Monday 24 November 2008

JENAKA ULAMA..

Oleh - Hesmel Faznee Faisal

Sekali lagi, pihak ulama telah menggunakan tukul besi diktatorisme mereka.

Kali ini, mereka telah mengambil keputusan untuk mengharamkan umat Islam dari mengamalkan senaman Yoga.

Penulis yakin, si cilik Ninie Ahmad (Salah seorang pengamal senaman Yoga di Malaysia dan seorang Melayu Muslim, Jose!) sudah pasti akan mengeluh dan bimbang dengan fatwa yang telah dikeluarkan oleh pihak Ulama negara kita.

Persoalannya sekarang, siapakah yang benar? Pihak ulama atau umara? Atau pihak pengamal senaman Yoga, yang secara hakikatnya mengamalkan senaman tersebut, sekadar untuk kekal sihat (Jose, bukankah Tuhan menyuruh hambanya menjaga kesihatan supaya kekal sihat dan mampu untuk beribadat?).

Ada pihak-pihak tertentu yang merasakan bahawa senaman Yoga ini satu bentuk “ancaman” baru kepada umat Islam kini. Persoalannya, apakah ianya benar?

Adakah umat Islam begitu mudah untuk disesatkan dan apakah ulama kita di Malaysia sendiri yang terlalu bimbang dan mereka umpama takutkan bayang-bayang pada diri sendiri?

Apa yang penulis faham dan tahu, kebanyakan daripada umat Islam sekarang tidaklah seperti mana yang disangkakan oleh sekumpulan Ulama ini. Mereka kebanyakannya sudah mula mengkaji dan mencari pengertian di dalam Al-Quran. Mereka tidak gentar lagi kepada gertakan golongan ulama ortodoks yang sering menakutkan mereka, seperti mana yang telah mereka lakukan keatas masyarakat Melayu Islam pasca kemerdekaan terutamanya ketika zaman 80an dahulu.

Umat Melayu Islam sekarang, penulis akui walaupun kebanyakannya nampak sesat dan hilang pedoman, namun ada segelintir daripada mereka yang lebih mengetahui dan memahami Islam, daripada mereka yang berserban dan berjubah.

Mereka dapat mengenalpasti yang mana satu intan, dan yang mana satu manikam (Jose, bukan Maniam!). Tidak dinafikan, ada juga senaman Yoga ini disulamselikan dengan mantera dan serapah serta deep trancing yang mengakibatkan mereka ini bertemu dengan Lord Vishnu, Lord Shiva. Perkara ini, penulis rasa tidak ramai yang akan mengambil pendekatan sedemikian.

Mereka sekadar mengamalkan bentuk gerakan senaman yang tidak diselangi dengan upacara ritual. Jika ianya ada sekalipun, mungkin mereka akan mengambil pendekatan untuk tidak berbuat demikian.

Apabila para ulama ini mengambil keputusan untuk mengharamkan perkara-perkara sedemikian, ia menunjukkan seolah-olah Islam suatu fahaman agama yang cukup rapuh.

Apakah dengan mengamalkan senaman fizikal Yoga, seorang Islam itu akan murtad? Di dalam Quran, Tuhan ada menyatakan beberapa ayat mengenai persoalan murtad ini. Penulis akui penulis tidaklah semahir sesetengah ulamak tetapi penulis mempunyai inisiatif untuk mencari.

Tuhan menyatakan di dalam Quran;

5:54 Hai orang-orang yang beriman, barang siapa di antara kamu yang Murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.

33:14 "Kalau (Yatsrib) diserang dari segala penjuru, kemudian diminta kepada mereka supaya Murtad, niscaya mereka mengerjakannya; dan mereka tiada akan menunda untuk Murtad itu melainkan dalam waktu yang singkat."

5:21. Wahai kaumku, masuklah Bumi Suci yang Allah menuliskan (menetapkan) untuk kamu, dan janganlah kembali (murtad) ke belakang kamu, untuk berbalik sebagai orang-orang yang rugi."

47:25. Orang-orang yang kembali (murtad) ke belakang mereka setelah petunjuk menjadi jelas bagi mereka, syaitanlah yang menghasut mereka, dan memanjangkan angan-angan mereka.
(setelah petunjuk al-Qur'an menjadi jelas).

Tidak ada satu pun ayat di atas yang menyatakan tentang perbuatan itu mengakibatkan seseorang itu tercicir akidahnya. Persoalannya ialah mengapakah ianya telah dijatuhkan hukuman sedemikian? Seolah-olah agama Islam ini suatu agama yang bersifat hostile kepada agama lain.

Penulis bukanlah seorang yang mengamalkan senaman Yoga, tetapi penulis malu dengan sekumpulan yang menggelar mereka Ulama tetapi lebih sibuk membincangkan perkara yang remeh. Banyak lagi isu yang perlu ditangani oleh mereka.

Penulis berharap, pihak Ulama jangan menjadi terlalu bersifat rigid dan hostile sehingga mengakibatkan agama lain memandang jelik kepada agama Islam. Pihak ulama jangan menjadi seperti nila yang telah merosakkan susu.

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection.

5 comments:

Anonymous said...

Pembaca budiman,

Saya rasa ramai yg terkeliru dengan fatwa yang dikeluarkan baru-baru ini.
Kalau dah melibatkan doa-doa berkaitan hindu dan akhirnya bersatunya diri kita dengan tuhan-Apakah itu boleh diterima oleh Islam?
Kalau hang kata boleh maka taubatlah segera.

Tetapi kalau setakat melibatkan pergerakan-pergerakan maka tak ada sebab pula yoga diharamkan.Ertinya yang haram tu melibatkan seluruh yoga tu(secara sistematik). Tolong fahamlah sebelum bertindak

Anonymous said...

adui... lagi satu rakyat Malaysia yang bodoh...

yo bro hesmel, lu ada baca betul ker tarak? Yoga tak haram kalu lu exercise jer. tapi kalu u baca mentera ker jampi ker etc baru jatuh haram..

Lu belajar tinggi2 tap biler tgk u punya statement mcm org tak abis blaja la bro.

Lu pergi baca lagi skali la nasihat gua. Lu tak layak jadik penulis blog la sbb knowledge lu kurang la bro. serius la lu kurang knowledge la. Malu aku tau lu ni org melayu. kalau lu melayu la kan... kalu lu islam pun gua malu la bro.

lenkali nak tulis based on facts or knowledge yer bro.. baru org respect.

guaPAI

Anonymous said...

Setakat ini hanya Tun Dr Mahathir saje yang membuat ulasan terbuka yang mempertahankan pengumuman Fatwa yoga.
Bila saya dengar lapuran berita itu di TV, saolah olah nya beliau PM de facto,kerana PM di Uzbek dan TPM di Peru,sibuk kerja luar negeri.
Syed Amid diam yang lain Rais ade di Argentina ,Zaid Hamidi tengah cekin LUTH di Mekkah.
Pembidas pembidas sorak sakan sebab ta da orang jaga rumah.
Terima kasih TDM.
arjuna waspada.

Anonymous said...

bro hesmel, nape lu bicara soal fatwa tanpa ilmu?

setahu aku, fatwa yoga diharamkan cuma apabila melibatkan mentera dan upacara-uparaca lain yg menjurus kepada amalan agama hindu. sekiranya setakat exercise tak der masalah.

bro, bertaubat lah!

your fren

The Eugenist said...

Salam..

enemyofthestate,

terima kasih kerana memberikan saya peringatan untuk bertaubat.

Tapi apa yang hendak disampaikan di dalam tulisan di atas ialah para ulama (paderi) hendaklah membicarakan perkara yang lebih luas dan bukan sekadar perkara-perkara remeh seperti yoga dan sebagainya.

Setahu saya, kebanyakan pusat senaman Yoga di Malaysia turut dianggotai oleh orang Melayu dan kebanyakan mereka ini dapat membezakan antara yang Islamik dan tidak Islamik.

Cuma apa yang saya hendak persoalkan di sini ialah cara-cara Majlis Fatwa mengambil keputusan untuk bertindak mengharamkan senaman Yoga ini.

Mereka mesti berwaspada dan mestilah lebih peka sebelum membuat sebarang tindak-tanduk yang boleh mendatangkan salah faham terhadap Islam.

Terima kasih kerana mengajak saya bertaubat.

SENI BAHASA DAN SENI RUPA DALAM CERMINAN AKAL BUDI MELAYU

                                                                                Oleh - Hesmel Faznee Faisal Allahyarham Pendeta Za’ba (1985-...