BERUANG HITAM


Skrip di bawah tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang mati atau individu yang memang ramai ingin melihat kematiannya..

Oleh - Hesmel Faznee Faisal

Watak-watak :
Beruang hitam
Pendita

Sebuah kisah di negara yang pernah menjadi syurga. Kini, negara ini telah menjadi neraka kepada mereka yang tahu.

Ruang lakon tidak terhad kepada pentas sahaja kerana ruang penonton boleh digunakan sebagai ruang lakon, hanya beberapa platform bertingkat di atas pentas.

Masuk watak
Pendita, bangun dari tempat audiens dan terus berjalan ke atas pentas. Sambil melihat keadaan di atas pentas dengan wajah sedih (Imaginasi diperlukan oleh penonton/pelakon dan pembaca bagi mendapatkan gambaran keadaan).


Pendita : Mana alam? Mana sekitar?

Beruang hitam : (Masuk dari kawasan penonton, terus menuju ke atas pentas, sambil ketawa) Wah, dah lupa la tu.. Maklumlah, ehem, ehem, mudah lupa...

Pendita : (Terperanjat) Ini...

Beruang hitam : Aku macam lain, yang dihormati, seperti yang tidak diketahui yang tidak tahu.

Pendita : Tapi, mereka di atas tahu.

Beruang hitam : Yang tahu, akan buat tak tahu wahai (nada sindir) pendita...

Pendita : Ketua-ketua bijaksana tahu siapa kau...

Beruang hitam : Bijak? Sapa? Itu..? (Ketawa) Dia kan bapak segala bapak, termasuk aku...!

Pendita : Salah aku jugak..Salah aku sebab beri segala kebijaksanaan kepada mereka yang tak bijak.


Bersambung...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENANGGUK DI AIR YANG KERUH

APAKAH AVM DAN BENARKAH ANDA HANYA MENGALAMI MIGRAIN?

ALLAHYARHAM TAN SRI DR P RAMLEE