KATA-KATA MANUSIA

Oleh - Hesmel Faznee Faisal

Dan berkatalah,
Daun-daun waktu kepada alam,
Manusia kini semakin alpa,
Dan hangus dalam waktu,

Bersuaralah mereka ini,
Dalam bingit kebisingan hidup,
Aku juara dalam kecewa,
Kecewa ini membelenggui rasa,

Hidup kian tersisih,
Waktu kian hampir,
Dan terpecahlah antara syuga dan neraka,
Jatuh jauh kita ke dalamnnya,

Berbatu batu menyusun bicara,
Tiada yang tiba seperti yang dijangka,
Mungkin sekadar lontaran kata,
Untuk mereka yang kian kecewa,

Maka,
Tersebutlah sudah episod dendam,
Menakluk bumi yang kian tertanam,
Di bibir hayat tiada dijangka,

Satu rumpun beribu aneka,
Itulah hamba bernama manusia,
Meringkuk di dalam penjara masa,
Persis lilin hilang habanya,

Manusia dipegang pada janjinya,
Janji terlerai kian terhakis,
Akhirnya kita yang terlena,
Pada malam enggan bersuara..

Kuala Lumpur, 08.08.08

the above poem was recited by Mr. Fazil Ismail a.k.a Fajer during the Sastera Sepanjang Rel programme, organised by KTMB/DBP. Fazil was paid RM50 for his recital and I got RM50 for this piece of work. SAPA NAK BAGI 50 HINGGIT TIME SESAK-SESAK NIH??!

Ulasan

:: i z y a n i e :: berkata…
hmm nice poem
am imagining how fazil carried it out!!hehehe
pretty nice maybe

Catatan popular daripada blog ini

MENANGGUK DI AIR YANG KERUH

APAKAH AVM DAN BENARKAH ANDA HANYA MENGALAMI MIGRAIN?

PEMIKIRAN KREATIF