua bangsa yahudi jahat dan ingin menguasai dunia dan mengaitkan isu palestin sbg isu keagamaan.padahal yg jahatnya adalah ahli politik dan puak pelampau sahaja.

jgn hairan di palestin, sy pernah lihat 3 buah rumah bersebalahan yg mna 3 buah rumah itu didiami oleh 3 keluarga yg berlainan agama.....

sy bole bgtau anda, pencetus segala kekacauan ini adalah berpunca dari secret society yg dinaungi oleh org2 mat salleh, mereka ini bertujuan utk mewujudkan new world order. iaitu kerajaan global yg memerintah satu dunia tanpa sempadan.

perkara ini akan saya dedahkan dlm blog sy kemudian....anda bole mengetahui lebih lanjut nanti...

Samurai[SP] said...

Deepo ko slap 2,abis 2 org palestin 2 agama aper??kte ptut bntu saudara kite...kk,hapusakan israel laknatullah...www.sabitakd.blogspot.com

The Eugenist said...

Salam...

Kepada saudara Samurai dan Deepo.

Sebenarnya, apa yang diperkatakan oleh Deepo itu betul.

Konflik yang berlaku sekarang tidak lebih kepada perebutan tanah dan bukanlah penghapusan genoside seperti yang berlaku di Bosnia.

Jika dilihat pada sejarah, umat Islam dan Yahudi tidak pernah menghadapi sebarang masalah, jika dibandingkan dengan sekarang.

Namun disebabkan oleh sifat fanatik kaum Yahudi yang dicetuskan melalui gerakan Zionism, maka semua perkara ini berlaku dan terus berlaku.

SENI BAHASA DAN SENI RUPA DALAM CERMINAN AKAL BUDI MELAYU

                                                                                Oleh - Hesmel Faznee Faisal Allahyarham Pendeta Za’ba (1985-...