YANG TERSALAH DISALAHERTIKAN (UNTUK SHEIH)


Oleh - Hesmel Faznee Faisal


Yang ditawan,

Terus tertawan,

Yang melawan,

Terus merawan,


Yang tertawa,

Terus tertawa,

Yang melawa,


Teruskan melawa,

Yang benar,

Akan tanak kebenarannya,


Yang salah,

Dibiarkan menggila amuknya,

Di mana sebenarnya kebenaran yang nyata?

Di mana letaknya keaslian juangnya?


Kerana apa yang tertulis mungin terpadam,

Kerana hirisan kata yang tersalah maksudnya,

Yang benar ditawan salahnya,

Yang salah dibebaskan benarnya,


Di bumi apa kita berada?

Di mana kita ditempatkan?

Siapakah yang membonekakan kehidupan?

Kerana kehidupan sekarang,


Satu lelucon yang tak habis ditawakan!


20 September 2008

Open University Malaysia


photo courtesy of The Star

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENANGGUK DI AIR YANG KERUH

APAKAH AVM DAN BENARKAH ANDA HANYA MENGALAMI MIGRAIN?

ALLAHYARHAM TAN SRI DR P RAMLEE