KETUANAN MELAYU

Oleh - Hesmel Faznee Faisal

Ketuanan Melayu, dahulunya merupakan satu isu sensitive yang tidak disentuh langsung oleh sesiapapun. Sesiapa yang menyentuh isu ini akan dianggap sebagai penggugat kepada keharmonian antara kaum yang telah terjalin selama ini.


Namun, pada masa sekarang ianya merupakan satu persoalan yang cukup popular, dibangkitkan oleh sesetengah pihak, samada di kalangan pembesar (UMNO) mahupun golongan marhaen (PAS/PKR/DAP).

Menurut Perdana Menteri, maksud Ketuanan Melayu ialah keupayaan bangsa Melayu untuk mencapai sesuatu kejayaan. In other words, what the PM tries to say is the Malay supremacy carries the meaning of race supremacy. (The Star, Selasa, 29 April, 2008. Pak Lah explains meaning of 'ketuanan Melayu').

Persoalannya, apakah ianya benar?

Adakah bangsa Melayu ini benar-benar sudah mencapai tahap supremacy?

Penulis tidak mempersoalkan keupayaan bangsa sendiri tetapi sekadar ingin mengajak bangsa Melayu mengkaji, apakah perlu untuk kita menuntut Ketuanan Melayu ini dipertahankan.

Sesuatu bangsa yang sudah mencapai tahap supremacy bermaksud bangsa tersebut sudah tidak lagi perlu rasa bimbang dan gusar dengan kedudukannya. Namun, jika benar, ianya belum lagi mencapai tahap supremacy, ini bermakna Perdana Menteri telah silap membuat penafsiran berkaitan dengan makna ketuanan Melayu itu sendiri.

Atau apakah kita sendiri yang sudah tersilap tafsiran tentang Ketuanan Melayu?

Secara peribadi, mengikut kefahaman penulis, ketuanan Melayu ini telahpun wujud sejak zaman berzaman lagi. Dari bermulanya kerajaan Majapahit hinggalah kepada kerajaan Kesultanan Melayu Melaka, ketuanan Melayu ini telahpun berdiri kukuh dan utuh selama ini.

Persoalannya, mengapakah "Ketuanan Melayu" sekarang, begitu lemah dan rapuh? Apakah kerana doktrin pemikiran asing dan juga falsafah-falsafah asing yang memasuki pemikiran kita telah memesongkan dan menganggu gugat keyakinan kita?

Ketuanan Melayu ini, bukanlah bermaknanya kita bersikap Tuan seperti mana penjajah British melakukan perbuatan mereka ke atas orang tempatan 100 tahun dahulu. Tetapi ketuanan Melayu ini membawa maksud negara ini mempunyai Pemerintah Diraja dan mereka ini sebenarlah membawa pengertian Ketuanan Melayu itu sendiri.

Persoalan-persoalan mengenai Ketuanan Melayu ini tidaklah perlu dipanjangkan lagi. Dan tidaklah perlu memberikan gelaran "pejuang" Ketuanan Melayu, kepada seseorang individu, seperti yang berlaku di Pulau Pinang, baru-baru ini.

Adakah dengan mempersoalkan asal usul sesuatu bangsa di Malaysia dianggap sebagai pejuang Ketuanan Melayu? Apakah sipenyoal itu tidak pernah menyoal asal usul dirinya?

Yang layak dan yang patut digelarkan pejuang Ketuanan Melayu ialah mereka yang telah berjaya menaikkan taraf dan intelektual bangsa Melayu itu sendiri. Melayu sekarang, terlalu benar asyik dan "ralit" dengan dunia hiburan santai.

Tidakkah mereka ini mahu melihat dunia hiburan ini dari sudut pandang intelektual?

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu - The Salam Connection.

Ulasan

bungaraya berkata…
SILAP!!!!dAN pENGERTIAN yANG kURANG tEPAT mENGENAI eRTI sEBENAR kETUANAN mELAYU. Cakap terus terang. Jangan terlalu diplomasi apabila kita memperkatakan soal Ketuanan Melayu atau segala apa yang kita rasa Hak Kita. Kenapa kita terlalu beralas dan menjaga hati orang lain? Selama ini kita puas dicemuh dan di hina. Sehingga telanjang bogel kita diperlakukan oleh mereka.

Saya kata KETUANAN MELAYU itu ialah Melayu adalah tuan diatas bumi Malaysia ini. Selaku tuan, melayulah yang menaungi segala apa yang ada diatas bumi kita ini. Syukur kerana tampuk kuasa masih berada ditangan orang melayu kerana majoritinya. Mungkin bukan kerana kebijakksanaanya. Sejak kebelakangan ini istilah ini banyak dipertikaikan. Tahu apa sebabnya. Kerana kita lemah. Kita dikatakan kalah teruk dalam PRU ke 12. Betul Kah begitu? Kita kalahkah atau kita menang. Bagaimana dengan BN yang didalamnya merangkumi berbilang kaum? Bagaimanapun jua tempiasnya masih terkena kita melayu ini.
Apa yang nak diperkata senang saja diteka. Yakni jika KETUANAN MELAYU nak diteruskan tetap menjadi kuasa tunggak utama negara, ubahlah pendekatan dalam kepimpinan kita. Jangan asyik main rasuah sahaja apakala nakkan undi perwakilan. Tunjukkan keperkasaan calon dan lihat kan kehebatan anda sebagai Tuan yang memerintah neghara anda sendiri. Sekian. Wallahualam.
DeePo berkata…
tuan? pernah ke tuhan anda kata melayu tu tuan? bukankah setiap org sama di sisi Tuhan wahai bungaraya?

Ini lah Islam UMNO
Tanpa Nama berkata…
Bila orang lain lepas cakap terhadap orang ,mereka ta ada alas dan tak halus.
Kita ni orang berlembut hati nak jaga hati orang lain.
Bila menjawab(bukan balas) serangan mereka kita dengan budi bicara sopan santun sampai mereka tak faham.(mungkin buat faham).
DYMM Raja Raja Melayu sudah keluar kan kenyataan khas sampai dua kali berturut turut, masih orang di tujukan tak mahu faham degi semacam.
Ade orang Melayu pun masuk menyebelahi mereka yang mempertikaikan Hak Melayu dan Agama Islam.
Cukup ke kita ni menyalak tanpa bunyi dan tanpa kesan di blog blog ?
arjuna waspada.
The Eugenist berkata…
Saudara bungaraya,

samada saudara terlepas dari konteks yang cuba hendak saya nyatakan atau tidak, itu saya tidak pasti.

Read between the lines. Itulah yang cuba hendak saya nyatakan di dalam tulisan saya.

Saya mengambil pendekatan "menarik rambut dari tepung, tepung tak selerak, rambut tak putus."
Tanpa Nama berkata…
Ya, Belantan,DAP adalah Partai pelbagai kaum kerana nisbah nya adelah ahli AJK Melayu 5 % AJK India 25 % AJK Cina 70 %.
Nisbah ini akan di samaratakan apabila ketuanan Malaysia acuan DAP tercapai.
Pak Lah pun dah kata "everyone can fly" "anyone can become PM".
arjuna waspada.
Tanpa Nama berkata…
bungaraya
kaw babi bengong ... kaw langsung x taw ape ttg Ketuanan Melayu ... Mak ayah kaw yg ajar kaw sjk kecil melayu tuan di Malaysia ke? Kaw punye Sejarah mmg fail .. pity on u

Catatan popular daripada blog ini

MENANGGUK DI AIR YANG KERUH

APAKAH AVM DAN BENARKAH ANDA HANYA MENGALAMI MIGRAIN?

ALLAHYARHAM TAN SRI DR P RAMLEE