BERUANG HITAM 3

Beruang Hitam : (Bergerak ke pentas dan berdiri di atas platform tertinggi. Spotlight. Musik cello dimainkan. Berlagu) Manusia, bukan pada warnanya..Biar gerhana hinggap di kulitku, aku tetap manusia pseudo. Perjuangan pseudoku tak siapa tahu..

Pendita : (Bergerak perlahan ke arah pentas. Berlagu) Nasibmu baik. Perhilitan belum dapat kesan guna GPS...(Kepada penonton. Aside) Alat tu diguna untuk lihat keikhlasan..

Beruang hitam : (Berjalan perlahan menghala ke pintu auditorium) Itu..itu lain!

Pendita : Apa? Apa yang lainnya..

Beruang hitam : Itu..itu semua manipulated man! Manipulation bro!

Pendita : Yang manipulation tu semua, seingat saya...malaikat syurga ke-4..

Beruang hitam : (Kepada penonton) Anda tahu? Aku tak tahu...

Pendita : Zaman sekarang, ramai yang tahu.. Tapi sayang, ramai yang buat tak tahu. Seluas sawah yang sedang menguning, tak ramai yang nampak, tak ramai yang hargai. Jadilah resmi padi, diam-diam tapi berisi.

Beruang hitam : (Bergerak kearah penonton dan duduk di antara kerusi penonton. Sambil beraksi seperti seorang pengarah) Hello, brother! Pendita, sekarang mana ada orang makan nasi..Orang makan cat food. Basuh baju pakai sabun cap harimau brother. Zaman menyental baju atas batu dah jadi bahan muzium!

Pendita : Nasib...Saya kesal dengan perjalanan dulu. Rupanya, jauh perjalanku yang ku kutip bukan pengalaman..Hanya cemuhan dan hinaan. Tuhan, kau mendengar segalanya. Kau lebih tahu dan nampak apa yang aku tak nampak.

Beruang hitam : (Aksi seperti sedang mendengar walkman. Kemudian beraksi seolah mencampak walkman tersebut) Obselete...Obselete! Mana orang dengar walkman zaman nih!

Muzik. Pentas digelapkan. Spotlight. Suara manusia berbisik sesama manusia. Kata-kata dalam bentuk zikir seperti KUASA, TUHAN DI TUHANKAN, TERRA NULLIUS berbunyi berulang kali di dalam ritma yang berbeza-beza

Bersambung..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENANGGUK DI AIR YANG KERUH

APAKAH AVM DAN BENARKAH ANDA HANYA MENGALAMI MIGRAIN?

ALLAHYARHAM TAN SRI DR P RAMLEE