Thursday 19 June 2008

KEPERCAYAAN...


Oleh - Hesmel Faznee Faisal


"Percayalah, kanda tak pernah berlaku curang dengan dinda."


Tidak, penulis bukan sedang menghasilkan skrip baru, cuma membayangkan tentang bagaimana seorang lelaki (baca kekasih) ingin mengembalikan kepercayaan seorang perempuan kepadanya.

Kepercayaan, merupakan salah satu daripada perkataan yang tertulis di dalam rukunegara, iaitu Kepercayaan kepada Tuhan.

Adakah di antara kita yang tidak percayakan Tuhan? Terpulanglah.


Namun, apabila sesuatu kelompok itu tidak mempercayai ketuanya, adakah ianya menjadi satu kesalahan seandainya kelompok itu ingin membuat satu usul tidak percaya kepada ketuanya?

Bagaimanakah dengan yang lain? Sampai bilakah agaknya mereka hendak bersikap tunggu dan lihat? Kadangkala kepentingan diri ini harus diketepikan dan didahului dengan kepentingan negara, agama dan bangsa.

Negara, itu yang harus diutamakan, kemudian barulah agama dan bangsa. Nah, mungkin ramai yang bersikap emosional apabila penulis mendahulukan negara, baru agama. Ini kerana, tanpa negara bagaimanakah agaknya agama itu hendak berkembang, kerana negara ini membentuk satu institusi kekeluargaan.

Maaf, penulis melencong dari topik asal iaitu kepercayaan. Tetapi percayalah, jika seseorang itu telah mula diragui dan orang mula hilang kepercayaan terhadap dirinya, maka dia hendaklah cepat mengambil keputusan, samada mahu terus berada di situ atau terus pergi dari situ.

Apalah ertinya menjadi ketua jika di dalam kelompok masyarakat sudah tidak mempercayainya lagi?

Waima ada yang mempercayainya untuk menjadi ketua sekalipun, mereka harus bertanyakan kepada diri mereka, atas alasan apakah mereka percaya dia masih dipercayai? (Tongue twisting..)

Adakah kerana dia seperti the goose that lays the golden egg?

Kerjanya hanyalah untuk bertelur sahaja?

Jika penulis berada di tempat sebegitu, penulis lebih rela menjadi seperti burung ostrich, menyembunyikan kepala. Tapi ironiknya, badan masih lagi kelihatan, bukan?

Kepada mereka yang masih lagi dalam keadaan in denial; please wake up and smell the waste.
Tolonglah, fahami keadaan dan cuba peka dengan keadaan sekeliling.

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection

No comments:

SENI BAHASA DAN SENI RUPA DALAM CERMINAN AKAL BUDI MELAYU

                                                                                Oleh - Hesmel Faznee Faisal Allahyarham Pendeta Za’ba (1985-...