Wednesday 30 January 2008

YANG PERGI MENGADAP DIA...


Oleh - Hesmel Faznee Faisal



Kata-kata itu adalah penyambung maksud,
Pada ungkapan hati yang sering disalahertikan.,
Namun ada yang tersalah erti..


Bukan salah manusia itu punyai nafsu,
Kerna nafsu adalah penyedar kehidupan,
Bukan jua salah insan itu bermusuh,


Kerana ia akan mempelbagaikan ragam,
Namun kita sering tersilap,
Andai kita mengatakan bahawa kita itu penyambung iman,
Dan bukan calang iman itu disambungkan,


Pabila kita berkata-kata,
Kata-kata itu bisa memamah diri,
Maka berhatilah tika berbicara,


Namun bagai apa yang telah diperkatakan,
Kata-kata hanyalah butiran bicara,
Yang sering disalahertikan,


Kepada mereka,
Yang akalnya sejengkal sahaja..


30/01/08 – KTMB Headquarters, sempena mengingati perginya seorang insan penulis kata-kata, Loloq

Saturday 26 January 2008

BERUANG HITAM 9

Pendita : Tapi, janganlah sekali dilupakan, asal usul. Jangan lupa kejadian manusia, asalnya dari air, berlandaskan kasih sayang, berteraskan kepercayaan. Semuanya dilakukan di atas mimpi yang indah. Di dalam pelukan erat bantal dan gebar mimpi yang ….

Beruang hitam : Opp…!! Cukup, cukup! Bantal-bantal jangan lu sebut.. Karang gua lesing lu kang.

Pendita : (Tertawa) Mengapa nak sensitif? Mengapa nak terasa?

Beruang hitam : Sebab ada orang dapat bantal peluk sebagai hadiah. Gua terasa la!

Pendita : Apa kena mengenanya dengan kau, beruang hitam?

Beruang hitam : Sebab? Sebabnya manusia yang bernama hamba tu patriach gua..Patutnya hadiah tu kasi kat gua!

Pendita : Bantal tu kan pengiktirafan? Kenapa nak terasa?

Beruang hitam : Sebab dah tak buleh tidur lenalah! Semut-semut hitam dah mula menggigit. Dulu, sapa yang rasa pedih gigitan tu?

Pendita : Kau tanya diri kau, kau tanyalah…Kau yang menggigit atau digigit?

Beruang hitam : Kalau gua menggigit, hmm…gua gigit satu badan!

Pendita : Dulu kau gigit-gigit pontianak rimba, bukan? Tapi macam…

Beruang hitam : Gua punya habitat brader, bukan dalam hutan ok? Tolong sikit. Walaupun gua ni beruang, tapi gua tinggal di atas pokok-pokok tinggi. Itu, lu kena ingat..

Pendita : Tapi bila sampai masa, (beraksi seperti seorang pendekar Shaolin) pokok dicantas dan beruang pun akhirnya, jatuh merudum ke bumi. Gegaran jatuh itu boleh membuatkan beruang-beruang lain pun terasa ….Jangan lupa ya.
Bersambung..

Thursday 3 January 2008

BERUANG HITAM 8

Pendita : Terlupa atau buat-buat lupa? Kalau kau terlupa, memang kau dari golongan orang alpa. Kalau kau alpa, memang kau terlalu alpa dalam lupa..

Beruang hitam : (mengajuk gaya seorang lelaki Barat) Eh...Berapa banyak alpa eh? Berapa banyak lupa?

Pendita : Maka tidak hairanlah, orang itu mudah lupa..

Beruang hitam : Eh? (Berjalan mundar mandir seperti sedang cuba untuk mengingati sesuatu) Macam pernah dengar. Alah, gua lupa sapa yang cakap macam tu eh? Lupa gua..Orang itu, orang...

Pendita : (Mencelah) Bukankah aku katakan dari awal, orang itu mudah lupa!

Beruang hitam : Alpa, ya..Lupa, gua rasa lu yang lupa! Lu lupa pada sejarah jalan..Sejarah perjalanan. Jalan itu jalan yang cukup jauh. Jauh tapi dekat, dekat tapi jauh! Lu tau kenapa jauh? Sebab lu dah jarakkan jalan ni dengan macam-macam halangan. Akhir sekali, lu kecundang! Kecundang..Gua tau, lu alergik dengan perkataan kecundang! Tapi lu lupa! kecundang tu adalah kebangkitan pada kejayaan!

Pendita : (Tertawa) Tapi kalau setiap zaman asyik kecundang? Setiap detik asyik merancang tapi akhirnya tetapi kecundang?

Beruang hitam : Lu, bukan salah ibu mengandung!

Pendita : Dia ubah nasib kita atau kita ubah nasib kita?

Beruang hitam : Tilik nasib? Apalah nasib, kau jadi assistant director!

Bersambung...

SENI BAHASA DAN SENI RUPA DALAM CERMINAN AKAL BUDI MELAYU

                                                                                Oleh - Hesmel Faznee Faisal Allahyarham Pendeta Za’ba (1985-...