Tuesday 1 July 2008

KONSPIRASI ATAU KON...PI...RASI?

Oleh - Hesmel Faznee Faisal

Konspirasi adalah satu perbuatan di mana ianya dilakukan oleh sekumpulan atau lebih. Di dalam sejarah politik antarabangsa, antara konspirasi yang paling mendapat perhatian adalah The Watergate Conspiracy, yang mana ia melibatkan Presiden Amerika ketika itu, Richard Nixon.

Ia bermula dengan penangkapan 5 orang lelaki yang telah didapati bersalah apabila mereka memecah masuh dan memasuk Ibupejabat Democratic National Committee di Kompleks Hotel Watergate di Washington D.C pada malam 17 Jun, 1972. Skandal ini telah melibatkan pegawai-pegawai kanan di dalam pentadbiran kerajaan Amerika dan cubaan untuk melindungi kes pecah masuk oleh 5 orang lelaki tersebut telah menyebabkan perletakan jawatan Nixon sebagai Presiden pada tahun 1974.

Siasatan yang dijalankan oleh pihak FBI (Jose, mengikut Mafia, ia bermasuk Forever Bothering Italians!) pihak Suruhanjaya penyiasatan Watergate (Jose! Macam di Malaysia!) serta pihak media mendapati tindakan menceroboh ini merupakan salahsatu daripada aktiviti haram yang telah dilaksanakan oleh kakitangan Presiden Nixon dan mereka yang setia kepada beliau. Ia turut mendedahkan taktik kotor yang melibatkan penipuan di dalam kempen, sabotaj, kaedah audit cukai yang tidak betul serta pemasangan wiretapping secara haram. Presiden Nixon dan kakitangan beliau telah berkonspirasi untuk menutupi kes tersebut, 6 hari selepas kejadian tersebut berlaku.

Selepas 2 tahun kes tersebut disiasat serta bahan bukti yang berjaya dikumpul, mereka telah berjaya mendedahkan bahawa Nixon ada mempunyai sistem wiretapping di dalam office Ovalnya dan beliau telah merekod banyak perbualan daripada sistem tersebut. Hasil daripada rekod ini juga mendapati beliau sememangnya telah terlibat di dalam wiring tersebut. Selepas beberapa sebutan kes di dalam mahkamah, Mahkamah Tinggi Amerika meminta supaya Richard Nixon menyerahkan semua rakaman yang telah dibuat. Nixon enggan melakukannya.

Oleh kerana bimbang dengan tindakan yang mungkin akan diambil, oleh kerana keengganan beliau menyerahkan pita rakaman tersebut, Nixon mengambil keputusan meletakkan jawatan dan menjadi Presiden Amerika yang pertama meletakkan jawatan.

Di Malaysia, seperti yang penulis nyatakan sebelum ini, konspirasi di Malaysia tak mungkin dapat dilakukan kerana penulis berpendapat ianya sesuatu yang agak baru di Malaysia.

Jose, what I am trying to say is that it is absolutely impossible for a conspirasy to be taken place in Malaysia, due to Malaysians who are unable to a keep secret and also it is very difficult to orchestrate a conspirasy on a bigger scale.

Oleh yang demikian penulis berpendapat, untuk melakukan satu konspirasi di Malaysia, ia tidak mungkin akan dapat dilaksanakan kerana ia melibatkan orang-orang daripada bawah sehingga ke atas dan sudah pasti di dalam proses ini mungkin ada yang spill out the beans!

Penulis ingin memberikan satu kisah dongeng yang penulis ingin kongsi bersama. Ianya berkenaan dengan seorang putera. Putera ini pada asalnya adalah seekor kodok yang buruk dan kotor. Kodok ini sering melompat dan membuat kacau di dalam sebuah negara, yang mana ia diketuai oleh seorang Laksamana (Jose, selalunya raja bukan?)

Laksamana mendapati kodok ini perlu dibaptistkan lalu dia mengambil kodok tersebut dan membaca serapah. Kodok ini menjadi manusia dan sejurus menjadi manusia, ia mula diberikan tempat di dalam pentadbiran Laksamana.

Lama kelamaan, manusia yang asalnya kodok ini mula merasakan ia perlu naik dan naik (Jose, resmi kodok memanglah begitu, suka melompat bukan?). Dia mula merangka konspirasi bagi menjatuhkan penolong setia Laksamana yang telah sama berjuang bersama beliau semasa Laksamana ini ditentang oleh pahlawan yang dipercayainya.

Kodok ini cukup bijak. Dia pandai bermuka-muka dan sering menggunakan nama Laksamana ini, demi untuk mencapai objektifnya. Malah, dia pernah merancang dan berkonspirasi untuk menentang Laksamana ini sendiri!

Seperti yang orang katakan Man Proposes, God Opposes.

Manusia yang asalnya kodok ini, akhirnya kecundang. Disebabkan oleh kesilapannya ini. How tragic..

Penulis terfikir semula, adakah cerita di atas ini secara kebetulan atau dongeng semata?

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu - The Salam Connection

No comments:

SENI BAHASA DAN SENI RUPA DALAM CERMINAN AKAL BUDI MELAYU

                                                                                Oleh - Hesmel Faznee Faisal Allahyarham Pendeta Za’ba (1985-...