Monday 28 July 2008

HANTU PUNYA HANTU!


Oleh - Hesmel Faznee Faisal

TAKUTNYA!!!
BIMBANGNYA!!!
KELAKARNYA!!!
Tidak…

Penulis tidak menulis sajak hari ini.

Tapi ianya sekadar satu caption kepada apa yang hendak penulis katakan hari ini. Semasa penulis sedang membelek akhbar Utusan Malaysia (dahulu or is it dulu? Orang memanggil Utusan Meloya!) keluaran 28 Julai 2008, terserempak satu artikel tentang penerbitan satu buku berkenaan hantu. Tajuk buku, Jelmaan Makhluk Halus dengan Antropologi Melayu, hasil karya Syed Abdullah Hussien (no, Jose! He has nothing to do with Uncle Hussein. So you’re not going to meet THIS Uncle Hussein!).

Menurut artikel tersebut, buku tersebut memaparkan kisah-kisah mistikal yang kononnya wujud di dalam dunia Melayu Nusantara. Mengikut artikel ini, harga buku tersebut berharga RM999.99 dan ianya hanya dijual kepada mereka yang benar-benar ingin tahu tentang dunia mistikal sahaja.

Ianya juga memaparkan tentang profil hantu-hantu yang terdapat di dalam masyakarat kita. Jose, I don’t think this would be a very serious problem as it is obvious there are range of hantus in our society!

Penulis tidak ingin memberikan sebarang komen tentang hantu-hantu yang ada di dalam masyarakat kita kerana sesungguhnya, hantu itu sedia wujud di dalam masyarakat. Ianya wujud di dalam bentuk penyangak, penyamun, pencuri, perogol, perompak dan banyak lagi!

Namun yang demikian, hakikat tentang hantu ini sebenarnya telah lama mendominasi kepercayaan masyakarat kita. Seperti yang telah penulis sebutkan di dalam tulisan yang sebelumnya, kepercayaan tentang sesuatu perkara ini akan mampu "menghidupkan" sesuatu perkara yang tidak wujud.

Tidak dinafikan, syaitan itu sesungguhnya musuh yang nyata (Quran 2:208). Tetapi dengan memberikan satu profil yang mengarut dan tidak masuk akal, di mana masyarakat tidak dapat membezakan antara dongeng dan kenyataan, ia ternyata sesuatu perkara yang amat menyedihkan. Maka wujudlah, watak-watak seperti jembalang, hantu bungkus, hantu kum-kum (Jose, during the early 80’s people who wear the purdah is always been associated with the said character!) hantu raya dan berjela-jela lagi profil menarik tentang hantu ini.

Apabila hantu ini telah difilemkan, didokumentasikan dan diklasifikasikan, ianya akan menjadi satu warisan bangsa dan masyakarat. Maka kita melihat satu legasi yang akan diwarisi dari satu keturunan kepada keturunan yang lain.

Apa yang menghairankan penulis, sekali lagi ialah kemunculan begitu banyak filem-filem dan drama-drama yang berunsurkan pelakon popular (No Jose, I didn’t meant those actors/actress but the hantus!) di dalam masyarakat, ianya akan menyukarkan lagi masyarakat untuk terus bergerak maju dan terus maju.

Ini disebabkan oleh setiap titik langkah yang diambil akan mengambilkira tentang kewujudan hantu tersebut. Jika hendak meneroka sesuatu tempat, jamuan berbentuk spiritual harus dilakukan bertujuan untuk "menghalau" hantu-hantu tersebut.

Tetapi agak menghairankan ialah, mengapa tidak ada sebarang jamuan untuk "menghalau" hantu-hantu yang terdapat di pejabat-pejabat Kerajaan? Hantu-hantu seperti hantu rasuah, hantu bodek, hantu 2 muka, hantu lidah bercabang dan hantu pengampu masih terus bermaharajalela! Sebenarnya, jika ditanya kepada penulis secara peribadi, penulis tidak pernah percaya akan kewujudan hantu.

Menurut Prof Mohd Taib Osman di dalam buku beliau, Malay folk beliefs: An integration of disparate elements. (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1989) perkara ini merupakan sebahagian daripada legasi yang diwarisi secara tidak sengaja dan pada mulanya "hantu-hantu" ini wujud kerana ia merupakan sebahagian daripada cara untuk "menakut-nakutkan" kanak-kanak daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang.

Tidak dinafikan, wujudnya makhlus-makhlus halus seperti kuman, malaikat, jin dan iblis tetapi ianya tidaklah seperti yang digambarkan di dalam masyarakat. Apa yang menghairankan ialah makhluk-makhluk sebegini telah diprofilkan sebegitu rupa dan menjadikan ianya seolah-olah wujud di dalam masyarakat.

Apakah kita perlu memiliki buku-buku yang berkisarkan makhluk halus seperti toyol (Yes, Jose..The original singer of the song Toyol, was Sudirman and not Aznil Nawawi), hantu kum-kum dan macam-macam lagi?

Mengapakah terlalu banyak cerita-cerita yang berkaitan tentang kisah hantu, rasuk dan pelesit di dalam media utama dan alternatif? Adakah ini satu bentuk persetujuan di antara pihak pemerintah dan masyarakat yang terus bersetuju tentang alam mistikal dan penuh tahyul ini?

Penulis pernah bertanya kepada mentor penulis, Pak Kassim (I hope he has found his Jalan Pulang) dan menurut beliau, ianya wujud jika kita percaya akan kewujudannya. Amat mengecewakan apabila ramai orang tidak mahu mempercayai kewujudan Tuhan tetapi terlalu ingin mempercayai kewujudan Hantu.

Jika mereka benar-benar mempercayai kewujudan Tuhan, maka kewujudan Hantu itu tidak perlu dipersoalkan lagi kerana kita harus faham dan akur bahawa sesungguhnya kewujudan manusia di muka bumi ini adalah terbaik dan sebaik kejadian.

Setiap perkara tahyul dan mistik seperti hantu dan sebagainya hanya menidakkan kewujudan manusia yang telah pun diakui Tuhan sebagai kejadian yang paling terbaik. Maka disebabkan itulah Tuhan telah menyuruh semua makhluk sembah Nabi Adam, sebagai tanda pengakuan tersebut, seperti yang diterangkan di dalam surah 2:34;

Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam. Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; dia enggan dan takbur dan menjadilah dia dari golongan yang kafir.

Apabila Tuhan telah menyuruh semua makhluk "sembah" Nabi Adam, ia merupakan satu bentuk metafora tentang kejadian manusia sebagai kejadian Tuhan yang paling sempurna. Apabila manusia mula takutkan perkara-perkara tahyul atau ingin mendalami perkara-perkara mistik seperti hantu dan lain-lain, ia telah menidakkan hukum aqal manusia untuk berfikir.

Bukan maksud penulis untuk merendah-rendahkan mereka yang mendalami pencarian tentang alam mistik ini. Itu hak mereka.

Cuma apa yang menyedihkan, pada saat-saat sekarang, kita memerlukan satu kajian yang mendalam tentang mengapakah masyarakat kita, pada saat kita telah memasuki 51 tahun kemerdekaan, masih lagi tertinggal dan masih lagi di takuk yang lama.

Pada waktu negara ASEAN lain telah jauh meninggalkan kita di dalam aspek ekonomi, Malaysia kembali merangkak dan lemah. Apakah kerana kita sibuk mencari hantu, kita terus ketinggalan atau mungkinkah, terdapat hantu-hantu yang membelenggui diri kita?

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection.

1 comment:

zelmey said...

Salam

Terima kasih atas sokongan saudara

zelmey yusof
pengurus
Team PSI

SENI BAHASA DAN SENI RUPA DALAM CERMINAN AKAL BUDI MELAYU

                                                                                Oleh - Hesmel Faznee Faisal Allahyarham Pendeta Za’ba (1985-...