Monday 14 July 2008

PERHIMPUNAN


Oleh - Hesmel Faznee Faisal

Salam, kepada para bloggers dan pembaca Bacalah (Jose, kalau ada!)…

Perhimpunan, satu perkataan yang boleh mendatangkan rasa “geli” kepada pemerintah dan rasa solidariti kepada para penganjur penghimpunan. Kita lihat balik beberapa bentuk perhimpunan yang pernah diadakan di negara kita.

1) Masyarakat tidak puas hati. Perhimpunan.

2) Rakyat geram. Perhimpunan.

3) Tuntutan kemerdekaan. Perhimpuan.

Penulis terfikir kembali. Sejak 51 tahun kita mencapai kemerdekaan, di antara 3 perhimpunan di atas, hanya no. 3 sahaja yang mampu mencetuskan perubahan. Itu belum dicampur perhimpunan ketika tahun 69. Tetapi nampaknya, perhimpunan no. 3 itu sahajalah yang benar-benar mendatangkan positiviti kepada negara.

Perhimpunan boleh diklasifikasikan kepada beberapa jenis dan bentuk. Ada yang berbentuk halal, ada yang haram, dan ada yang haram menjadi halal dan halal menjadi haram (Jose, the buttocks flashing incident, remember?).

Keliru? Jose, bukankah perhimpunan ini bertujuan untuk meleraikan sebarang kekeliruan yang ada! Nah, kalaulah benar perhimpunan ini mampu membuat kerajaan menurunkan harga minyak ia sudah pasti akan berlaku!

Perhimpunan sudah menjadi satu trend yang mendapat sambutan yang hangat di kalangan masyarakat sekarang. Malah, ianya bukanlah satu perkara yang baru (or is it baharu Jose?) Ianya sudah berlaku sejarah hampir 100 tahun yang lalu.

Sejak zaman Neolitik, membawa kepada zaman Kesultanan Melayu Melaka, zaman penjajahan, zaman Jepun, zaman keliru era 60an – 70an, (until now I had yet to receive or read any reports or findings on the so called poverty in Baling, Kedah!), zaman 80an (the controversial Ops Lalang), zaman 90an (zaman keliru part 2) dan terakhir zaman kenaikan minyak yang melampau dan terlampau!

Penulis ingin mengajak para pembaca blog ini (Jose, yang sudi membacalah…) merenung kembali tentang kewajaran atau tidak wajarnya perhimpunan seperti yang akan diadakan, pada 14 Julai 2008 ini (hari penulis menulis tulisan yang tidak seberapa ini!)

Benar, isu yang dibangkitkan itu adalah rata-ratanya mengenai ketidakpuasan hati. Tetapi, dalam sesebuah masyarakat yang ada sekarang, siapakah yang boleh mengatakan dianya benar-benar puas dengan apa yang dia ada?

Secara peribadi, penulis tidak berpuashati dengan keadaan sekarang, dibandingkan dengan keadaan dahulu (Jose, I’m still stuck in those memories of yesteryears!). Tapi setidaknya penulis tidaklah sampai ke tahap mengadakan perhimpunan. Hanya perhimpunan jiwa (Jose, in other words, I’m meditating, mind you!).

Tetapi jika difikirkan sejenak, kesan dan akibat akibat mengadakan perhimpunan jalanan ini adalah amat tidak memberikan sebarang kesan yang tidak sewajarnya! Ia memberikan pelbagai persepsi tentang negara secara umum.

Dalam saat negara sedang mengalami “demam ekonomi” dan “demam kepimpiman” yang tidak menentu, kita memerlukan satu gambaran yang baik tentang negara. Ini penting kerana negara luar sedang memerhati kita. Sedang membuat percaturan samada mereka ingin melabur atau tidak.

Sudahlah kepimpinan negara sekarang berada di tahap RED ALERT! Kemunculan perhimpunan seperti ini akan mendatangkan lagi kesan yang membimbangkan. Mereka akan mula melihat negara kita ini sama seperti negara dunia ke3 yang lain.

Ini akan menakutkan lagi para pelabur dari membuat pelaburan yang besar ke negara. Koridor-koridor “jamban” ini tidak mungkin akan menjadi realiti jika melihat kepada realiti ekonomi dunia dan ekonomi tempatan. Ditambahkan pula dengan ketidak tentuan politik semasa negara.

Perhimpunan yang dilakukan hanya akan menjadikan mereka yang menentang orang itu kalah. Walaupun secara prinsipnya mereka menang kerana berjaya menghimpunkan ramai penyokon, pengikut dan pak turut tetapi secara hakikinya, mereka kalah. Kalah kerana gagal memahami kehendak sebenar rakyat. Kehendak untuk hidup dalam keadaan tidak tertekan.

Tidak faham? Begini, apabila ada perhimpunan sedemikian, orang ramai yang menggunakan jalanraya di kawasan yang terbabit akan mula menyumpah. Apabila perkara ini berlaku, walaupun pada dasarnya perhimpunan ini berjaya merealisasikan matlamat (yakni menghimpunkan orang ramai untuk menunjukkan tanda protes!) tetapi secara hakikinya ia gagal.

Gagal kerana tidak memahami konteks sebenar perhimpunan ini diadakan. Memperjuangkan hak dan mutu hidup rakyat. Mereka juga yang akan susah.

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection.

2 comments:

Anonymous said...

salam Mr penulis.

semasa saya menuntut di sebuah negara di Asia Tenggara 2 tahun lepas, saya amat terkejut bila polisi negara itu membenarkan demonstrasi(secara aman)!malahan ia dijadikan sebagai salah satu tourist attraction!

kenapa demonstrasi di Malaysia berbeza?? kerana ianya disekat!
Manusia perlukan medan untuk meluah perasaan!!
saya yakin, demonstrasi jika dilakukan dengan betul boleh mengubah keadaan!

wallahua'alam

Regards, Fina Lan

p/s: who is Jose anyway? really enjoy reading ur blog:)

The Eugenist said...

Thank you for your interest in this so called blog..

FOr your infor, Jose is my alter-ego...

Thank you.

SENI BAHASA DAN SENI RUPA DALAM CERMINAN AKAL BUDI MELAYU

                                                                                Oleh - Hesmel Faznee Faisal Allahyarham Pendeta Za’ba (1985-...