Friday 25 July 2008

KERETA LEMBU, KERETA MEWAH ATAU KITA YANG LEMBU?


Oleh - Hesmel Faznee Faisal

Salam, kepada para Bloggers dan pembaca Bacalah..

Kereta Lembu, Rodanya dua…
Penulis tak berapa ingat, keseluruhan lirik lagu Kereta Lembu, seperti yang tertulis di atas. Tetapi apa yang dapat penulis rasakan, sang penulis lirik ini adalah seorang yang mampu “read between the lines..”

Samada dia hendak menyatakan nostalgianya ketika menaiki kereta lembu, keutuhan dan kekuatan lembu itu menarik kereta itu, atau mungkin pada zaman dahulu, sesiapa yang memiliki kereta lembu, dia adalah terdiri dalam golongan berada, atau sebagainya terpulanglah kepada para pembaca blog Bacalah (Jose, kalau ada!) menilainya.

Kebelakangan ini, isu kereta telah memainkan peranan yang penting di dalam wajah-wajah akhbar (Jose, I’m in my poetry mode!)

Ada sebuah negeri, telah dikecam kerana telah menggunakan “kereta lembu” (Jose, bare in mind, kereta lembu pada zaman dahulu adalah dianggap mewah!) untuk kegunaan para pembesarnya.

Maka, hebohlah sudah satu negara kerana isu ini.

Maka, bisinglah sudah rakyat, tatkala negara diamuk dengan inflasi (Jose, there I go again, the poetry mode!) dan dihimpit dengan kesempitan, pembesar gah menggunakan kereta mewah.

Timbul juga persoalan di dalam diri penulis. Menurut pembesar ini, dia menggunakan kereta mewah bagi mengurangkan kos untuk pembiayaan dan sebagainya.

Perlu diingat, jika dianya cermat, tahu menjaga kenderaan dengan betul dan sebagainya, tak mungkin kereta itu akan rosak.

Namun, jika dilihat pula dari aspek yang berlainan, membeli kenderaan mewah ini pula ada juga relevannya. Ianya jarang sekali untuk rosak dan kualitinya lebih tahan lama. Percayalah, sebuah kereta seperti Mercedez, BMW dan sebagainya mampu digunakan selama lebih dari 30 tahun dan mungkin lebih lama lagi, andainya ia dijaga dengan elok dan rapi.

Namun dilihat pula dari segi kereta tempatan, jika ianya tidak dijaga dan dipelihara dengan betul, tak sampai 5 tahun, ianya akan rosak!

Jadi, segalanya terpulang kepada mereka yang memiliki kenderaan ini. Persoalan tentang jenis dan bentuk kenderaan ini sebenarnya adalah bersifat subjektif. Jika mereka menjaga dengan cermat, tidak kiralah ia berasal dari Barat mahupun Timur atau tempatan, ia terpulang kepada cara mereka menjaganya.

Penulis ingin menyimpang sedikit dari topik kereta. Disebabkan oleh isu ini, penyu kepanasan. Teringat penulis drama Malam Ini Penyu Menangis, karya Sasterawan Negara, Datuk Noordin Hassan (Cikgu, apa habaq?).

Mungkin ada kemungkinan, sekadar kemungkinan, ada unsur-unsur sabotaj di dalam pentadbiran negeri tersebut? Mungkinkah ada pihak yang ingin melihat orang-orang tertentu ini tersungkur?

Tidak dinafikan ada logiknya, membeli sesuatu yang mahal tetapi akan tahan lama (Alah membeli, menang memakai; Jose!) dan tidak perlu memakan belanja yang banyak untuk menjaganya.

Tetapi, akan tetapi, jika kita bersikap cermat dan menjaga harta benda tersebut seperti ianya milik kita sendiri, ia akan tetap elok dan terpelihara. Penulis ingin menarik perhatian sedikit tentang sikap manusia ini.

Manusia, jika sesuatu barang tersebut bukan miliknya, ia akan “mengerjakan” barang tersebut seperti tiada lagi hari esok. Apabila ianya rosak, mereka akan mengatakan barang tersebut tidak berkualiti.

Penulis ingin berkongsi cerita dengan para pembaca Bacalah (Kalau ada!) tentang stail arwah nenda penulis. Beliau cukup cermat dengan barang yang dibelinya, tidak kiralah samada ianya murah atau mahal.

Percayakah jika penulis katakan, kereta Morris Minor yang dibelinya pada tahun 1950an (Jose, my grandfather was a headmaster and to own a car, especially a Morris Minor is something of an achievement for them! In those days, the salary of a headmaster was minimal, compared to the present salary!) masih lagi boleh digunakan dan keadaan di dalamnya cukup elok dan cantik! Arwah nenda penulis menggunakannya hinggalah ke akhir hayat beliau. Beliau meninggal pada tahun 1995. Bayangkanlah.

Persoalannya sekarang, ada kewajaran untuk memiliki kereta mewah dan ada juga logik untuk terus menggunakan kereta tempatan. Selain daripada bersikap patriotik, kita juga harus bersikap realistik. Dengan keadaan sekarang, apa yang paling penting ia bersikap cermat dan memastikan kita menjaga harta benda yang bukan milik kita itu seperti ianya milik kita sendiri.

Bukankah sikap amanah itu, harus ada di dalam diri setiap pemimpin?

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangar Waktu – The Salam Connection



No comments:

SENI BAHASA DAN SENI RUPA DALAM CERMINAN AKAL BUDI MELAYU

                                                                                Oleh - Hesmel Faznee Faisal Allahyarham Pendeta Za’ba (1985-...