Tok Det.......Tahniah atau..?


Oleh - Hesmel Faznee Faisal

Salam, kepada semua blogger dan juga pembaca blog "Bacalah" (jika ada, Jose…)

Berita yang mengejutkan adalah sudah pasti, pengunduran Tun Dr Mahathir Mohamad a.k.a Tok Det dari UMNO.
Maka menjeritlah, ball polishers dari UMNO yang memekik, menempik dan mengherdik Tok Det kerana tindakannya itu boleh memecahkan parti dan membawa keadaan yang lebih parah kepada UMNO. Persoalannya, Jose…

Adakah ini benar?

Adakah ini punca yang menjadikan UMNO pecah?

Apakah dengan tindakan ini, UMNO dapat disatukan semula?

Tok Det, seorang negarawan bukanlah sekadar seorang ahli UMNO biasa. Menjadi ahli UMNO hampir dari separuh usia beliau dan menjadi PM hampir dari suku usia beliau, maka beliau janganlah dilihat sebagai sekadar "ordinary member"..

Tindakan-tindakan yang diambil oleh juak-juak UMNO untuk memperburukkan dan downsize segala jasa yang telah beliau lakukan adalah tindakan yang paling tidak bijak. Ini kerana walaupun beliau umpama "you either hated him or love him", perkara ini akan membuatkan orang ramai menjadi bertambah benci kepada Pak Lah a.k.a the most unintelligent P.M in the history of Malaysia.

Tok Det, ingin memperbetulkan UMNO kerana beliau berpendapat, UMNO sekarang telah menggelong (Jose, itu bahasa utara..maksudnya menyimpang!)

Masakan tidak! Lagu UMNO pun dah ditukar rentaknya…

Walaupun ada yang berpendapat, UMNO sekarang bukan UMNO 1946 tetapi, hakikatnya selagi perjuangan itu masih lagi sama, berteraskan kepada perjuangan agama, negara dan bangsa ia masih lagi dilihat relevan dan sama dengan UMNO 1946. Hakikatnya, UMNO sekarang adalah seperti sebuah kereta yang telah mengalami proses recon..

Maka kita seharusnya mengekalkan atau memperbaikinya. Itulah yang cuba dilakukan oleh Tok Det.

Penulis menulis bukanlah bertujuan untuk membodek mahupun mengampu Tok Det, bukan kerana mengenali beliau secara personal tetapi seperti yang kerap penulis sebutkan sebelum-sebelum ini, penulis adalah seorang yang mengenang jasa.

Jasa yang telah beliau lakukan terhadap penulis, walaupun tidaklah seberapa ialah beliau membuatkan penulis lebih menghargai pengorbanan, perjuangan dan juga semangat seorang Melayu.

Bukanlah niat penulis untuk menjadi seorang eugenist (Jose, pergi cari maksud..) tetapi ingin menjadi lebih baik dari semalam..

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection..

photo courtesy of - pantheraleo1982.wordpress.com/

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENANGGUK DI AIR YANG KERUH

APAKAH AVM DAN BENARKAH ANDA HANYA MENGALAMI MIGRAIN?

ALLAHYARHAM TAN SRI DR P RAMLEE