BERUANG HITAM 4

Pendita : Dengarlah semua! (Kepada audiens). Semut-semut telah bersuara..Gajah besar lari tempiaran. Ada yang mula takut. Tapi, ada yang seraya wajah selamba. Takut? Kalau papan kehidupan itu jatuh merudum (aside) Jatuh merudum timpa kepala pak tua..Pak tua? Pak tua, mungkin, secara kemungkinan, tak tahu langsung. Memang tak tahu apa-apa pun..

Beruang hitam : Hoi idealis! (Pentas terang) Semut mati kerana gula! Lu lupa nak cakap tu.

Pendita : Tapi..Gajah takutkan semut, sebab bimbang semut masuk ke dalam telinga. Jangan itu dilupakan. Jangan itu terlepas pandang!

Beruang hitam : Pak Tua..(berjalan sambil beraksi seperti seorang pemikir) since lu dah sebut pasal Pak Tua, teringat hikayat Pak Tua dulu. Bagai harimau kehilangan taring..

Pendita : Itu? Itu pun sebab Pak Tua ni takutkan bayang-bayang! Pak Tua itu cuma nak jawapan dari Pak Tua ini, macam mana singa boleh menelan naga. Tapi, sampai sekarang, tiada jawapan!
Bersambung...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENANGGUK DI AIR YANG KERUH

APAKAH AVM DAN BENARKAH ANDA HANYA MENGALAMI MIGRAIN?

PEMIKIRAN KREATIF