Monday 7 July 2008

SUMPAH SERANAH ATAU DISUMPAH?

Oleh - Hesmel Faznee Faisal..

Salam, kepada para bloggers dan pembaca blog Bacalah (Jose, kalau ada!!)

Setapak melangkah, dua langkah ingatan kanda pada dinda,
Adinda BERSUMPAH, jikalau kanda tidak kembali, dinda akan menyusur mencari kekanda..(Petikan dialog filem Puteri Gunung Ledang)

Hari ini penulis ingin bercakap mengenai sumpah. Tidak, ini bukan sama seperti cerita sumpah orang minyak lakonan arwah Tan Sri P. Ramlee.

Tidak, ini juga bukan Sumpah Semerah Padi (Jose, ini filem tahun 80an lakonan Deddy Borhan!)
Ini cerita mengenai orang itu membuat sumpah ini. Dan orang itu meminta supaya sumpahnya harus bersyarat.

Banyak sungguh syarat yang hendak dipenuhi oleh orang-orang tertentu ini. Bagi penulis, sumpah bukan satu perkara yang main-main.

Kebelakangan ini, banyak sungguh orang bersumpah. Penulis gentar. Gentar dan bimbang (Jose, those words carries the same meaning, don’t you think?)

Tapi yang hendak penulis nyatakan di sini adalah mengenai keikhlasan. Jika seorang itu benar-benar ikhlas, dia tidak perlu mengeluarkan sebarang syarat bagi menyatakan kebenaran. Tidka perlu untuk mengeluarkan sebarang syarat.

Menurut seorang ustaz, orang ini dan orang itu perlu bersumpah mubahalah untuk membuktikan kebenaran. Yang dianjurkan ialah bermubahalah atau bersumpah dengan berkata, "Jika benar saya yang melakukannya, laknatilah saya." Dan pihak yang satu lagipun perlu berkata sedemikian.

Selain daripada itu, perlulah diungkapkan dengan perkataan "Wallahi, Wabillahi, Watallahi - Saya tidak melakukannya,".

Adakah orang itu atau mungkin orang ini telah mengungkapkan perkataan tersebut? Perkataan Wallahi, Wabillahi dan Watallahi bukanlah sebarang ungkapan. Jika salah, ianya mungkin memakan diri.

Penulis teringat semasa Yang Dipertuan Agong, Perdana Menteri atau Menteri (yang beragama Islam Jose!) akan mengungkapkan perkataan ini untuk menyatakan taat setia dan kesungguhan mereka melaksanakan tanggungjawab. Bukan calang-calang perkataan yang hendak diucapkan!
Janganlah sekadar berpuashati dengan melakukan sumpah Melayu. Maksud penulis, sumpah ala filem P. Ramlee, atau mungkin sekadar menjunjung Quran dan berkata sumpah, saya tak buat..

Setiap bangsa, agama ada cara sumpahnya. Malah, untuk menjadi seorang pengakap, polis dan macam-macam lagi ragam hidup memerlukan sumpah. Itu belum lagi dikira sumpah seorang kekasih kepada seorang kekasih yang mahu membuktikan kesetiaannya. Itu dipanggil sumpah jiwang karat!

Bersumpahlah dengan cara yang betul. Hanya itulah cara yang terbaik untuk membuktikan dan mencari kebenaran.

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection.

1 comment:

Letting the time pass me by said...

Kalau Anwar betul-betul tak buat, alangkah baik kalau bersumpah...

At least orang Islam tak perlu meragui dan terus menolak kes nie.

SENI BAHASA DAN SENI RUPA DALAM CERMINAN AKAL BUDI MELAYU

                                                                                Oleh - Hesmel Faznee Faisal Allahyarham Pendeta Za’ba (1985-...