Monday 30 June 2008

KALAU....

Oleh - Hesmel Faznee Faisal

Salam…

Kepada semua bloggers dan pembaca setia Bacalah (Jose, kalau ada!)

Hari ini, penulis ingin membincangkan tentang isu KALAU.

Baru-baru ini seorang pemimpin sebuah parti politik pembangkang telah dituduh sekali lagi, atas kesalahan meliwat seorang lelaki dan satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Jalan Travers pada hari Sabtu lepas. Menurut lelaki tersebut (yang juga pembantu peribadinya, Jose, macam ada satu bentuk dejavu!) beliau telah diliwat pemimpin ini pada 26 Jun lepas di sebuah tempat di Kuala Lumpur.

Ironiknya, pemimpin ini telah mendapatkan political asylum (penulis lebih selesa dengan terminologi ini) di Kedutaan negara Turki atas alasan nyawanya terancam.. Untuk makluman, negara tersebut sering dikecam oleh sesetengah pemimpin pembangkang sebagai sebuah negara sekular! Tidakkah ianya agak ironik? Mendapat perlindungan di sebuah negara yang sering dikecam kerana berfahaman sekular dan lain-lain lagi?

Persoalannya, KALAUlah pemimpin ini benar-benar terlibat dengan perbuatan terkeji ini, apakah yang akan berlaku? Adakah imej pemimpin ini serta parti yang dibelakanginya (Jose, ini bukan main belakanglah!) akan tercalar?

KALAUlah juga dianya benar-benar melakukan perbuatan tersebut, adakah dia akan mendapat tamparan paling hebat dalam karier politiknya atau mungkin dia akan terus terkubur di dalam mimpi yang tak sampai?

Menurut penyokong pemimpin ini, dia tidak bersalah. Kalaulah dianya benar-benar bersalah, apakah agaknya yang akan berlaku?

Untuk rekod, baru-baru ini seorang guru agama telah dituduh meliwat pelajarnya. Di Amerika Syarikat, begitu banyak kes-kes yang melibatkan pemimpin mereka meliwat lelaki itu atau diliwat lelaki ini.

Persoalannya, KALAU benar pemimpin ini meliwat, mengapakah tiada orang hendak mempercayai perkara ini berlaku kerana secara kelazimannya, ia benar-benar berlaku?

Maksud penulis, pempimpin ini, seperti juga guru agama yang dituduh meliwat dan pemimpin di Amerika Syarikat, adalah seorang manusia biasa. Tidak terlepas dari melakukan kesalahan. Tidak maksum.

KALAULAH, secara KEKALAUAN, pemimpin ini terlibat dalam skandal seks biasa atau mungkin mempunyai berpuluh-puluh perempuan simpanan, adakah pengikutnya akan mempercayainya? Atau adakah pengikut pemimpin itu akan hanya mendiamkan diri dan berusaha menyembunyikan kelemahan pemimpin ini?

Adakah kerana satu laporan polis telah dibuat oleh mangsa pemimpin ini, maka kumpulan penyokong pemimpin itu akan berusaha untuk melakukan satu keadaan yang kacau dan tidak tenteram, semata-mata hendak mengabui kes siasatan, yang akan dilakukan ke atas pemimpin ini?

Perlu diingat, kes dakwaan liwat ke atas pemimpin ini telah digugurkan tidak lama dahulu atas alasan, dakwaan yang dibuat terhadapnya tidak seiring dengan tarikh yang dikemukakan oleh pihak pendakwa. Akan tetapi, para hakim yang membuat keputusan supaya dakwaan terhadap pemimpin digugurkan masih percaya bahawa kes liwat itu pernah berlaku. Serta, kes dakwaan pemimpin ini melakukan salahguna kuasa kerana mengarahkan pihak berkuasa untuk menggertak orang-orang tertentu kerana mendakwa dia telah meliwat tidak digugurkan, malah dia telahpun menjalani hukuman tersebut.

Pada pendapat penulis, biarlah siasatan terhadap kes ini dilakukan dahulu sebelum pihak tertentu ingin membuat kekacauan dan mendakwa ianya satu lagi konspirasi. Perlu diingat, di Malaysia konspirasi tidak mungkin akan berlaku kerana rakyat Malaysia, segelintirnya tidak pandai menyimpan rahsia. Bagi menjayakan sesuatu konspirasi, ianya perlu perancangan yang cukup panjang.

Tidak mungkin satu perancangan yang hendak dilakukan ke atas pemimpin ini, akan boleh berlaku tanpa perancangan yang cukup panjang!

Namun yang demikian, apa yang agak menarik ialah pemimpin ini adalah seorang yang cukup bijak! Ini diakui penulis kerana dianya seorang pakar konspirasi yang bagus untuk menjatuhkan pemimpin lain. Kepada mereka yang membaca sejarah, tentu akan tahu bahawa dianya juga telah berjaya menjatuhkan seorang pemimpin yang pernah menjadi seorang Timbalan Perdana Menteri satu masa dahulu.

Untuk membincangkan tentang cerita itu, ianya memanglah panjang. Kembali kepada cerita KALAU ini.

Seandainya, atau KALAUlah pemimpin itu benar-benar melakukan perbuatan tersebut, apakah yang akan berlaku agaknya?

Hanya Tuhan yang Tahu..

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection.

1 comment:

Anonymous said...

erm..saya ada juga terdengar peristiwa ini..dan sekali lagi saya dapati penulis begitu berat sebelah..
KALAU benar..(terlalu byk ke arah menuduh..)

spttnyer penulis juga menyatakan KALAU bukan...(ke arah menolak tuduhan)

br la nmpk ADIL dan sesuai dengan sifat DACING itu sendri..
muekekek

SENI BAHASA DAN SENI RUPA DALAM CERMINAN AKAL BUDI MELAYU

                                                                                Oleh - Hesmel Faznee Faisal Allahyarham Pendeta Za’ba (1985-...