Thursday 31 July 2008

SYURGA, NERAKA, JANJI DAN TALI..


Oleh - Hesmel Faznee Faisal

Apakah syurga dan neraka? Ramai yang berpendapat, buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat maka konsepnya ialah syurga untuk yang baik dan neraka untuk yang jahat.

Seperti juga sekarang, ada yang berpendapat parti itu adalah neraka dan parti ini syurga dan sebaliknya.

Namun, hakikatnya, syurga dan neraka itu adalah satu tetapi disebabkan oleh kesilapan kecil, ia terpisah dan terus kekal sedemikian.

Ada sebuah parti meminta parti itu bersatu bersama di sebuah negeri.

Namun parti ini mengeluarkan beberapa cadangan dan juga syarat, jika ianya hendak bersatu mereka perlu melaksanakan satu hukuman yang merupakan satu elegi (Jose, bukan Elegi Sepi Azharina ok!) kepada parti yang lagi satu.

Persoalannya, mengapakah harus bersyarat?

Jika benar ianya ikhlas demi bangsa, mengapakah perlu bersyarat?

Semua sedia maklum dan mungkin bukannya semua tahu bahawa hukuman itu bukannya wajib. Benar, ia tidak wajib. Biarlah penulis bersikap berterus terang. Hudud tidak wajib. Perkataan ini disebut sebanyak 14 kali di dalam 9 buah ayat al-Quran. Satu daripada ayatnya berbunyi,
"
Itulah hudud (had-had) Allah; janganlah mencabulinya. Sesiapa mencabuli had-had Allah, mereka itulah orang-orang yang zalim" (2:229
).

Maksud penulis, hukuman potong tangan itu merupakan satu bentuk dan bukan bersifat keadilan. Oleh yang demikian hukuman daripada Allah, atau hukuman dalam Islam yang sebenar, adalah bersifat tidak zalim. Walaupun terdapat hukuman bunuh (qisas) dalam agama Allah, namun Dia memperingatkan agar dipertimbangkan nyawa pesalah supaya dapat diselamatkan. Firman-Nya,

"Dalam qisas ada kehidupan untuk kamu, wahai orang-orang yang mempunyai minda, supaya kamu bertakwa" (2:179).

Penulis tidak berminat untuk menghuraikan berkenaan hukuman hudud mengikut fahaman parti tersebut. Cuma, yang ingin dijelaskan di sini ialah keikhlasan untuk berbaik-baik dan bersatu kembali, demi agama dan bangsa (Jose, have you noticed I left out the word negara because I have doubt on the true meaning of negara!).

Parti tersebut sedia maklum bahawa parti ini agak berat untuk melaksanakan hukuman yang dijelaskan di atas kerana pertama ianya agak outdated dan tidak sesuai lagi untuk dilaksanakan. Kedua, kerana ianya merupakan satu bentuk hukuman bersifat politik dan tidak ada kena mengena langsung dengan sifat ingin mencari keadilan. Ketiga, ianya akan merugikan negara kerana pada zaman sekarang, mencuri merupakan salah satu daripada perkara yang terpaksa dilakukan demi survival kerana kenaikan barang (Jose, I’m not encouraging people to steal but the fact is life is tough nowadays!)

Isu parti itu dan parti ini bersatu telah dibangkitkan oleh bekas Menteri Besar di sebuah negeri yang telah berjaya ditawan oleh pembangkang. Ianya telah menimbulkan pelbagai cerita dan retorik menarik serta dalam masa yang sama turut menarik perhatian pelbagai pihak. Ada yang bersetuju dan ada juga telah membuat laporan polis kerana berpendapat ianya bersifat rasuah (menawarkan jawatan Menteri Besar).

Pada pendapat penulis, mengikut pendapat yang tidak cerdiklah, jika kita benar-benar ikhlas, kita harus meletak ketepi ideologi dan juga apa jua ketidakfahaman antara satu sama lain, demi melihat agama Islam terus terpelihara.

Seperkara lagi, Islam yang diperjuangkan bukanlah Islam Hadhari. Tetapi Islam hakiki.

Mari kita jenguk sebentar ke utara. Pulau Pinang, satu lagi negeri yang berjaya dirampas oleh pembangkang dan kini berjaya membentuk kerajaan telah menagih janji. RM4.7 billion adalah satu jumlah yang cukup besar tuntutannya.

Antara projek yang telah dijanji Kerajaan Pusat ialah projek Monorail, projek PORR (Penang Outer Ring Road, which was strongly opposed by the Opposition before they came to power!) dan Empangan Mengkuang.

Penulis selalu dipesan oleh ibu-bapa supaya berpegang pada janji. Lembu dipegang pada talinya. Manusia dipegang pada janjinya. Janganlah kita menjadi lembu kerana lembu tidak tahu berjanji. Ia hanya tahu berpegang pada talinya sahaja. Manakah yang lebih baik, menjadi lembu atau menjadi manusia? Sudah pastinya lembu bukan kerana ia tahu dirinya diikat pada tali. Keliru? Biarlah, kerana bila kita keliru kita akan malas berfikir.

Apa yang penting, bersatu teguh, bercerai roboh.

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection

Tuesday 29 July 2008

IMPOSSIBLE WITHIN THE POSSIBILITY


By - Hesmel Faznee Faisal

Politics is an art of impossible.

That is the saying of the learnt ones.

In politics, today a person may have good relationship with his close associates but tomorrow, it may not be the same way.

It is interesting to note that in Malaysia, we do have a number of examples which suits the description on the above.

If you have been following the news on talks about the emergence of PAS and UMNO, it is likely that the issue would have been worth saying about the impossibility in politics.

Recently a former Chief Minister from a Pakatan Rakyat led state, proposed a merger between PAS and UMNO. He had also stated that this is important for the sake of the Malays and it is fine if PAS continues to become the Chief Minister, had this merger becomes a reality.

He adds, in order for the development of the country and to achieve the Vision 2020, both parties must have a political stability and it is interesting to note that those things can be achieved if UMNO and PAS are willing to co-operate.

PAS spiritual leader, Ustaz Nik Aziz Nik Mat had even suggested that the two parties have to be dissolved and together they form a new party. To add spice to the story, Perak Chief Minister Datuk Seri Mohmad Nizar Jamaluddin had said Perak PAS was in principle agreement to a merger of the two parties.

We had yet to hear any statement by Pakatan Rakyat de-facto leader Anwar Ibrahim.

What we heard was rumours of him contesting in the Kulim-Bandar Bharu parliamentary (Jose, itu kawasan kampung aku tu!!) if there were any by election in the future after former candidate Aziz Sheikh Fadzir had issued an election petition on the result of the recent election. And it is also interesting to note that former associate and PKR Youth Chief Ezam Mohd Nor is willing to contest in that seat to fight against Anwar.

Now, think about what I had said earlier.

Is politics an art of impossible?

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection.

Monday 28 July 2008

HANTU PUNYA HANTU!


Oleh - Hesmel Faznee Faisal

TAKUTNYA!!!
BIMBANGNYA!!!
KELAKARNYA!!!
Tidak…

Penulis tidak menulis sajak hari ini.

Tapi ianya sekadar satu caption kepada apa yang hendak penulis katakan hari ini. Semasa penulis sedang membelek akhbar Utusan Malaysia (dahulu or is it dulu? Orang memanggil Utusan Meloya!) keluaran 28 Julai 2008, terserempak satu artikel tentang penerbitan satu buku berkenaan hantu. Tajuk buku, Jelmaan Makhluk Halus dengan Antropologi Melayu, hasil karya Syed Abdullah Hussien (no, Jose! He has nothing to do with Uncle Hussein. So you’re not going to meet THIS Uncle Hussein!).

Menurut artikel tersebut, buku tersebut memaparkan kisah-kisah mistikal yang kononnya wujud di dalam dunia Melayu Nusantara. Mengikut artikel ini, harga buku tersebut berharga RM999.99 dan ianya hanya dijual kepada mereka yang benar-benar ingin tahu tentang dunia mistikal sahaja.

Ianya juga memaparkan tentang profil hantu-hantu yang terdapat di dalam masyakarat kita. Jose, I don’t think this would be a very serious problem as it is obvious there are range of hantus in our society!

Penulis tidak ingin memberikan sebarang komen tentang hantu-hantu yang ada di dalam masyarakat kita kerana sesungguhnya, hantu itu sedia wujud di dalam masyarakat. Ianya wujud di dalam bentuk penyangak, penyamun, pencuri, perogol, perompak dan banyak lagi!

Namun yang demikian, hakikat tentang hantu ini sebenarnya telah lama mendominasi kepercayaan masyakarat kita. Seperti yang telah penulis sebutkan di dalam tulisan yang sebelumnya, kepercayaan tentang sesuatu perkara ini akan mampu "menghidupkan" sesuatu perkara yang tidak wujud.

Tidak dinafikan, syaitan itu sesungguhnya musuh yang nyata (Quran 2:208). Tetapi dengan memberikan satu profil yang mengarut dan tidak masuk akal, di mana masyarakat tidak dapat membezakan antara dongeng dan kenyataan, ia ternyata sesuatu perkara yang amat menyedihkan. Maka wujudlah, watak-watak seperti jembalang, hantu bungkus, hantu kum-kum (Jose, during the early 80’s people who wear the purdah is always been associated with the said character!) hantu raya dan berjela-jela lagi profil menarik tentang hantu ini.

Apabila hantu ini telah difilemkan, didokumentasikan dan diklasifikasikan, ianya akan menjadi satu warisan bangsa dan masyakarat. Maka kita melihat satu legasi yang akan diwarisi dari satu keturunan kepada keturunan yang lain.

Apa yang menghairankan penulis, sekali lagi ialah kemunculan begitu banyak filem-filem dan drama-drama yang berunsurkan pelakon popular (No Jose, I didn’t meant those actors/actress but the hantus!) di dalam masyarakat, ianya akan menyukarkan lagi masyarakat untuk terus bergerak maju dan terus maju.

Ini disebabkan oleh setiap titik langkah yang diambil akan mengambilkira tentang kewujudan hantu tersebut. Jika hendak meneroka sesuatu tempat, jamuan berbentuk spiritual harus dilakukan bertujuan untuk "menghalau" hantu-hantu tersebut.

Tetapi agak menghairankan ialah, mengapa tidak ada sebarang jamuan untuk "menghalau" hantu-hantu yang terdapat di pejabat-pejabat Kerajaan? Hantu-hantu seperti hantu rasuah, hantu bodek, hantu 2 muka, hantu lidah bercabang dan hantu pengampu masih terus bermaharajalela! Sebenarnya, jika ditanya kepada penulis secara peribadi, penulis tidak pernah percaya akan kewujudan hantu.

Menurut Prof Mohd Taib Osman di dalam buku beliau, Malay folk beliefs: An integration of disparate elements. (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1989) perkara ini merupakan sebahagian daripada legasi yang diwarisi secara tidak sengaja dan pada mulanya "hantu-hantu" ini wujud kerana ia merupakan sebahagian daripada cara untuk "menakut-nakutkan" kanak-kanak daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang.

Tidak dinafikan, wujudnya makhlus-makhlus halus seperti kuman, malaikat, jin dan iblis tetapi ianya tidaklah seperti yang digambarkan di dalam masyarakat. Apa yang menghairankan ialah makhluk-makhluk sebegini telah diprofilkan sebegitu rupa dan menjadikan ianya seolah-olah wujud di dalam masyarakat.

Apakah kita perlu memiliki buku-buku yang berkisarkan makhluk halus seperti toyol (Yes, Jose..The original singer of the song Toyol, was Sudirman and not Aznil Nawawi), hantu kum-kum dan macam-macam lagi?

Mengapakah terlalu banyak cerita-cerita yang berkaitan tentang kisah hantu, rasuk dan pelesit di dalam media utama dan alternatif? Adakah ini satu bentuk persetujuan di antara pihak pemerintah dan masyarakat yang terus bersetuju tentang alam mistikal dan penuh tahyul ini?

Penulis pernah bertanya kepada mentor penulis, Pak Kassim (I hope he has found his Jalan Pulang) dan menurut beliau, ianya wujud jika kita percaya akan kewujudannya. Amat mengecewakan apabila ramai orang tidak mahu mempercayai kewujudan Tuhan tetapi terlalu ingin mempercayai kewujudan Hantu.

Jika mereka benar-benar mempercayai kewujudan Tuhan, maka kewujudan Hantu itu tidak perlu dipersoalkan lagi kerana kita harus faham dan akur bahawa sesungguhnya kewujudan manusia di muka bumi ini adalah terbaik dan sebaik kejadian.

Setiap perkara tahyul dan mistik seperti hantu dan sebagainya hanya menidakkan kewujudan manusia yang telah pun diakui Tuhan sebagai kejadian yang paling terbaik. Maka disebabkan itulah Tuhan telah menyuruh semua makhluk sembah Nabi Adam, sebagai tanda pengakuan tersebut, seperti yang diterangkan di dalam surah 2:34;

Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam. Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; dia enggan dan takbur dan menjadilah dia dari golongan yang kafir.

Apabila Tuhan telah menyuruh semua makhluk "sembah" Nabi Adam, ia merupakan satu bentuk metafora tentang kejadian manusia sebagai kejadian Tuhan yang paling sempurna. Apabila manusia mula takutkan perkara-perkara tahyul atau ingin mendalami perkara-perkara mistik seperti hantu dan lain-lain, ia telah menidakkan hukum aqal manusia untuk berfikir.

Bukan maksud penulis untuk merendah-rendahkan mereka yang mendalami pencarian tentang alam mistik ini. Itu hak mereka.

Cuma apa yang menyedihkan, pada saat-saat sekarang, kita memerlukan satu kajian yang mendalam tentang mengapakah masyarakat kita, pada saat kita telah memasuki 51 tahun kemerdekaan, masih lagi tertinggal dan masih lagi di takuk yang lama.

Pada waktu negara ASEAN lain telah jauh meninggalkan kita di dalam aspek ekonomi, Malaysia kembali merangkak dan lemah. Apakah kerana kita sibuk mencari hantu, kita terus ketinggalan atau mungkinkah, terdapat hantu-hantu yang membelenggui diri kita?

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection.

Saturday 26 July 2008

KEBIMBANGAN


Oleh - Hesmel Faznee Faisal

Sejak kebelakangan ini, penulis merasakan sedikit hairan. Bingung dengan kehidupan sekarang, terutamanya kehidupan di Malaysia. Terlalu banyak sensitiviti dan sub-standard muncul di dalam masyarakat.

Dalam tidak lebih dari 12 tahun, Malaysia akan mencapai tahun 2020. Mengikut anggaran Tun Dr Mahathir kita akan menjadi sebuah negara moden, berdasarkan kepada prinsip-prinsip seperti berikut:

(i) Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang serupa dan dikongsi bersama. Ia mesti menjadi negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam harmoni, berkerjasama sepenuhnya, secara adil dan didokong oleh satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara;

(ii) Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang dicapai serta gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti dapat ikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, sedar semua kemampuannya, tidak mengalah kepada sesiapa, dan dihormati oleh rakyat negara lain;

(iii) Mewujud dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, mengamalkan satu bentuk persefahaman yang matang, demokrasi Malaysia berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada banyak negara membangun;

(iv) Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral danberetika, yang mana warganegaranya kukuh dalam nilai agama, dan kejiwaan dan didorong oleh tahap etika paling tinggi;

(v) Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, rakyat pelbagai kaum bebas mengamalkan adat,kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing dan pada masa yang sama, meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara;

(vi) Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang kedepan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga menyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan;

(vii) Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang mana kepentingan masyarakat lebih utama daripada diri sendiri dan kebajikan insan tidak berkisar kepada negara atau individu tetapi di sekeliling sistem kekeluargaan yang kukuh;

(viii) Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Iaitu masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama di mana wujud perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi. Masyarakat sedemikian tidak akan wujud jika masih ada pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi, dan kesemua kemunduran ekonomi berdasarkan kaum; dan

(ix) Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental.

Apakah kita sudah bersedia untuk mencapai kemodenan ini? Adakah kita pasti kita telah pun layak untuk digelar Negara Maju, menjelang tahun 2020? Negeri Selangor ketika era pra Pakatan Rakyat telah menggelarkan ia sebagai Negara Maju, pada tahun 2005. Ini bermakna, Selangor telah 15 tahun lebih cepat dari Malaysia!

Penulis sebenarnya, ingin merenung kembali kepada masyarakat kita dan berfikir sejenak, apakah benar kita bersedia?

Jenguk sebentar.

Ada sebuah konsert yang melibatkan seorang penyanyi seberang, dibatalkan di 2 buah negeri dengan alasan, ianya menimbulkan kontroversi. Penulis tidak ada bantahan perkara ini. Tidak mengapa, kerana bukankah Malaysia merupakan sebuah negara bermoral? Disebabkan moral yang tinggi inilah, banyak kes yang tidak bermoral berlaku di negara, dewasa ini. Ini termasuk moral masyarakat, moral politik dan moral agama. Ironik bukan?

Lihat kepada dasar no (V), mengenai liberal dan bertolak ansur. Tidakkah ia bertentangan dengan apa yang sedang berlaku sekarang? Pendek kata, ianya tidaklah mencerminkan kepada apa yang dikehendaki di dalam dasar Wawasan 2020.

Malah, agak menakutkan apabila dewasa ini, pemikiran dan juga tingkahlaku masyarakat sekarang sudah mencerminkan sikap yang agak gerun dan membimbangkan.

Perlawanan bolasepak di antara pasukan Chelsea melawan pasukan Malaysia telah mendapat tentangan kerana pengurus Chelsea, Avram Grant dan pemain pertahanannya, Tal Ben Haim merupakan warga Israel. Alasan yang diberikan oleh pihak tertentu ini adalah kerana mereka berketurunan Yahudi dan mereka harus dihalang memasuki negara kita atas dasar Malaysia tidak mempunyai sebarang ikatan diplomatik dengan Israel.

Penulis merasa bimbang dengan keadaan Malaysia sekarang. Secara peribadi, ianya boleh mengambarkan arah tuju negara ini dalam masa akan datang. Berfikiran dangkal dan tertutup. Tidakkah mereka yang membantah ini tahu bahawa ada perbezaan di antara agama Yahudi dan fahaman Zionis? Penulis ingin mengesyorkan kepada mereka yang tidak tahu supaya membaca buku The Synagogue Of Satan karya Andrew Carrington Hitchcock.

Disebabkan itulah, sentimen basi seperti ini harus dielakkan.

Penulis bimbang, jikalau unsur-unsur radikal ini akan menyelinap masuk ke dalam negara dan membantutkan perkembagan dan juga persepsi masyarakat dunia tentang Malaysia. Negara kita telah lama dikenali sebagai negara Islam yang paling pesat membangun dan mempunyai fahaman Islam yang cukup progresif.

Sepatutnya masayarakat mempunyai moral dan beretika dan apa yang dikehendaki adalah kita mempunyai daya tahan yang tinggi dan mampu untuk menangkis apa juga bentuk dugaan dan cabaran, seperti yang telah dihuraikan di dalam dasar nombor (iv).

Jika masyakarat berpendapat bahawa menghalang konsert ini dari dipersembahkan akan mampu untuk memperbetulkan masyakarat, secara peribadi penulis merasakan yang ianya adalah satu bentuk farce yang paling tidak logik.

Seperti juga menghalang pasukan bolasepak itu dari bermain di Malaysia dengan alasan 2 orang anggota pasukannya adalah berbangsa Yahudi, penulis mengucapkan tahniah kepada mereka yang membantah kerana ianya jelas mencerminkan kedangkalan dan kurangnya kematangan mereka di dalam soal tersebut.

Sebenarnya ada banyak perkara yang hendak dinyatakan di sini tetapi biarlah penulis cuma huraikan 2 isu yang menjadi topik perbincangan di dalam masyakarat sekarang.


Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu - The Salam Connection

photo taken from - http://www.lahomelessblog.org/archive/2007_11_11_archive.html




Friday 25 July 2008

BOLEH....BELAH!!


Oleh - Hesmel Faznee Faisal

Bolehkah?
Boleh…

Boleh?
Bolehlah..

BOLEH???
Boleh..

BOLEH? BOLEH? BOLEH?
Bolehlah…

Bahalol!!
Bahalol..
Bahalol..

Boleh..

BOLEHLAH…
BOLEHLAH..
BODOHLAH…

BAHALOL..
BOLEH PUNYA BAHALOL….

Kuala Lumpur, 25 Julai 2008

T'ganu gets PM's nod for Mercedes Jul 25, 08 1:51pm

T'ganu gets PM's nod for Mercedes Jul 25, 08 1:51pm Controversy surrounding the Terengganu government's decision to purchase 14 Mercedes E200 Kompressors for RM3.43mil was laid to rest today following the prime minister's blessing for the new luxury cars.

Terengganu Menteri Besar Ahmad Said said that Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi has approved the state government's use of the luxury cars in place of Proton Perdana V6 Executive cars.

Ahmad had met Abdullah yesterday after the Umno Supreme Council meeting last night.It is learnt that he had explained to the prime minister on the need to replace the Proton executive cars and obtained Abdullah's blessings for the change.The state government ran into trouble after replacing the national cars, bought in 2004, with the high-end Mercedes Benzs on the ground of cost cutting.

The state government said that it was spending too much money in maintaining the Proton Perdanas.The new official vehicles were started to be used yesterday, on the same day when the cabinet said it was against such a move, especially when there was a government directive for all civil servants to use local cars.

At the same time, the Anti-Corruption Agency too has started probing into the claims of high costs of maintaining the 16 Proton Perdana executive cars.ACA officers had visited the Terengganu state secretariat yesterday to question several officials.

KERETA LEMBU, KERETA MEWAH ATAU KITA YANG LEMBU?


Oleh - Hesmel Faznee Faisal

Salam, kepada para Bloggers dan pembaca Bacalah..

Kereta Lembu, Rodanya dua…
Penulis tak berapa ingat, keseluruhan lirik lagu Kereta Lembu, seperti yang tertulis di atas. Tetapi apa yang dapat penulis rasakan, sang penulis lirik ini adalah seorang yang mampu “read between the lines..”

Samada dia hendak menyatakan nostalgianya ketika menaiki kereta lembu, keutuhan dan kekuatan lembu itu menarik kereta itu, atau mungkin pada zaman dahulu, sesiapa yang memiliki kereta lembu, dia adalah terdiri dalam golongan berada, atau sebagainya terpulanglah kepada para pembaca blog Bacalah (Jose, kalau ada!) menilainya.

Kebelakangan ini, isu kereta telah memainkan peranan yang penting di dalam wajah-wajah akhbar (Jose, I’m in my poetry mode!)

Ada sebuah negeri, telah dikecam kerana telah menggunakan “kereta lembu” (Jose, bare in mind, kereta lembu pada zaman dahulu adalah dianggap mewah!) untuk kegunaan para pembesarnya.

Maka, hebohlah sudah satu negara kerana isu ini.

Maka, bisinglah sudah rakyat, tatkala negara diamuk dengan inflasi (Jose, there I go again, the poetry mode!) dan dihimpit dengan kesempitan, pembesar gah menggunakan kereta mewah.

Timbul juga persoalan di dalam diri penulis. Menurut pembesar ini, dia menggunakan kereta mewah bagi mengurangkan kos untuk pembiayaan dan sebagainya.

Perlu diingat, jika dianya cermat, tahu menjaga kenderaan dengan betul dan sebagainya, tak mungkin kereta itu akan rosak.

Namun, jika dilihat pula dari aspek yang berlainan, membeli kenderaan mewah ini pula ada juga relevannya. Ianya jarang sekali untuk rosak dan kualitinya lebih tahan lama. Percayalah, sebuah kereta seperti Mercedez, BMW dan sebagainya mampu digunakan selama lebih dari 30 tahun dan mungkin lebih lama lagi, andainya ia dijaga dengan elok dan rapi.

Namun dilihat pula dari segi kereta tempatan, jika ianya tidak dijaga dan dipelihara dengan betul, tak sampai 5 tahun, ianya akan rosak!

Jadi, segalanya terpulang kepada mereka yang memiliki kenderaan ini. Persoalan tentang jenis dan bentuk kenderaan ini sebenarnya adalah bersifat subjektif. Jika mereka menjaga dengan cermat, tidak kiralah ia berasal dari Barat mahupun Timur atau tempatan, ia terpulang kepada cara mereka menjaganya.

Penulis ingin menyimpang sedikit dari topik kereta. Disebabkan oleh isu ini, penyu kepanasan. Teringat penulis drama Malam Ini Penyu Menangis, karya Sasterawan Negara, Datuk Noordin Hassan (Cikgu, apa habaq?).

Mungkin ada kemungkinan, sekadar kemungkinan, ada unsur-unsur sabotaj di dalam pentadbiran negeri tersebut? Mungkinkah ada pihak yang ingin melihat orang-orang tertentu ini tersungkur?

Tidak dinafikan ada logiknya, membeli sesuatu yang mahal tetapi akan tahan lama (Alah membeli, menang memakai; Jose!) dan tidak perlu memakan belanja yang banyak untuk menjaganya.

Tetapi, akan tetapi, jika kita bersikap cermat dan menjaga harta benda tersebut seperti ianya milik kita sendiri, ia akan tetap elok dan terpelihara. Penulis ingin menarik perhatian sedikit tentang sikap manusia ini.

Manusia, jika sesuatu barang tersebut bukan miliknya, ia akan “mengerjakan” barang tersebut seperti tiada lagi hari esok. Apabila ianya rosak, mereka akan mengatakan barang tersebut tidak berkualiti.

Penulis ingin berkongsi cerita dengan para pembaca Bacalah (Kalau ada!) tentang stail arwah nenda penulis. Beliau cukup cermat dengan barang yang dibelinya, tidak kiralah samada ianya murah atau mahal.

Percayakah jika penulis katakan, kereta Morris Minor yang dibelinya pada tahun 1950an (Jose, my grandfather was a headmaster and to own a car, especially a Morris Minor is something of an achievement for them! In those days, the salary of a headmaster was minimal, compared to the present salary!) masih lagi boleh digunakan dan keadaan di dalamnya cukup elok dan cantik! Arwah nenda penulis menggunakannya hinggalah ke akhir hayat beliau. Beliau meninggal pada tahun 1995. Bayangkanlah.

Persoalannya sekarang, ada kewajaran untuk memiliki kereta mewah dan ada juga logik untuk terus menggunakan kereta tempatan. Selain daripada bersikap patriotik, kita juga harus bersikap realistik. Dengan keadaan sekarang, apa yang paling penting ia bersikap cermat dan memastikan kita menjaga harta benda yang bukan milik kita itu seperti ianya milik kita sendiri.

Bukankah sikap amanah itu, harus ada di dalam diri setiap pemimpin?

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangar Waktu – The Salam Connection



Thursday 24 July 2008

MENGAPA TAK DISERAHKAN MALAYSIA SAHAJA?

Oleh - Hesmel Faznee Faisal

Maafkan penulis kerana sudah lebih dari seminggu penulis “absent” dari blog.

Sibuk..Ke sana ke mari. Apa yang menarik sepanjang seminggu penulis tiada?

Penulis terbaca tentang isu Singa mengaum kuat!

Mengaum? Lagi sekali?

Setahu penulis, beberapa jenak lalu ia mengaum. Habis terperanjat Pak Dogol. Diserahkan batu berharga kepada Singa itu.

Sebagai ganti, Singa berikan ketul-ketul batu (yang tak berharga) kepada Pak Dogol.

Sekarang, Pak Dogol dah mengamuk, bila Singa dah bersikap berikan betis nak paha!

Penulis baru sahaja pulang dari kursus, jadi tak larat nak menulis panjang seperti biasa.

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection.

Friday 18 July 2008

PERUBAHAN DAN KEKECEWAAN..


Oleh - Hesmel Faznee Faisal

Perubahan adalah perkara yang amat sukar dilakukan.

Ia seperti memberi satu anjakan paradigma yang baru (Jose, I am learning to use lots of bombastic words in my writings after this!) kepada diri sendiri dan dalam masa yang sama membuka minda kita kepada perkara yang lebih menarik.

Perubahan juga menjadi seseorang itu lebih matang dan berguna.

Kadangkala, apabila kita cuba untuk melakukan sesuatu perubahan yang memberikan kebaikan kepada sesuatu institusi atau masyarakat, apabila mereka menolak perubahan ini kita akan kecewa atau mungkin tertanya, siapakah yang rugi?

Perubahan juga boleh membuatkan seseorang itu merasa kecewa. Kecewa jika ianya tidak berjaya direalisasikan.

Memandangkan penulis tidak akan berada lama di sini (Jose, I leave it to the readers to find out what I meant by "tidak akan berada lama di sini") penulis ingin berkongsi cerita tentang episod perubahan dan kekecewaan.

Snippets (Tok Det, jangan marah cucu pinjam Tok Det punya favourite terminology ya)

Stesen Keretapi Kuala Lumpur merupakan satu ikon yang cukup signifikan dengan KTMB. Ianya merupakan satu lambang kepada kejayaan dan juga keutuhan satu nama (KTMB).

Melihat kepada premis ini, penulis mencadangkan supaya satu galeri seni diwujudkan di stesen tersebut. Oleh kerana penulis tidak mahu menjadi seperti pemimpin itu (NATO – No Action, Talk Only) penulis mewujudkan santai seni di mana para pelukis dari kalangan penulis mengadakan aktiviti seni di situ.

Selain daripada itu, visi penulis ialah untuk menjadikan stesen tersebut sebagai Centre for Malay Arts and Culture kerana memandangkan ianya sinonim dengan Keretapi Tanah MELAYU (Jose, I’m not trying to become a racist! Furthermore, what more can you provide for our young new talents than to give them a place to do their work there!) ianya patut memberikan peluang kepada para pelukis Melayu berkarya di sana.

Dalam pada itu (Jose, have you notice how frequent the word itu has been used?) bersebelahan dengan stesen ini, YTL telah pun mula membangunkan kembali Hotel Majestic yang dahulunya Balai Seni Lukis Negara kepada Hotel bertaraf 7 bintang!

Jika Centre Of Malay Arts and Culture ini, berjaya direalisasikan, ianya akan dapat membantu mempopularkan stesen tersebut. Ini kerana ianya menempatkan karya-karya seni tempatan. Di samping itu, seni adalah satu bahasa universal yang boleh difahami oleh semua pihak, samada dianya seorang Cina di daerah Yunan, seorang lelaki dari negara Zimbabwe atau seorang penyanyi dari Bolivia, mereka bercakap dalam satu bahasa yang lazim, bahasa seni!

Kita andaikan, Hotel YTL yang baru ini akan menempatkan para pelancong luar (Jose, obviously not all Malaysians can afford to stay in a hotel with a 7 stars status!) mereka sudah tentunya akan tertarik melihat keindahan bangunan ini yang diisi dengan galeri seni dan juga muzim (Yes, Jose. There is a mini museum inside the station!) dan sudah pasti ianya akan membantu mempromosikan stesen tersebut dan juga kandungan di dalamnya.

Apabila stesen tersebut sudah dikenali ramai, menerusi galeri di dalamnya, ianya akan mampu menjadi daya penarik dan memberikan peluang untuk orang ramai mengunjunginya. Tetapi malangnya, ini yang dikatakan sebagai pepatah orang Melayu, "Lembu Punya Susu, Sapi Dapat Nama.."

Namun, seperti yang penulis katakan dari awal, perubahan ini memerlukan orang yang cerdik dan bijak pandai untuk merealisasikannya. Penulis tidak mengatakan yang penulis ini seorang yang bijak, jauh sekali cerdik tetapi setidak-tidaknya penulis cuba untuk melakukan perubahan.

Tetapi sayangnya, apa yang dirancang hanyalah satu rancangan. Pihak tertentu ini tidak nampak (atau mungkin tidak mempunyai visi!) dengan apa yang penulis nampak. Mereka enggan menerima idea penulis. Mereka lebih inginkan pihak lain masuk ke dalam bangunan itu dan melakukan aktiviti mereka di sana.

Untuk makluman, pihak lain itu bercadang untuk menjadikan stesen tersebut sebagai pusat perniagaan mereka, yang berasaskan kepada seni ukiran (Jose, I give you a hint, Arch) dan ianya bukanlah satu bentuk seni yang asli, tetapi seni yang berelektrik!

Tidak dinafikan, penulis kecewa. Kecewa kerana orang-orang ini tidak nampak apa yang penulis nampak. Mereka nampak, kepala Yang diPertuan Agong.

Penulis membuat keputusan, untuk meletakkan jawatan di syarikat tersebut. Ingatkah pembaca Bacalah tentang topik perubahan, kekecewaan yang telah penulis ceritakan dari awal? Inilah huraian dan ungkapan tentang topik-topik tersebut.

Kadangkala, menjadi cerdik ini ada masalahnya. Menjadi bodoh, ada bebannya.

Barulah sekarang penulis faham mengapa Tun Dr Mahathir a.k.a Tok Det menangis. Menangis kerana gagal mengubah pemikiran orang-orang ini.

Sedikit petikan sajak saudara Pyan Habib;

"Melayu kata Melayu Bodoh, Biarkan-Biarkan"

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection.

Thursday 17 July 2008

DOA DAN IRONY OF THE IRONIES..


Oleh - Hesmel Faznne Faisal

Salam…Kepada para bloggers dan pembaca blog Bacalah..(Jose, kalau ada!)
Hari ini adalah hari irony of the ironies..

Biarlah ia menjadi persoalan dan jawapannya hanyalah penulis yang dapat memberikannya.

Namun, apa yang hendak dinyatakan ialah berdoa adalah satu perbuatan yang baik. Malah, bersolat itu juga adalah satu bentuk doa yang paling mustajab. Selain daripada bersenam (Jose, solat IS a form of exercise and is similar to that of yoga or taici. Muslims, who practise Yoga as a form of exercise, should stop practicing it and perform the solat instead.)

Berbalik kepada topik doa. Penulis ingin berkongsi dengan pembaca Bacalah tentang satu doa yang cukup mustajab!

Bunyinya;

"Ya Allah Ya Tuhanku, Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani. Ya Allah, Tuhan Maha Pencipta, Tempat Aku Kembali. Aku Memohon Kepadamu Nikmat Rezeki Yang Halal, Sehingga Aku Tidak Memerlukan Pada Yang Haram. Kayakanlah Aku Dengan Nikmat KurniaMu Ya Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani. Amin, Ya Rabbil Alamin.."

I'm switching myself into the preacher mode . Percayalah, penulis telah mengamalkan membaca doa di atas dan syukur, Dia memberikan rezeki yang melimpah ruah kepada penulis.

Penulis sedar ada yang bersikap skeptikal tentang perkara ini tetapi, dengan keyakinan ia mampu menjadi kenyataan.

Untuk makluman, cerita di atas adalah sedikit kupasan daripada irony of the ironies.

Snippets..(Pinjam terminologi Tun Dr. Mahathir a.k.a Tok Det)

Semasa menantikan giliran ketika menghadiri temuduga di Akademi Warisan dan Budaya Kebangsaan (For you info, Jose…it’s ASWARA in long hand..hahah!) penulis menerima panggilan telefon daripada OUM supaya mengambil surat tawaran kerja di sana.

Now you will understand as to why I had started this column with the quote "Irony of the Ironies.."

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection

ps - Penulis sengaja meletakkan gambar kucing berdoa kerana penulis percaya, kucing di rumah penulis (yang sering penulis beri makan) mungkin juga turut berdoa supaya penulis mendapat rezeki yang lebih baik!


Wednesday 16 July 2008

LELUCON


Oleh - Hesmel Faznee Faisal
Salam kepada para bloggers dan pembaca Bacalah (Jose, kalau ada!)

Kelmarin merupakan hari untuk berhibur. Ya, berhibur (Jose, if you were to look into the context of the Malay society, everyday we entertain ourselves!)

Mungkin ramai yang hairan dan terperanjat. Terperanjat? (You might be thinking, what did I miss yesterday? Well, Jose it depends on what you watch)

Semalam, ada dua lelucon berbincang. Seorang pakar lawak yang sudah berpuluh tahun berpengalaman menjadi stand up comedian. He had been an excellent entertainer for the public and even had formed a fan club!

Seorang pula, adalah bekas ahli jenaka 46 penyamun. Masing-masing dengan lawak masing-masing. Namun, seperti apa yang dijangkakan, lawak-lawak masing-masing cukup hambar! Tidak ada apa yang hendak dibanggakan.

Penulis agak skeptikal tentang perbincangan ini. Ini kerana, tidak nampak dan tidak jelas arah tuju perbincangan ini hendak ditalakan. Agak berbelit. Agak berbentuk peribadi. Masing-masing nampaknya tidak jelas dengan apa yang hendak disampaikan.

Penulis ingin membuat satu pengakuan. Penulis tidak pandai berlawak. Penulis juga tidak pandai dalam soal-soal perbincangan yang menjurus kepada lawak jenaka.

Cuma, apa yang penulis faham (Jose, I’m trying to stress the point), sesuatu perkara yang jelas, nyata dan tepat, akan mampu ditangkap oleh sebarang orang walau bagaimana sukar untuk ia difahami.

In other words, a person must be able to spread out his message or his point of argument in the simplest way, in order for anybody from walks of life to digest it.

Semalam, penulis tidak nampak. Tidak jelas dan tidak faham. Kemana sebenarnya perbincangan ini dijuruskan. Selepas selesainya perbincangan ini, kedua-dua lelucon bersalam-salaman. Habis begitu sahaja.

Tidak nampak apa yang telah berjaya dikecapi. Apa yang penulis nampak, kedua-duanya oportunis. Seorang, ingin membuktikan bahawa dia adalah seorang lelucon yang bersikap telus. Seorang pula lelucon yang berjaya memunculkan diri di dalam layar hidup, setelah hampir sedekad bertapa di Bukit Besi.

Akhirnya, siapa yang rugi? Menang sorak kampung tergadai, anak itik berlari-lari, sudahlah hidup bergolok gadai, yang hidup susah kitalah nanti..

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection

Monday 14 July 2008

PERHIMPUNAN


Oleh - Hesmel Faznee Faisal

Salam, kepada para bloggers dan pembaca Bacalah (Jose, kalau ada!)…

Perhimpunan, satu perkataan yang boleh mendatangkan rasa “geli” kepada pemerintah dan rasa solidariti kepada para penganjur penghimpunan. Kita lihat balik beberapa bentuk perhimpunan yang pernah diadakan di negara kita.

1) Masyarakat tidak puas hati. Perhimpunan.

2) Rakyat geram. Perhimpunan.

3) Tuntutan kemerdekaan. Perhimpuan.

Penulis terfikir kembali. Sejak 51 tahun kita mencapai kemerdekaan, di antara 3 perhimpunan di atas, hanya no. 3 sahaja yang mampu mencetuskan perubahan. Itu belum dicampur perhimpunan ketika tahun 69. Tetapi nampaknya, perhimpunan no. 3 itu sahajalah yang benar-benar mendatangkan positiviti kepada negara.

Perhimpunan boleh diklasifikasikan kepada beberapa jenis dan bentuk. Ada yang berbentuk halal, ada yang haram, dan ada yang haram menjadi halal dan halal menjadi haram (Jose, the buttocks flashing incident, remember?).

Keliru? Jose, bukankah perhimpunan ini bertujuan untuk meleraikan sebarang kekeliruan yang ada! Nah, kalaulah benar perhimpunan ini mampu membuat kerajaan menurunkan harga minyak ia sudah pasti akan berlaku!

Perhimpunan sudah menjadi satu trend yang mendapat sambutan yang hangat di kalangan masyarakat sekarang. Malah, ianya bukanlah satu perkara yang baru (or is it baharu Jose?) Ianya sudah berlaku sejarah hampir 100 tahun yang lalu.

Sejak zaman Neolitik, membawa kepada zaman Kesultanan Melayu Melaka, zaman penjajahan, zaman Jepun, zaman keliru era 60an – 70an, (until now I had yet to receive or read any reports or findings on the so called poverty in Baling, Kedah!), zaman 80an (the controversial Ops Lalang), zaman 90an (zaman keliru part 2) dan terakhir zaman kenaikan minyak yang melampau dan terlampau!

Penulis ingin mengajak para pembaca blog ini (Jose, yang sudi membacalah…) merenung kembali tentang kewajaran atau tidak wajarnya perhimpunan seperti yang akan diadakan, pada 14 Julai 2008 ini (hari penulis menulis tulisan yang tidak seberapa ini!)

Benar, isu yang dibangkitkan itu adalah rata-ratanya mengenai ketidakpuasan hati. Tetapi, dalam sesebuah masyarakat yang ada sekarang, siapakah yang boleh mengatakan dianya benar-benar puas dengan apa yang dia ada?

Secara peribadi, penulis tidak berpuashati dengan keadaan sekarang, dibandingkan dengan keadaan dahulu (Jose, I’m still stuck in those memories of yesteryears!). Tapi setidaknya penulis tidaklah sampai ke tahap mengadakan perhimpunan. Hanya perhimpunan jiwa (Jose, in other words, I’m meditating, mind you!).

Tetapi jika difikirkan sejenak, kesan dan akibat akibat mengadakan perhimpunan jalanan ini adalah amat tidak memberikan sebarang kesan yang tidak sewajarnya! Ia memberikan pelbagai persepsi tentang negara secara umum.

Dalam saat negara sedang mengalami “demam ekonomi” dan “demam kepimpiman” yang tidak menentu, kita memerlukan satu gambaran yang baik tentang negara. Ini penting kerana negara luar sedang memerhati kita. Sedang membuat percaturan samada mereka ingin melabur atau tidak.

Sudahlah kepimpinan negara sekarang berada di tahap RED ALERT! Kemunculan perhimpunan seperti ini akan mendatangkan lagi kesan yang membimbangkan. Mereka akan mula melihat negara kita ini sama seperti negara dunia ke3 yang lain.

Ini akan menakutkan lagi para pelabur dari membuat pelaburan yang besar ke negara. Koridor-koridor “jamban” ini tidak mungkin akan menjadi realiti jika melihat kepada realiti ekonomi dunia dan ekonomi tempatan. Ditambahkan pula dengan ketidak tentuan politik semasa negara.

Perhimpunan yang dilakukan hanya akan menjadikan mereka yang menentang orang itu kalah. Walaupun secara prinsipnya mereka menang kerana berjaya menghimpunkan ramai penyokon, pengikut dan pak turut tetapi secara hakikinya, mereka kalah. Kalah kerana gagal memahami kehendak sebenar rakyat. Kehendak untuk hidup dalam keadaan tidak tertekan.

Tidak faham? Begini, apabila ada perhimpunan sedemikian, orang ramai yang menggunakan jalanraya di kawasan yang terbabit akan mula menyumpah. Apabila perkara ini berlaku, walaupun pada dasarnya perhimpunan ini berjaya merealisasikan matlamat (yakni menghimpunkan orang ramai untuk menunjukkan tanda protes!) tetapi secara hakikinya ia gagal.

Gagal kerana tidak memahami konteks sebenar perhimpunan ini diadakan. Memperjuangkan hak dan mutu hidup rakyat. Mereka juga yang akan susah.

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection.

Saturday 12 July 2008

DON'T BE A PARASITE TO THE SOCIETY...


By/Oleh - Hesmel Faznee Faisal

Salam, to my fellow bloggers and Bacalah readers (Jose, if there is any!)

Today, I would like to start the usual creative writing with a question for the reader/readers.

Do you believe in God?

If you do, what makes you think God exists? It may sounded heretic a bit but believe me, it has a lot of relevancy with what I wanted to express today.

Everyone says they are the true believer in their own religion, which of course is their right to say it. But the question whether it is just a remark that needs to be proven valid, will remain a question. It’s up to them to come up with evidence to conclude their stand on it!

It seems that ACA is very busy lately, handling cases pertaining to corruption or actions that is related to it. Suprisingly, some of these crooks who are involved in this filthy practice, are not just an average guy from the streets but top officials with an access to any of the departments they are responsible for it.

Kebanyakan yang terlibat merupakan orang-orang yang mempunyai title Haji, Datuk Seri dan pelbagai lagi anugerah yang kebiasaanya dianugerahkan kepada mereka yang berjasa kepada negara. Sepatutnya mereka membuktikan jasa mereka itu. Kepada yang bergelar Haji, jangan sia-siakan gelaran itu. Jadilah seorang yang benar-benar layak memegang gelaran ini.

Tidak dinafikan, gelaran Haji itu tidak mempunyai sebarang erti di Mekah. Jose, trust me, I’ve been to Mecca to perform the umrah once. In Mecca everybody calls you Haji, not because you are a pious person but as a sign of respect!

Rasuah, adalah satu perbuatan yang cukup keji dan terkutuk. Disebabkan itulah penulis bertanya tentang soalan samada adakah anda percaya kepada Tuhan?

Jika ya, kenapa mereka yang rasuah melakukan perbuatan yang terkeji dan terkutuk itu?

Ada yang bersembahyang tetapi perangainya tidak seperti seorang yang beriman. Malah ada yang lebih teruk dan hina dari mereka yang tidak sembahyang. Mungkin mereka tidak tahu membezakan antara sembahyang (Jose, ia adalah perkataan Sanskrit yang bermaksud – sembah Dewa Hiang!) dan bersolat (yang bermaksud berdoa!).

Entahlah…

I would also like to add that some of the crooks that were clearly involved in corruption are still in the office! Such a disgraceful act to the institution!

My concern is when does this thing will end abruptly?

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection

Friday 11 July 2008

KEJUTAN YANG TERKEJUT LAGI MENGEJUTKAN!



Oleh - Hesmel Faznee Faisal

Apa yang dinantikan telah pun berakhir…

Bukan, bukan…Bukan, Jose…

Penulis tak akan umumkan tarikh perkahwinan penulis.

Tetapi peralihan kuasa Gaban dari seorang kepada seorang.

Kita akan nantikan dan kita akan lihat samada ianya benar-benar menjadi realiti atau sekadar bual-bual politik. Ramai yang bersikap pesimis. Ramai juga yang optimis. I’m neither of the groups mentioned previously.

Penulis lebih suka melihat. Melihat dan menantikan samada ianya akan terjadi atau mungkin percaturan politik.

Come to think of it, tak mungkin ianya satu percaturan politik desperado. Betul tak?

Ini kerana ianya melibatkan intergriti (Jose, ayat ni cukup famous sekarang!) seorang ketua.

Jika dia bercakap kosong, sehingga mati pun tiada siapa yang akan menghormatinya.
Come June 2010, Malaysia will see her 6th Prime Minister.

Kita semua menantikan kehadiran orang baru (No! Jose, I prefer to use baru then baharu! It sounds awkward!) yang akan memimpin kita ke arah mencapai Wawasan 2020. Tidak, bukan Wawasan 2057, kerana ini adalah cakap seorang Pak Lawak!

Menurut Perdana Menteri ini, mereka akan mempertahankan jawatan masing-masing di dalam Pemilihan UMNO yang bakal menjelang. Persoalannya adakah mereka-mereka yang hendak mencabar jawatan ini akan meneruskan niat mereka? Atau adakah mereka akan give a second thought about it?

Khabarnya, semasa pengumuman ini dibuat, tepukan gemuruh dapat didengari oleh para perwakilan yang mengikuti taklimat khas tertutup UMNO. Ada dua persoalan yang timbul. Adakah tepukan gemuruh kerana terharu atau tepukan kerana gembira "azab" yang dilalui selama 5 tahun ini akan berakhir 2 tahun lagi (Jose, we’ve to face it for another 2 year!).

Mengikut cakap-cakap orang politik, a day is like a month if you're in politics.

Let me do some simple mathematics and as usual, ini cakap-cakap orang tak cerdiklah..

Dua tahun, adalah bersamaan dengan 24 bulan dan 730 hari. Kalau benarlah, sehari itu seumpama sebulan di dalam politik, ini bermakna 730 bulan sebelum Perdana Menteri itu berhenti atau bersara, whichever you prefer, Jose! 730 bulan itu bermakna 21,900 hari!

It is like ages before he stepped down and retired permanently!
Dalam proses itu, pelbagai perkara yang boleh berlaku. Seperti dalam persembahan Bangsawan, misalannya, kadangkala seorang pelakon utama itu (or you called him Orang Muda, in the Bangsawan terminology) pada saat terakhir, boleh digantikan dengan seorang pelakon yang mungkin terdiri daripada kalangan pelakon tambahan atau mungkin pelakon lelucon (pak lawak daa...)

Jadi, di dalam episod politik Malaysia yang kini nampaknya persis sebuah persembahan Bangsawan, kita mendoakan agar ianya tidak menjadi sebegitu.

Persoalannya, adakah Perdana Menteri ke-6 ini adalah orang yang dinanti-nantikan atau berlakunya satu kejutan yang amat sangat?

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke-Sangkar Waktu – The Salam Connection.

Thursday 10 July 2008

SU....DA.....H.....


Oleh - Hesmel Faznee Faisal

SUDAH!!!!
Sudahlah!

Aku dah tak tahan..
Sudah!

Pergi!
Kalau tak pergi, aku yang nak kena pergi?

Sudah!
Belahlah!

Jalanlah!!
Jalanlah!!!!!!!

Kuala Lumpur
10 Julai 2008

Wednesday 9 July 2008

KEBEBASAN....?


Oleh - Hesmel Faznee Faisal

Salam, kepada para bloggers dan pembaca blog Bacalah…(Jose, kalau ada!)

Semua orang memperkatakan tentang kebebasan. Namun, persoalan yang perlu dijawab dan perlu dihuraikan adalah apakah bentuk kebebsan yang perlu dikenalpasti?

Kadangkala, kebebasan yang bersifat mutlak ini boleh membuat orang menyalahgunakannya. Ini amat membimbangkan kerana kebebasan itu boleh membunuh keharmonian.

Penulis melihat sejak kebelakangan ini, terlalu banyak kebebasan yang berleluasa. Tidak dinafikan, mengikut piagam PBB (which coincidentally was formed by the Jews in 1948!) seseorang itu bebas, berdasarkan kepada 30 piagamnya, antara lain ia turut menyatakan;

"All human beings are born free and equal in dignity and rights.They are endowed with reason and conscience and should act towards one another in a spirit of brotherhood"

Dalam bahasa mudah, semua orang dilahirkan bebas (are you sure Jose!?) dan mempunyai kesamarataan di dalam soal maruah dah hak masing-masing. Mereka termaktub kepada sebab dan akibat dan patut berlaku adil berdasarkan kepada semangat persaudaraan.

Bagi penulis, kebebasan ini mempunyai pelbagai persepsi. Jika terlalu banyak kebebasan, ianya mungkin mengakibatkan kesengsaraan.

Oleh yang demikian, apabila kita memperkatakan tentang kebebasan, kita harus melihat dari sudut manakah ianya diperjuangkan dan dipersoalkan. Seperti artikel 4 dan 5 daripada piagam PBB;

"Article 4.
No one shall be held in slavery or servitude; slavery and the slave trade shall be prohibited in all their forms
."

"Article 5.
No one shall be subjected to torture or to cruel, inhuman or degrading treatment or punishment
."

Seperti di atas, ianya agak ironik kerana negara Israel, di bawah pengaruh the Rothchilds family telah berjaya memanupulasikan keadaan hingga mengakibatkan keadaan di dalam dunia ini kucar-kacir berpunca daripada campur tangan mereka di dalam soal-soal pentadbiran masyarakat.

Sebenarnya, apa yang penting adalah kebebasan jenis apakah yang hendak dicapai dan dikecapi? Adakah ianya satu kebebasan bersifat mutlak atau ia satu diversion bagi mencapai matlamat sejagat atau kepentingan peribadi?

Entahlah, sekarang terlalu banyak sangat orang memperkatakan tentang kebebasan tapi kebebasan ini memakan diri sendiri.

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection

Monday 7 July 2008

SUMPAH SERANAH ATAU DISUMPAH?

Oleh - Hesmel Faznee Faisal..

Salam, kepada para bloggers dan pembaca blog Bacalah (Jose, kalau ada!!)

Setapak melangkah, dua langkah ingatan kanda pada dinda,
Adinda BERSUMPAH, jikalau kanda tidak kembali, dinda akan menyusur mencari kekanda..(Petikan dialog filem Puteri Gunung Ledang)

Hari ini penulis ingin bercakap mengenai sumpah. Tidak, ini bukan sama seperti cerita sumpah orang minyak lakonan arwah Tan Sri P. Ramlee.

Tidak, ini juga bukan Sumpah Semerah Padi (Jose, ini filem tahun 80an lakonan Deddy Borhan!)
Ini cerita mengenai orang itu membuat sumpah ini. Dan orang itu meminta supaya sumpahnya harus bersyarat.

Banyak sungguh syarat yang hendak dipenuhi oleh orang-orang tertentu ini. Bagi penulis, sumpah bukan satu perkara yang main-main.

Kebelakangan ini, banyak sungguh orang bersumpah. Penulis gentar. Gentar dan bimbang (Jose, those words carries the same meaning, don’t you think?)

Tapi yang hendak penulis nyatakan di sini adalah mengenai keikhlasan. Jika seorang itu benar-benar ikhlas, dia tidak perlu mengeluarkan sebarang syarat bagi menyatakan kebenaran. Tidka perlu untuk mengeluarkan sebarang syarat.

Menurut seorang ustaz, orang ini dan orang itu perlu bersumpah mubahalah untuk membuktikan kebenaran. Yang dianjurkan ialah bermubahalah atau bersumpah dengan berkata, "Jika benar saya yang melakukannya, laknatilah saya." Dan pihak yang satu lagipun perlu berkata sedemikian.

Selain daripada itu, perlulah diungkapkan dengan perkataan "Wallahi, Wabillahi, Watallahi - Saya tidak melakukannya,".

Adakah orang itu atau mungkin orang ini telah mengungkapkan perkataan tersebut? Perkataan Wallahi, Wabillahi dan Watallahi bukanlah sebarang ungkapan. Jika salah, ianya mungkin memakan diri.

Penulis teringat semasa Yang Dipertuan Agong, Perdana Menteri atau Menteri (yang beragama Islam Jose!) akan mengungkapkan perkataan ini untuk menyatakan taat setia dan kesungguhan mereka melaksanakan tanggungjawab. Bukan calang-calang perkataan yang hendak diucapkan!
Janganlah sekadar berpuashati dengan melakukan sumpah Melayu. Maksud penulis, sumpah ala filem P. Ramlee, atau mungkin sekadar menjunjung Quran dan berkata sumpah, saya tak buat..

Setiap bangsa, agama ada cara sumpahnya. Malah, untuk menjadi seorang pengakap, polis dan macam-macam lagi ragam hidup memerlukan sumpah. Itu belum lagi dikira sumpah seorang kekasih kepada seorang kekasih yang mahu membuktikan kesetiaannya. Itu dipanggil sumpah jiwang karat!

Bersumpahlah dengan cara yang betul. Hanya itulah cara yang terbaik untuk membuktikan dan mencari kebenaran.

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection.

Friday 4 July 2008

PERANG YANG LAGI SATU (NOT...!)


Oleh - Hesmel Faznee Faisal
Salam, to my fellow bloggers and Bacalah readers (Jose, if there is any!)

Perang dah bermula!

Sabar, sabar Jose! Don’t panic. You’ll be safe in your gutter. They won’t come and invade your privacy.

Ini perang lain. Perang yang lagi satu (Jose, bukan lagu M. Nasir dalam album Canggung Mendonan tu. By the way, that’s one of M. Nasir’s best album ever produced! And.. Helo! You’re deteriorating from the original subject!)

Perang antara dua orang. Off course, takkan perang dengan kucing! Who wants to bother if two cats fights with each other?

Berbalik kepada perang ini. Seorang bersikap defensif, seorang lagi offensive. Walaupun hakikatnya, si defensif ini mempunyai banyak advantages kerana dia mempunyai kuasa (Jose, later on, I will name this guy as Nana, and the other fella as Mamu!) dan si offensive ini cuba untuk menyembunyikan sesuatu, hakikatnya perang mereka ini adalah lebih kepada perang untuk keluar dari masalah!

Berbalik kepada Nana, Nana adalah seorang orang kanan yang cukup setia kepada the Sleeping Beauty. Walaupun Grand Canyon sudah mencemuh Nana kerana sikap terlalu setianya kepada Sleeping Beauty, Nana tetap maintain steady dan mahu menjadi seperti Nana Tanjung (walaupun dia bukan orang Tanjung, seperti penulis!)

Mamu, on the other hand, prefer to be more offensive, attacking poor Nana left, right and centre.

Apa yang menjadi persoalannya adalah, siapakah sebenarnya yang rugi? Siapakah yang akan mengalami kerugian? Sudah tentu marga dan rakyat bumi bertuah! Ini kerana, yang menjadi masalah kepada negara adalah our friend, the Sleeping Beauty!

Sepatutnya, masalah mereka berdua ini tidak harus dijerut ke tengah gelanggang kerana yang tertawa adalah the Sleeping Beauty. Sudah pasti ini akan menjadi satu peluang untuk Sleeping Beauty meneruskan tidurnya!

Come on, wake up!

Adakah kita terlupa dan alpa? Adakah kita terlalu lalai dengan perang dua orang ini? Adakah ini satu bentuk diversion untuk mengalihkan perhatian daripada masalah emas hitam yang nampak gaya semakin lama semakin tinggi nilainya!

Penulis pernah menulis (rujuk tulisan penulis sebelum ini Jose!) mencadangkan supaya Kerajaan Malaysia memberikan satu peruntukan baru di dalam bentuk subsidi kepada pemandu Malaysia. Subsidi di dalam bentuk peruntukan memasang tangki NGV kepada kenderaan rakyat Malaysia ini akan dilihat sebagai satu lagi alternative bagi memandu rakyat Malaysia mengurangkan beban berikutan kenaikan harga emas hitam!

People, wake up!

This war is not about us. The war is purely about 2 individuals, fighting for their own interest. Another chap is fighting tooth and nail, to get his way back into the map of power whilst the other chap is trying to proof his innocence.

The war is of an interest for the two of them.

Our common foe, is the Sleeping Beauty!

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu - The Salam Connection

Thursday 3 July 2008

DON'T PLAY BEHIND MY BACK!!


By - Hesmel Faznee Faisal

Salam,

To my fellow bloggers and Bacalah readers (Jose, if there is any!)

I would like to write on the subject of sodomy. No! It has nothing to do with that leader who was accused of being a sodomite. No. Absolutely not!

It is just that, I feel it is necessary for me to explain or to describe what does it mean and other things which are related to it.

No, I am not a sodomite nor I had the experience of being sodomized by anybody or even allowing anybody to do such act on me. It is obvious; I am not the kind of person a sodomite will be interested with.

The term "sodomy" comes from the (Jose, get ready for some tongue twisting exercise!) Ecclesiastical Latin: peccatum Sodomiticum, or "sin of Sodom."

From an information that I had gathered from the Internet, the association of the ancient city of Sodom with sexual depravity is of biblical origin.

According to the Bible (Jose, ini pun penulis baca secara rambang, BUKAN! BUKAN SEKS RAMBANG!), in the book of Genesis (chapters 18-20), the Lord perceives Sodom and Gomorrah as places of grave sinfulness and seeks to discover whether this perception is really true before He destroys the inhabitants.

According to the Bible (Jose, engkau Kristian ker Muslim? Tak mengapa, yang penting kita semua hambaNya!) Two angels (who have the appearance of humans) are sent to find out the reality of life in Sodom. After arriving in the city in the evening, the angels are invited - then urged strongly - by Lot (Prophet Luth Jose!) to take refuge with his family for the night.

The men of the city of Sodom desired that Lot give them the two men so that they may "know them," which has been interpreted either to mean "interrogate" or "to engage in sexual intercourse." Lot refuses to hand them over, and offers his two virgin daughters instead which has been interpreted to mean either a compromise to assure the crowd that the two men have no untoward intentions in town or for sexual intercourse.

In any event the offer is refused. It is only after the two angels draw Lot back into the house, and then caused blindness to come upon the men of the city, that those within the house are safe. Even in their blinded state, the men outside still try to gain entry to the house and continue until they become wearied. We see here the extent of either their inhospitality or depravity, depending upon how one interprets the verses.

In the end, God had destroyed Sodom by a rain of sulfur and fire. From this biblical narrative the word 'Sodomy' is derived and thus, it come to be synonymous with anal intercourse (particularly between two males) and sometimes also to describe human-animal sexual intercourse (also known as bestiality or zoophilia).

Based on the Holy Qur'an, it stated more explicit scriptural connection between homosexual aggression and Sodom. Eventhough the name of the city ‘Sodom’ does not appear there, the Sodomites are referred to as "the people of Luth (Kaum Nabi Luth daa..)." Lot (Nabi Luth) is the nephew of the Hebrew/Arabic patriarch Abraham and, in the Judaic Sodom stories, is head of the only family allowed by God to survive Sodom's destruction.

In the Qur'an, he is also the divinely appointed national prophet to his people. Since their national name was unrecorded and "people of Lot" was the only available designation, the Islamic equivalent of ‘sodomy’ has become ‘liwat’.

According to Islamic view, homosexuality is not a natural activity and it was due to the heavy influence of the Satan among the people who were living in Sodom and Gomorrah. In order that they should abandon this immorality, Allah had sent to them Luth as a Prophet. The Qur'an relates,

'We also (sent) Lut: he said to his people: "Do ye commit lewdness such as no people in creation (ever) committed before you? For ye practice your lusts on men in preference to women: ye are indeed a people transgressing beyond bounds".' - (Quran 7:80-81)

It is evident from this verse that the sin of the Sodomites was indeed homosexuality (specifically, amongst men) in the Islamic context. In Islam sodomy (Anal sex) is forbidden whether done with a man or a woman.

I hope I am not offending anybody with this piece of writing. The act of a sodomite is an act, which is heavily condemned by God, as well as the society. No matter what it is, if a person is found involved in this disgraceful act, he should repent and stop doing it. It is far much safer to do the hand act (Jose, sendiri mau ingat laaa!) than to intrude other people’s anus!

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection.

Wednesday 2 July 2008

PENAFIAN...

Oleh - Hesmel Faznee Faisal

Salam, kepada para bloggers dan pembaca Bacalah (Jose, kalau ada!)

Penafian adalah satu perbuatan yang dilakukan, jika kita tidak melakukan sesuatu perbuatan.(Jose, sounds abit confusing isn’t it?)

Ya, penulis akui memang ia agak mengelirukan!

Walau bagaimanapun, jika kita dituduh melakukan sesuatu dan kita tidak melakukannya, kita tidaklah perlu merasa takut. Kita tidak perlu merasa risau dengan apa jua consequences yang bakal dihadapi.

Sejak kebelakangan ini, penulis terserempak dengan pelbagai episod penafian.

Rasanya, penulis tidak perlu menghuraikan apakah penafian tersebut tetapi biarlah ia menjadi satu penafian.

Seperti biasa, penulis ingin membuat analisis. However, I wish to caution the readers first. This is an analysis by an amateur.

Encik Dahlan (Jose, bukan nama sebenar) telah dituduh sebagai seorang yang meminati drama Jangan Main Belakang. Dia telah dituduh menonton drama ini bersama seorang remaja cun. Remaja cun ini dikatakan telah membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Encik Dahlan, tanpa sebarang sebab dan musabab (Jose, bukan musibat ok!) telah squatting di rumah cicit Mustapha Mamak. Selepas beberapa hari kemudian, En. Dahlan telah "dihalau" keluar oleh cicit Mustapha Mamak kerana khabarnya, dia tidak pun diundang dan hanya menghabiskan beras di rumah Mustapha Mamak!

Encik Dahlan, telah membuat beberapa sidang borak-borak untuk menerangkan perkara yang sebenar. Seperti biasa, dia menafikan perbuatan ini.

Encik Dahlan telah bertindak menyaman remaja cun ini atas alasan remaja cun ini hanya pandai menulis skrip drama Jangan Main Belakang.

Yang menjadi persoalan, mengapakah Encik Dahlan tidak membuat laporan polis keatas remaja cun ini? (Jose, this sounded more or less like a spot question for an SPM paper!)

Adakah kerana Encik Dahlan bimbang, jika dia membuat laporan polis, mereka akan menyiasat dan jika benarlah dia ada menonton drama Jangan Main Belakang dengan remaja cun ini, dia akan ditahan dan kredibilitinya sebagai saudagar air liur yang terkenal di seantaro Malaya akan terancam?

Jika dulunya, dia (Encik Dahlan, Jose) adalah seorang pendekar dan saudagar air liur seantaro Malaya, dia mampu untuk buat apa sahaja. Tetapi kini, dia hanyalah seorang saudagar air liur yang masih laku di kalangan orang-orang yang tak puas hati dengan Malik Tanjung, seorang kepala ketua di seantaro Malaya yang sememangnya tidaklah sehebat Mamak Pusyi.

Berbalik kepada kisah penafian ini, seorang yang bersalah akan terus menafikan kisah-kisah yang dilemparkan kepadanya tanpa mengemukakan sebarang substance yang mampu menangkis sebarang tohmahan kepadanya.

Apabila seorang itu terus bertindak membuat penafian (Jose, dalam keadaan ini jika dia sememanglah melakukannya), dia akan terus kelihatan semakin lama semakin bangang. Atau nampak persis a lame duck!

Seperti kata orang, stand up, be like a man and face the music. IF you had not commited any wrong doings, truth will prevail and it will prevail definitely.

Apabila kita menafikannya dan melakukan perbuatan bodoh seperti apa yang dilakukan oleh Encik Dahlan, orang akan mula mempersoalkan tindakan kita.

Don’t you think it will backfired you and make you look like an idiotic chap?

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection.

Tuesday 1 July 2008

KONSPIRASI ATAU KON...PI...RASI?

Oleh - Hesmel Faznee Faisal

Konspirasi adalah satu perbuatan di mana ianya dilakukan oleh sekumpulan atau lebih. Di dalam sejarah politik antarabangsa, antara konspirasi yang paling mendapat perhatian adalah The Watergate Conspiracy, yang mana ia melibatkan Presiden Amerika ketika itu, Richard Nixon.

Ia bermula dengan penangkapan 5 orang lelaki yang telah didapati bersalah apabila mereka memecah masuh dan memasuk Ibupejabat Democratic National Committee di Kompleks Hotel Watergate di Washington D.C pada malam 17 Jun, 1972. Skandal ini telah melibatkan pegawai-pegawai kanan di dalam pentadbiran kerajaan Amerika dan cubaan untuk melindungi kes pecah masuk oleh 5 orang lelaki tersebut telah menyebabkan perletakan jawatan Nixon sebagai Presiden pada tahun 1974.

Siasatan yang dijalankan oleh pihak FBI (Jose, mengikut Mafia, ia bermasuk Forever Bothering Italians!) pihak Suruhanjaya penyiasatan Watergate (Jose! Macam di Malaysia!) serta pihak media mendapati tindakan menceroboh ini merupakan salahsatu daripada aktiviti haram yang telah dilaksanakan oleh kakitangan Presiden Nixon dan mereka yang setia kepada beliau. Ia turut mendedahkan taktik kotor yang melibatkan penipuan di dalam kempen, sabotaj, kaedah audit cukai yang tidak betul serta pemasangan wiretapping secara haram. Presiden Nixon dan kakitangan beliau telah berkonspirasi untuk menutupi kes tersebut, 6 hari selepas kejadian tersebut berlaku.

Selepas 2 tahun kes tersebut disiasat serta bahan bukti yang berjaya dikumpul, mereka telah berjaya mendedahkan bahawa Nixon ada mempunyai sistem wiretapping di dalam office Ovalnya dan beliau telah merekod banyak perbualan daripada sistem tersebut. Hasil daripada rekod ini juga mendapati beliau sememangnya telah terlibat di dalam wiring tersebut. Selepas beberapa sebutan kes di dalam mahkamah, Mahkamah Tinggi Amerika meminta supaya Richard Nixon menyerahkan semua rakaman yang telah dibuat. Nixon enggan melakukannya.

Oleh kerana bimbang dengan tindakan yang mungkin akan diambil, oleh kerana keengganan beliau menyerahkan pita rakaman tersebut, Nixon mengambil keputusan meletakkan jawatan dan menjadi Presiden Amerika yang pertama meletakkan jawatan.

Di Malaysia, seperti yang penulis nyatakan sebelum ini, konspirasi di Malaysia tak mungkin dapat dilakukan kerana penulis berpendapat ianya sesuatu yang agak baru di Malaysia.

Jose, what I am trying to say is that it is absolutely impossible for a conspirasy to be taken place in Malaysia, due to Malaysians who are unable to a keep secret and also it is very difficult to orchestrate a conspirasy on a bigger scale.

Oleh yang demikian penulis berpendapat, untuk melakukan satu konspirasi di Malaysia, ia tidak mungkin akan dapat dilaksanakan kerana ia melibatkan orang-orang daripada bawah sehingga ke atas dan sudah pasti di dalam proses ini mungkin ada yang spill out the beans!

Penulis ingin memberikan satu kisah dongeng yang penulis ingin kongsi bersama. Ianya berkenaan dengan seorang putera. Putera ini pada asalnya adalah seekor kodok yang buruk dan kotor. Kodok ini sering melompat dan membuat kacau di dalam sebuah negara, yang mana ia diketuai oleh seorang Laksamana (Jose, selalunya raja bukan?)

Laksamana mendapati kodok ini perlu dibaptistkan lalu dia mengambil kodok tersebut dan membaca serapah. Kodok ini menjadi manusia dan sejurus menjadi manusia, ia mula diberikan tempat di dalam pentadbiran Laksamana.

Lama kelamaan, manusia yang asalnya kodok ini mula merasakan ia perlu naik dan naik (Jose, resmi kodok memanglah begitu, suka melompat bukan?). Dia mula merangka konspirasi bagi menjatuhkan penolong setia Laksamana yang telah sama berjuang bersama beliau semasa Laksamana ini ditentang oleh pahlawan yang dipercayainya.

Kodok ini cukup bijak. Dia pandai bermuka-muka dan sering menggunakan nama Laksamana ini, demi untuk mencapai objektifnya. Malah, dia pernah merancang dan berkonspirasi untuk menentang Laksamana ini sendiri!

Seperti yang orang katakan Man Proposes, God Opposes.

Manusia yang asalnya kodok ini, akhirnya kecundang. Disebabkan oleh kesilapannya ini. How tragic..

Penulis terfikir semula, adakah cerita di atas ini secara kebetulan atau dongeng semata?

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu - The Salam Connection

SENI BAHASA DAN SENI RUPA DALAM CERMINAN AKAL BUDI MELAYU

                                                                                Oleh - Hesmel Faznee Faisal Allahyarham Pendeta Za’ba (1985-...