INI BUKAN CERITA YODA, TETAPI CERITA YOGA..

Oleh - Hesmel Faznee Faisal

Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan untuk mengkaji tentang aktiviti latihan Yoga yang dilakukan oleh orang Melayu, khususnya Islam patut dilihat secara terbuka dan perlu diamati secara intelek.

Namun dalam masa yang sama ianya juga perlu ditangani dengan bijak dan berhemah.


Ini kerana amalan Yoga ini sudah dilihat sebagai satu bentuk senaman meditasi yang baru dan ianya juga telah mendapat banyak perhatian dan minat di kalangan masyarakat Malaysia.


Jika amalan Yoga ini benar-benar berlanggar dan bercanggah dengan ajaran Islam, ianya patut diberi penjelasan yang mendalam serta tidak mendapat tentangan daripada golongan Islam progresif, khususnya.


Pada masa inilah, Dr. Mohd Asri Zainal Abidin, bekas Mufti Perlis dan pensyarah Universiti Sains Malaysia dan antara golongan bijak pandai yang mempunyai pandangan progresif tentang Islam perlu memberikan pandangan beliau dan menjelaskan perkara ini melalui blog beliau http://drmaza.com/.


Masa depan umat Islam, khususnya di Malaysia berada dalam keadaan yang cukup genting dan membimbangkan. Ada di antara mereka yang terjerumus ke dalam ajaran sesat dan ada juga yang mula meninggalkan ajaran Islam dan akhirnya hanyut di bawa arus kelalaian.


Ada yang menegaskan bahawa senaman Yoga ini hanya diaplikasikan menerusi pergerakannya sahaja. Namun ada yang berpendapat bahawa proses meditasi yang dilakukan bersama dengan pergerakan tersebut mempunyai beberapa implikasi yang membimbangkan.


Penulis lebih selesa untuk mengambil pendekatan neutral.

Ini kerana bagi penulis, apa yang penting ialah hanya kefahaman yang mendalam dan jitu tentang sesuatu perkara yang dilakukan itu sahajalah yang dapat membantu menyokong setiap apa jua tindakan dan juga tingkahlaku yang dilakukan oleh seseorang. Jika benar senaman Yoga itu bercanggah dengan ajaran Islam, maka kaitan di antara senaman-senaman lain seperti Qigong dan Taichi dengan sesuatu agama juga harus dikaji semula (Jose, I think you should consider stop doing Yoga but instead taking aerobic as a new form of exercise!).

Ini tidak bermakna kita harus bersikap pesimis dan hanya duduk di dalam tempurung agama masing-masing. Penulis tidak berniat menjadi seorang ulama pseudo tapi bagi penulis, fahamilah ayat yang terkandung di dalam Surah Kaa-Firun, ayat 6 : Dan agama mu, agamamu, agamaku, agamaku. Seseorang itu tidak akan menjadi kurang Islam jika dianya memakai pakaian seperti orang bukan Islam, begitu juga sebaliknya.


Apakah Iman seorang Islam itu begitu rapuh hinggakan jika dianya mempelajari sesuatu yang bukan daripada agamanya, maka dia akan terpesong dari ajaran Islam? Sikap kita yang terlalu hostile dengan sesuatu perkara inilah yang akhirnya akan merugikan kita.

Namun yang demikian, jika kita melihat daripada aspek bersolat di dalam ajaran Islam, terdapat juga unsur senaman yang membawa keberkesanan yang positif kepada kita. Seperti aktiviti bersujud. Ianya membantu untuk memudahkan pengaliran darah ke kepala dan secara tidak langsung mengurangkan kebarangkalian daripada seseorang itu mengidapi penyakit strok.

Seseorang itu akan sentiasa kekal sihat jika dianya rajin mengamalkan solat dan dalam masa yang sama menguatkan lagi imannya.

Walau bagaimanapun, pendekatan di dalam isu ini cukup penting dan ianya juga harus ditangani dengan bijak dan cermat. Bagaikan menarik rambut dari tepung, tepung tidak selerak, rambut tidak putus.

KIta Kan tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu - The Salam Connection

Ulasan

PENDEKAR berkata…
Aku rase tajuk tu macam kene tambah "N"........"bukan"...tapi ko eja buka jadi lawak plak.
The Eugenist berkata…
pendekar...

terima kasih...

Catatan popular daripada blog ini

MENANGGUK DI AIR YANG KERUH

APAKAH AVM DAN BENARKAH ANDA HANYA MENGALAMI MIGRAIN?

ALLAHYARHAM TAN SRI DR P RAMLEE