Tuesday 5 August 2008

IRONI DI DALAM IRONI..

Oleh - Hesmel Faznee Faisal

Hari ini, penulis ingin menjenguk sedikit tentang ungkapan, “Irony of the ironies

Menurut seorang Pak Kaduk di dalam akhbar Berita Hairan (Selasa, 5 Ogos 2008),

Cuai tugas beri imej negatif’
Oleh Wan Hazmir Bakar

PUTRAJAYA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam mengingatkan kakitangan perkhidmatan awam bahawa ketidakcekapan melaksanakan tugas akan menyebabkan persepsi negatif rakyat terhadap pentadbiran kerajaan dan menimbulkan pelbagai masalah
.

Tidakkah merasakan ianya satu bentuk “irony of the ironies” atau lebih tepat, “kata dulang paku serpih, kata orang…..(lu pikirlah sendiri!)

Ditambah lagi cerita,

Abdullah juga menegaskan pemuliharaan keselamatan dan kedaulatan negara serta penguatkuasaan undang-undang negara adalah tanggungjawab semua kakitangan awam walaupun ia bukan sesuatu yang mudah.

Kedaulatan negara? Undang-undang?

Pulau Batu Putih, terlepas ke tangan Sang Pura-Pura. The Golden Bridge, tinggal mimpi indah. Sekarang, bercakap pula tentang kedaulatan negara? Dan nak meletakkan tanggungjawab atas kakitangan awam? Bukankah tanggungjawab mereka ialah untuk served the public. Tanggungjawab dari segi kedaulatan negara itu adalah tanggungjawab penguatkuasa keselamatan di bawah Perdana Menteri!

Tanggungjawab seorang ketua tidak harus diletakkan kepada orang lain.

Berbalik kepada tajuk “Cuai tugas beri imej negatif”.

Disebabkan kecuaian yang dijalankan oleh pemimpin inilah, ia telah mengakibatkan parti pemerintah itu hilang 2/3 daripada kerusi yang sering dimenanginya sejak tahun 1955! Secara tidak langsung ianya turut memainkan peranan di dalam memberikan imej yang negatif, bukan sahaja kepada pemimpin itu, malah kepada negara secara amnya.

Malaysia dilihat sebagai sebuah negara yang dipimpin oleh seorang pemimpin yang lemah.

Apabila perkara ini berlaku, ia menunjukkan tahap pencapaian negara yang semakin menurun dan sukar bagi kita untuk hidup di dalam kenyataan ini. Negara sedang mengalami masalah kepimpinan di tahap yang kritikal dan mungkin juga, kita seperti sedang melalui proses menapous dari aspek kepimpinan.

Fikirkan balik, adakah kakitangan awam harus dipersalahkan secara amnya atau kepala pemimpin kakitangan awam yang harus menanggung kelemahan ini?

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection

No comments:

SENI BAHASA DAN SENI RUPA DALAM CERMINAN AKAL BUDI MELAYU

                                                                                Oleh - Hesmel Faznee Faisal Allahyarham Pendeta Za’ba (1985-...