Wednesday 24 September 2008

WARKHAH BUAT JOSE II


Oleh - Hesmel Faznee Faisal

Sahabatku, Jose.

Sudah lama kita tidak berutusan surat, sms mahupun email. Jauh sekali kau menghantar padaku sebarang surat layang. Mungkin kau sendiri sedang sibuk menepis dan menangkis serangan-serangan yang telah dilakukan ke atas engkau terutamanya orang ramai yang tidak berpuashati dengan cara kau menangani masalah-masalah yang melanda.

Sahabatku, Jose..

Segala yang berlaku ini pun adalah kerana kesilapan engkau juga. Kerana terlalu bersikap apologis, kepala kau telah dijijak dan dihenyak. Nasib baiklah kepala kau bukan pisang, kalau pisang, mungkin dah lama jadi pisang kodok!

Sahabatku, Jose.

Ditempat ku sekarang ramai orang dalam ketakutan. Takut oleh bayang-bayang sendiri. Mereka merekacipta momok mereka sendiri. Itulah, telah aku katakan dulu, jangan bersikap bongkak sebab bersikap bongkak boleh menjadikan orang hilang kehormatan kepada orang itu. Jangan risau. Bersikap bongkak itu memang perlu kerana ia akan menjadi peluang untuk orang menjatuhkan kita.

Sahabatku, Jose..

Bagaimana dengan keadaan kau di sana?

Adakah kau masih lagi marah dengan Perdana Menteri kau? Dengar khabar, Perdana Menteri itu sudah mula menggunakan taktik kotor, demi untuk terus berpaut di dahan berkuasa. entahlah Jose...

sahabatku Jose..

Usah kau risau dan hirau, sahabat kita Pak Sheih penjual kitab dah pun balik dari pertapaannya. Dengar khabar, semangat dia berkobar-kobar! Itulah, sapa suruh baca kitab kuat-kuat!? Tak pasal-pasal kena bertapa.

Sahabatku Jose..

Aku dengar khabar, sekarang ada orang mula takut... Gentar dan bimbang. yelah, jika dulu semua orang bersepakat bersuara "AKU SOKONG!", sekarang orang sudah berani berkata, "PIRAH MABUKK.."

Jose,

Aku sebenarnya tak ada masa nak tulis surat panjang-panjang. Maklumlah, sekarang ini semua blogger dah kena berkelakuan baik. Entahlah, Jose..Mungkin ada orang dah lupa tujuan asal penubuhan Cyberjaya dan juga Akta CMA98..

Lantak diaoranglah Jose..

THE EUGENIST


2 comments:

Anonymous said...

MR..AKU SAJE NAK BG NASIHAT LAHKAN...KO BUAT PAKLAH MACAM TU MCM NIH..X BERDOSE KE..AKU X KISAHLA KALU PAKLAH BUAT DOSE TAPI KO KATE DIE ITU INI..KO KIRE X DOSE KE..PASTU BILE KO NAK MINTAK MAAF KAT DIE..IGT WOOO BERDOSE KATE ORG..OOO.MERASE LA KAT AKHIRAT NANTI KO MINTAK MAAF KAT PAKLAHH...HUUHUHU

The Eugenist said...

Saudara/i,

Siapa yang makan cili, dia terasa pedasnya..

Tulisan atas merupakan tulisan pojok dan bukan berniat untuk menyakitkan hati sesiapapun.

SENI BAHASA DAN SENI RUPA DALAM CERMINAN AKAL BUDI MELAYU

                                                                                Oleh - Hesmel Faznee Faisal Allahyarham Pendeta Za’ba (1985-...