Friday 12 December 2008

TANAH RUNTUH

Oleh - Hesmel Faznee Faisal


Pada masa kini, ramai orang sedang sibuk memperkatakan tentang landslide atau tanah runtuh. Ini merupakan sebahagian daripada kesan tragedy tanah runtuh yang telah berlaku di Bukit Antarabangsa baru-baru ini.


Kejadian tersebut telah mengorbankan 4 nyawa namun persoalannya, mengapakah dan bagaimanakah perkara ini masih terus boleh berlaku di situ?


Bukankah di kawasan itu juga 15 tahun yang lalu, telah berlaku tragedy yang sama dan lebih buruk lagi, di mana kondominium Highland Towers telah runtuh menyembah bumi dan casualties nya lebih ramai daripada apa yang berlaku baru-baru ini?


Bagaimanakah perkara ini terus berlaku dan berlaku?


Siapakah yang hendak dipersalahkan pada kali ini?


Apakah manusia, alam sekitar, takdir atau mungkin Tuhan?


Atau mungkinkah ianya seperti yang telah dinyatakan di dalam Quran seperti ayat di bawah?


7:4. Berapa banyaknya bandar raya yang Kami telah memusnahkan? Bencana Kami datang kepadanya pada malam hari, atau mereka sedang tidur pada tengah hari.


Namun, penulis tetap yakin, ayat di atas tidak merujuk kepada tragedy yang berlaku baru-baru kerana ia berlaku adalah disebabkan oleh kecuaian dan juga kesilapan manusia!


Ayat di bawah lebih tepat membawa maksud yang penulis jelaskan di atas.


2:11 Dan apabila dikatakan kepada mereka: Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi, mereka menjawab: Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan.


Kebanyakan orang ingin mendapatkan kebaikan (atau kata lain, keselesaan) dan di dalam proses ini mereka sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai matlamat tersebut.

Amat menyedihkan, bukit bukau dirobohkan dan dirosakkan, semata-mata kerana tujuan untuk mencapai kemodenan.

2:27(Iaitu) orang-orang yang merombak (mencabuli) perjanjian Allah sesudah diperteguhkannya dan memutuskan perkara yang disuruh Allah supaya diperhubungkan dan mereka pula membuat kerosakan dan bencana di muka bumi. Mereka itu ialah orang-orang yang rugi.

Bukanlah niat penulis untuk menjadi pendakwah tetapi terdetak di hati melihat setiap perkara yang berlaku sekarang, segalanya berpunca daripada sikap tamak haloba manusia.

Penulis ingin keluar sikit daripada topic perbincangan ini tetapi ianya masih mempunyai kaitan dengan persoalan landslide ini.

Disebabkan oleh sikap tamak haloba, tikam menikam dan irihati maka parti Barisan Nasional juga gagal untuk memenangi pilihanraya ke12 baru-baru ini. Mereka gagal untuk mengekalkan rekod kemenangan landslide dan secara tidak langsung mengakibatkan pembangkang memenangi pilihanraya ini, secara moralnya!

Sampai bilakah agaknya perkara ini akan berlarutan?

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection.

No comments:

SENI BAHASA DAN SENI RUPA DALAM CERMINAN AKAL BUDI MELAYU

                                                                                Oleh - Hesmel Faznee Faisal Allahyarham Pendeta Za’ba (1985-...