WARKHAH DARI JOSE...


Salam,
Kepada Bung Hesmel yang jauh di mata dan selalu jauh di hati.

Kiranya, engkau bisa mengingati aku, walaupun aku kini sudah jauh, beribu batu. Nah, bukankah kau bisa mengulangi kata-katamu kepada aku,

Jose, sahabat itu jauh dekat tetap dekat..Dekatnya di sini (Sambil kau menuding jarimu ke dadamu)

Aku di sini, masih lagi seperti dulu, masih brengset seperti yang kau kenali.

Walau bagaimanapun, aku ingin nyatakan di sini, hidup aku bukan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang tetapi kais pagi makan untuk petang, malam dan besok harinya!

Dulu, aku buleh beli majalah Ujang, sekarang, terfikir balik, Ujang atau minyak motor untuk aku pergi berulang alik ke tempat kerja!

Kerja sebagai seorang penjual DVD ini banyak cabarannya!
Bung Hesmel,

Jika dulu, orang sanggup beli 5-10 keping untuk DVD tapi sekarang tidak lagi. Sejak kenaikan minyak, susah sungguh hendak jual walau sekeping pun! Sedih! Apalah malangnya nasib.

Tapi tidak mengapa. Aku sini sudah mempunyai kerja yang baru! Menjadi penjual tiket bas. Atau lebih tepat, ulat. Tidak mengapa, asalkan rejekinya halal.

Bung Hesmel, benar seperti yang Bung sering katakan kepadaku, hidup ini seperti coklat, engkau tak tahu apa yang engkau akan dapat. Sebentar! Itu, persis skrip filem Forrest Gump! Wah, bung mencedok idea orang lain ya?

Tetapi, pada pendapatku, hidup ini sepertinya keropok lekor, banyak betul yang palsunya dari yang aslinya daripada Terengganu!

Bung Hesmel, aku harap hidup engkau di Kuala Lumpur adalah semewah hidupku di sini. Aku bisa makan apa sahaja, jika aku mahu makan coklat, aku kutip saja di jalan. Jika aku dambakan nasi beriani, aku cari sahaja di dalam tong-tong sampah yang ada.

Bung Hesmel,

Walaupun aku ini berasal dari Sepanyol tetapi ramai orang menyangka aku ini orang tempatan! Wah, hebat sungguh desepsi yang ku lakukan ya?

Tapi sekarang, orang luar pun banyak yang kelihatan seperti orang tempatan? Bukan?

Oklah, Bung Hesmel, aku terpaksa pergi dahulu. Nampaknya ada beberapa orang pak polisi sedang mengejarku. Untuk makluman, aku menghantar mengunakan Blackberry yang aku seluk dari poket seorang orang kaya baru-baru ini.

Sahabatmu,
Jose.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENANGGUK DI AIR YANG KERUH

APAKAH AVM DAN BENARKAH ANDA HANYA MENGALAMI MIGRAIN?

ALLAHYARHAM TAN SRI DR P RAMLEE