Wednesday 2 July 2008

PENAFIAN...

Oleh - Hesmel Faznee Faisal

Salam, kepada para bloggers dan pembaca Bacalah (Jose, kalau ada!)

Penafian adalah satu perbuatan yang dilakukan, jika kita tidak melakukan sesuatu perbuatan.(Jose, sounds abit confusing isn’t it?)

Ya, penulis akui memang ia agak mengelirukan!

Walau bagaimanapun, jika kita dituduh melakukan sesuatu dan kita tidak melakukannya, kita tidaklah perlu merasa takut. Kita tidak perlu merasa risau dengan apa jua consequences yang bakal dihadapi.

Sejak kebelakangan ini, penulis terserempak dengan pelbagai episod penafian.

Rasanya, penulis tidak perlu menghuraikan apakah penafian tersebut tetapi biarlah ia menjadi satu penafian.

Seperti biasa, penulis ingin membuat analisis. However, I wish to caution the readers first. This is an analysis by an amateur.

Encik Dahlan (Jose, bukan nama sebenar) telah dituduh sebagai seorang yang meminati drama Jangan Main Belakang. Dia telah dituduh menonton drama ini bersama seorang remaja cun. Remaja cun ini dikatakan telah membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Encik Dahlan, tanpa sebarang sebab dan musabab (Jose, bukan musibat ok!) telah squatting di rumah cicit Mustapha Mamak. Selepas beberapa hari kemudian, En. Dahlan telah "dihalau" keluar oleh cicit Mustapha Mamak kerana khabarnya, dia tidak pun diundang dan hanya menghabiskan beras di rumah Mustapha Mamak!

Encik Dahlan, telah membuat beberapa sidang borak-borak untuk menerangkan perkara yang sebenar. Seperti biasa, dia menafikan perbuatan ini.

Encik Dahlan telah bertindak menyaman remaja cun ini atas alasan remaja cun ini hanya pandai menulis skrip drama Jangan Main Belakang.

Yang menjadi persoalan, mengapakah Encik Dahlan tidak membuat laporan polis keatas remaja cun ini? (Jose, this sounded more or less like a spot question for an SPM paper!)

Adakah kerana Encik Dahlan bimbang, jika dia membuat laporan polis, mereka akan menyiasat dan jika benarlah dia ada menonton drama Jangan Main Belakang dengan remaja cun ini, dia akan ditahan dan kredibilitinya sebagai saudagar air liur yang terkenal di seantaro Malaya akan terancam?

Jika dulunya, dia (Encik Dahlan, Jose) adalah seorang pendekar dan saudagar air liur seantaro Malaya, dia mampu untuk buat apa sahaja. Tetapi kini, dia hanyalah seorang saudagar air liur yang masih laku di kalangan orang-orang yang tak puas hati dengan Malik Tanjung, seorang kepala ketua di seantaro Malaya yang sememangnya tidaklah sehebat Mamak Pusyi.

Berbalik kepada kisah penafian ini, seorang yang bersalah akan terus menafikan kisah-kisah yang dilemparkan kepadanya tanpa mengemukakan sebarang substance yang mampu menangkis sebarang tohmahan kepadanya.

Apabila seorang itu terus bertindak membuat penafian (Jose, dalam keadaan ini jika dia sememanglah melakukannya), dia akan terus kelihatan semakin lama semakin bangang. Atau nampak persis a lame duck!

Seperti kata orang, stand up, be like a man and face the music. IF you had not commited any wrong doings, truth will prevail and it will prevail definitely.

Apabila kita menafikannya dan melakukan perbuatan bodoh seperti apa yang dilakukan oleh Encik Dahlan, orang akan mula mempersoalkan tindakan kita.

Don’t you think it will backfired you and make you look like an idiotic chap?

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection.

No comments:

SENI BAHASA DAN SENI RUPA DALAM CERMINAN AKAL BUDI MELAYU

                                                                                Oleh - Hesmel Faznee Faisal Allahyarham Pendeta Za’ba (1985-...