Thursday 29 May 2008

CABARAN MEMAKAN DIRI?


Oleh - Hesmel Faznee Faisal

Henti cabar orang Melayu”, kata Naib Presiden UMNO Dato’ Seri Mohd Ali Rustam kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Ini antara tajuk headlines yang tersiar di dalam akhbar Utusan Meloya, maksud penulis Utusan Malaysia dalam keluaran hari Khamis, 29 Mei 2008.

Penulis hairan.

Sejak bilakah bangsa Melayu merasa begitu sensitif kepada cabaran-cabaran sebegini? Maksud penulis, benar Melayu adalah satu bangsa yang sensitif (Jose, try and figure it out yourself!) tetapi sensitif terhadap perkara-perkara yang diungkapkan oleh pembangkang, penulis rasa ia persis kudis kecil sahaja.

Jika kita tahu sejauh mana kebenaran itu terbukti maka kita tidak perlu merasa kita ini dicabar.

Sebelum itu, Ali Rustam memberi amaran kepada Lim Kit Siang ini adalah rentetan kepada soal ketuanan Melayu yang mana menurut Ali, ia adalah hak milik mutlak bangsa Melayu. Penulis tidak mahu menghuraikan dengan terperinci soal ketuanan Melayu ini kerana bagi penulis ia adalah plain and simple. Sesiapa sahaja yang berjaya mendirikan satu kerajaan atau sistem pentadbiran di dalam sesebuah negeri mahupun negara, maka dianya itulah berhak untuk mengakui dia “tuan” kepada tempat jajahannya itu.

Seperti yang penulis katakan, ini adalah pendapat peribadi penulis.

Berbalik kepada soal cabar mencabar ini. Acapkali penulis terbaca tentang isu mencabar ini di dalam dada akhbar (Jose, akhbar ada dada atau…) namun sehingga kini tidak ada satu pihak pun yang bangun dan menyahut cabaran tersebut.

Ini menjadikan cabaran ini persis cabaran Teh Tarik, yang mana ia hanyalah satu bentuk hiburan semata.

Sebenarnya, kita tidak perlu usai dan risau tentang cabaran dari mana-mana pihak. Asalkan kita tahu kita di pihak yang benar dan kita benar-benar berjuang untuk mempertahankan bangsa kita. Ya, mungkin penulis kedengaran seperti racist tapi when it comes to the struggle of my own race, I have to admit I am a bit sensitive about it.

Ali Rustam, Datuk Seri..

Janganlah dihiraukan tentang isu ketuanan Melayu ini. Biarkan mereka terus mengungkit. Ini kerana, jika kita benar-benar memperjuangkan hak orang Melayu, kita akan dapat membuktikannya menerusi kejayaan bangsa tersebut. Apabila bangsa itu berjaya kita tidak perlu merasa terancam dengan sebarang cabaran, mahupun soal ungkit mengungkit ini.

Persoalan yang harus dijawab ialah mengapakah sekarang terlalu banyak isu cabar mencabar ini berlaku? Mengapakah ia tidak kedengaran sebelum ini?

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu - The Salam Connection

No comments:

SENI BAHASA DAN SENI RUPA DALAM CERMINAN AKAL BUDI MELAYU

                                                                                Oleh - Hesmel Faznee Faisal Allahyarham Pendeta Za’ba (1985-...