LEPAS BATU PUTIH? BAGILAH MALAYSIA KAT SINGAPURA PULA..


Oleh - Hesmel Faznee Faisal

Salam,

Kepada para bloggers dan juga pembaca blog Bacalah (Jose, itupun kalau ada!)

Tahniah! Kudos to our judiciary team who fought tooth and nail at the ICJ Court for losing the precious Pulau Batu Putih to Singapore.

Tahniah kerana anda gagal memenangi pulau tersebut.

Pulau tersebut, yang jaraknya hanya 7.7 batu nautika daripada Johor, dibandingkan dengan 25 batu nautika dari Singapura telah ironinya berjaya diambil oleh negara ala Yahudi, maksud penulis negara Singa berpura-pura.

Antara punca kekalahan kita kepada Singapura, antara lain ialah kegagalan kita untuk mengemukakan sejarah. Perkara ini telah diakui oleh Rektor Kolej Yayasan Melaka, Y.Bhg Profesor Datuk Dr Ramlah Adam.

Menurut beliau, merujuk kepada surat daripada Pemangku Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri Johor pada 1953 kepada Singapura, yang mengatakan bahawa kerajaan Johor tidak menuntut hakmilik ke atas Pulau Batu Putih, ia menunjukkan kelemahan dan kegagalan pentadbiran pada masa itu untuk melihat kepentingan sovereignty negara.

Selain daripada itu, menurut beliau, "Ini pengajaran penting kepada Malaysia betapa pentingya dokumen-dokumen sejarah dan merujuk kepada orang-orang yang terlibat sebelum membuat keputusan." (Utusan Malaysia; 24 Mei 2008)

2 perkara yang dapat penulis huraikan daripada maklumat di atas. Take things for granted (sikap sambil lewa) dan pure ignorance on history (sikap buta sejarah dan tidak mengambilberat tentang sejarah negara)

Sejak kebelakangan ini, penulis dapat melihat sikap pertama yang dihuraikan di atas telah mendominasi bukan sahaja kebanyakan daripada kepimpinan negara, malah ia melarat kepada kepimpinan utama negara (baca Perdana Menteri).

Selain daripada itu, sikap kebanyakan daripada masyarakat yang buta sejarah telah menjadikan kita lemah dan tidak menghargai apa yang telah dilakukan oleh mereka yang berusaha untuk memelihara sejarah.

Penulis tidak berniat untuk sekadar serkap jarang tetapi, pergilah dan tanyalah kepada sesiapa yang lahir pada tahun 1980an ke atas, berapa ramaikah yang benar-benar tahu dan peka tentang kisah dan pensejarahan negara?

Mungkin ada di antara yang berkata, "entah, sejarah tak penting" atau "sejarah? Buat apa nak tahu perkara-perkara yang lepas? Baik kita ambil tahu tentang artis-artis AF.."

Pengajaran yang harus dipelajari selepas ini ialah, hargailah sejarah dan sayangilah negara. Hentikan sikap sambil lewa. Jangan tidur semasa mesyuarat, jangan hanya menjawab "saya tak tahu, saya tak terlibat" atau mungkin, "janganlah salahkan menantu saya" atau "yang menang tak menang semua, yang kalah tak kalah semua." . Siapa yang makan cili, dia terasa pedasnya.

Selepas ini, apa pula yang hendak diberikan kepada Singapura? Bagi penulis, apa kata kita bagi saja Malaysia terus kepada Singapura?

Nah, bukankah itu yang lebih baik dilakukan?

Sekali lagi, tahniah Malaysia kerana telah berjaya memberikan secebis daripada sovereignty Malaysia yang tercinta kepada Singapura.

Kita kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection

Ulasan

Faridah berkata…
A very good writing

Catatan popular daripada blog ini

MENANGGUK DI AIR YANG KERUH

APAKAH AVM DAN BENARKAH ANDA HANYA MENGALAMI MIGRAIN?

PEMIKIRAN KREATIF