Monday 4 August 2008

PAK KADOK DAN TERKILAN..


Oleh - Hesmel Faznee Faisal

Semalam ada orang terkilan..

Bukan, bukan pasal orang mengandung tak dapat makan buah mempelam muda, Jose!

Tapi seorang rakyat Malaysia yang terkilan.

Shahrir terkilan Iskandar Malaysia pinggir peniaga tempatan
Oleh Arif Nizam Abdullah dan Kamil Maslih

JOHOR BAHRU 3 Ogos – Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Shahrir Abdul Samad melahirkan rasa terkilan terhadap projek pembangunan Iskandar Malaysia yang didakwanya masih tidak memberi keutamaan kepada penduduk bandar raya ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna itu menegaskan, Iskandar Malaysia sehingga kini tidak menampakkan impak secara langsung kepada rakyat tempatan khususnya peniaga-peniaga kecil di kawasan pembangunan baru seluas 2,217 kilometer persegi di selatan Johor itu.

Beliau berkata, keadaan itu menyebabkan masyarakat tempatan dan peniaga tidak menerima dengan baik program pembangunan tersebut.

"Kalau masyarakat tempatan dan peniaga di Iskandar Malaysia tidak merasakan ia satu konsep yang membantu mereka, pembangunan itu tidak dapat membawa kejayaan.

"Dan kalau berjaya pula, ia bukan milik kita," katanya yang mencadangkan diwujudkan konsep pemilikan bersama di kalangan penduduk tempatan di wilayah Iskandar Malaysia.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis dialog bersama Persatuan Peniaga dan Penyewa Terminal Awam Larkin di sini malam tadi.

Shahrir berjanji akan mengemukakan beberapa cadangan kepada Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (Irda) bagi memperjuangkan nasib penduduk Johor Bahru dan memastikan program pembangunan yang dirancang diterima baik oleh rakyat serta mencapai matlamatnya. (Utusan Malaysia, Isnin 4 Ogos 2008)

Mengapa perlu terkilan? Bukankah projek Iskandar yang dahulunya dikenali sebagai Wilayah Pembangunan Iskandar (yes, Jose..I don’t have a faintest idea why they must change it to Iskandar Malaysia only!) dianggap sebagai projek yang mampu menjana ekonomi negara, dan membantu Malaysia ke arah pencapaian yang gemilang.

Penulis hairan. Mengapa sekarang? Ada kemungkinan ianya masih belum terlambat, tetapi ada kemungkinan ianya sudah terlambat. Terpulang kepada persepsi masing-masing tentang melihat perkara ini.

Jika ianya terlambat, rasanya kita haruslah berputih mata. Melihat kesilapan pemimpin sekarang, yang beria-ia ingin melihat projek gergasi ini memakan diri.

Mujurlah Shahrir sudah nampak perkara ini. Penulis berharap satu perancangan rapi harus dilakukan bagi memastikan ianya tidak menjadi sedemikian.

Bukan apa, takut jikalau nanti ianya menjadi seperti cerita Pak Kadok. Menang sorak kampung tergadai.

Tapi, apa yang pasti banyak sungguh cerita-cerita Pak Kadok ini berkitaran di dalam masyarakat kita. Memang banyak. Selak saja blog, akhbar. Banyak cerita tentang Pak Kadok ini.

Wahai rakyat Malaysia, bangunlah. Sampai bila kita hendakkan Pak Kadok di dalam masyarakat kita. Yang amat menyedihkan dan menjengkelkan, Pak Kadok ini bernasib baik kerana dia telah menjadi Perdana Menteri di dalam negara kita!

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection

No comments:

SENI BAHASA DAN SENI RUPA DALAM CERMINAN AKAL BUDI MELAYU

                                                                                Oleh - Hesmel Faznee Faisal Allahyarham Pendeta Za’ba (1985-...