Friday 18 July 2008

PERUBAHAN DAN KEKECEWAAN..


Oleh - Hesmel Faznee Faisal

Perubahan adalah perkara yang amat sukar dilakukan.

Ia seperti memberi satu anjakan paradigma yang baru (Jose, I am learning to use lots of bombastic words in my writings after this!) kepada diri sendiri dan dalam masa yang sama membuka minda kita kepada perkara yang lebih menarik.

Perubahan juga menjadi seseorang itu lebih matang dan berguna.

Kadangkala, apabila kita cuba untuk melakukan sesuatu perubahan yang memberikan kebaikan kepada sesuatu institusi atau masyarakat, apabila mereka menolak perubahan ini kita akan kecewa atau mungkin tertanya, siapakah yang rugi?

Perubahan juga boleh membuatkan seseorang itu merasa kecewa. Kecewa jika ianya tidak berjaya direalisasikan.

Memandangkan penulis tidak akan berada lama di sini (Jose, I leave it to the readers to find out what I meant by "tidak akan berada lama di sini") penulis ingin berkongsi cerita tentang episod perubahan dan kekecewaan.

Snippets (Tok Det, jangan marah cucu pinjam Tok Det punya favourite terminology ya)

Stesen Keretapi Kuala Lumpur merupakan satu ikon yang cukup signifikan dengan KTMB. Ianya merupakan satu lambang kepada kejayaan dan juga keutuhan satu nama (KTMB).

Melihat kepada premis ini, penulis mencadangkan supaya satu galeri seni diwujudkan di stesen tersebut. Oleh kerana penulis tidak mahu menjadi seperti pemimpin itu (NATO – No Action, Talk Only) penulis mewujudkan santai seni di mana para pelukis dari kalangan penulis mengadakan aktiviti seni di situ.

Selain daripada itu, visi penulis ialah untuk menjadikan stesen tersebut sebagai Centre for Malay Arts and Culture kerana memandangkan ianya sinonim dengan Keretapi Tanah MELAYU (Jose, I’m not trying to become a racist! Furthermore, what more can you provide for our young new talents than to give them a place to do their work there!) ianya patut memberikan peluang kepada para pelukis Melayu berkarya di sana.

Dalam pada itu (Jose, have you notice how frequent the word itu has been used?) bersebelahan dengan stesen ini, YTL telah pun mula membangunkan kembali Hotel Majestic yang dahulunya Balai Seni Lukis Negara kepada Hotel bertaraf 7 bintang!

Jika Centre Of Malay Arts and Culture ini, berjaya direalisasikan, ianya akan dapat membantu mempopularkan stesen tersebut. Ini kerana ianya menempatkan karya-karya seni tempatan. Di samping itu, seni adalah satu bahasa universal yang boleh difahami oleh semua pihak, samada dianya seorang Cina di daerah Yunan, seorang lelaki dari negara Zimbabwe atau seorang penyanyi dari Bolivia, mereka bercakap dalam satu bahasa yang lazim, bahasa seni!

Kita andaikan, Hotel YTL yang baru ini akan menempatkan para pelancong luar (Jose, obviously not all Malaysians can afford to stay in a hotel with a 7 stars status!) mereka sudah tentunya akan tertarik melihat keindahan bangunan ini yang diisi dengan galeri seni dan juga muzim (Yes, Jose. There is a mini museum inside the station!) dan sudah pasti ianya akan membantu mempromosikan stesen tersebut dan juga kandungan di dalamnya.

Apabila stesen tersebut sudah dikenali ramai, menerusi galeri di dalamnya, ianya akan mampu menjadi daya penarik dan memberikan peluang untuk orang ramai mengunjunginya. Tetapi malangnya, ini yang dikatakan sebagai pepatah orang Melayu, "Lembu Punya Susu, Sapi Dapat Nama.."

Namun, seperti yang penulis katakan dari awal, perubahan ini memerlukan orang yang cerdik dan bijak pandai untuk merealisasikannya. Penulis tidak mengatakan yang penulis ini seorang yang bijak, jauh sekali cerdik tetapi setidak-tidaknya penulis cuba untuk melakukan perubahan.

Tetapi sayangnya, apa yang dirancang hanyalah satu rancangan. Pihak tertentu ini tidak nampak (atau mungkin tidak mempunyai visi!) dengan apa yang penulis nampak. Mereka enggan menerima idea penulis. Mereka lebih inginkan pihak lain masuk ke dalam bangunan itu dan melakukan aktiviti mereka di sana.

Untuk makluman, pihak lain itu bercadang untuk menjadikan stesen tersebut sebagai pusat perniagaan mereka, yang berasaskan kepada seni ukiran (Jose, I give you a hint, Arch) dan ianya bukanlah satu bentuk seni yang asli, tetapi seni yang berelektrik!

Tidak dinafikan, penulis kecewa. Kecewa kerana orang-orang ini tidak nampak apa yang penulis nampak. Mereka nampak, kepala Yang diPertuan Agong.

Penulis membuat keputusan, untuk meletakkan jawatan di syarikat tersebut. Ingatkah pembaca Bacalah tentang topik perubahan, kekecewaan yang telah penulis ceritakan dari awal? Inilah huraian dan ungkapan tentang topik-topik tersebut.

Kadangkala, menjadi cerdik ini ada masalahnya. Menjadi bodoh, ada bebannya.

Barulah sekarang penulis faham mengapa Tun Dr Mahathir a.k.a Tok Det menangis. Menangis kerana gagal mengubah pemikiran orang-orang ini.

Sedikit petikan sajak saudara Pyan Habib;

"Melayu kata Melayu Bodoh, Biarkan-Biarkan"

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection.

2 comments:

Letting the time pass me by said...

Tengok ajela keadaan UMNO hari ini. Apa yang diharapkan dari pemimpin negara? Apakah ade lagi harapan untuk orang-orang kampung yang bependapatan rendah...?

The Eugenist said...

Saudara,

harapan bagi orang-orang kampung ini akan terus ada.. Disebabkan harapan inilah, UMNO terus diundi.

Tetapi, akhirnya harapan akan menjadi harapan dilusi semata.

Tak mungkin menjadi kenyataan..

HESMEL FAZNEE FAISAL

SENI BAHASA DAN SENI RUPA DALAM CERMINAN AKAL BUDI MELAYU

                                                                                Oleh - Hesmel Faznee Faisal Allahyarham Pendeta Za’ba (1985-...