Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2007

BERUANG HITAM 6

Beruang Hitam : Aik? Orang tua ni dah lebih....Lu pun tahu kan, nowadays semua nak erotik. Cakap kena erotik, makan kena erotik, even, babe...Jumpa Tuhan pun kena erotik! Baru...Cantik...Since you mentioned, gua nak ceritakan sikit pasal satu kisah. (Kepada audiens. Lampu fade out. Spotlight.) I hope, you guys don't mind me if I dragged a bit! Ceritanya gini.. Dulu ada sorang mamat, budak Segamat, dia fikir otak dia ligat, habis semua tanah kat kampung dia, dia kasi sorang apek jual sayur, tangkap muat. Lama-lama, apek sayur ni dah rasa tanah tu tanah dia dan bukan tanah budak Segamat. Habis budak ni, apek tua ni libas, berpusing ligat! Wait, I haven't finish yet! Ni baru gua nak start cerita ajer ni. Remember gua cerita pasal singa kecil telan naga besar? Singa tu memang perut besar, walau pun giginya kecil jika dibandingkan dengan naga tu...Tapi, as what people said, shit happens!


Muzik. Lagu metal rock memenuhi ruang auditorium.
Follow spot. Beruang hitam menghayun-hayunkan …

BERUANG HITAM 5

Beruang hitam : Loh...Pak Tua ni yang terkejut, tak sangka Pak Tua tu nak jerit-jerit! Pak Tua tu pun dah janji termeterai..Katanya, (Mengajuk) Saya berjanji, tidak akan memijak bumi bertuah ini. Saya jugak tidak akan menyebut sebarang perkara mengenai janji-janji dulu!

Pendita : Diam bukan bererti bodoh, walau hakikatnya kebodohan itu jelas terpampang. Tapi bila Pak Tu tu bersuara, itu bukan bermaksud dia membenci. Tapi dia menyayangi. Menyayangi...

Beruang hitam : (Memotong cakap Pendita sambil berlagu) Kasih sayang, wahai intan, sudah terperi, bicara hati wahai sayang, tiadalah bererti..Apa erti kata sayang tiada bukti, apa maksud rasa cinta, kasih sudah tiada lagi...

Pendita : (Aside) Kalaulah insan ini nampak.. Dia pasti akan sedar, bintang telah pun naik kelangit, mimpi telah pun bertolak dari dataran realiti, awan telah pun sampai kepuncak angkasa, cuma..apakan daya, hanya harapan jatuh ke tanah!

Pentas gelap. Muzik. Nyanyian pilu seorang kanak-kanak disusuli dengan bunyi alat muzi…

BERUANG HITAM 4

Pendita : Dengarlah semua! (Kepada audiens). Semut-semut telah bersuara..Gajah besar lari tempiaran. Ada yang mula takut. Tapi, ada yang seraya wajah selamba. Takut? Kalau papan kehidupan itu jatuh merudum (aside) Jatuh merudum timpa kepala pak tua..Pak tua? Pak tua, mungkin, secara kemungkinan, tak tahu langsung. Memang tak tahu apa-apa pun..

Beruang hitam : Hoi idealis! (Pentas terang) Semut mati kerana gula! Lu lupa nak cakap tu.

Pendita : Tapi..Gajah takutkan semut, sebab bimbang semut masuk ke dalam telinga. Jangan itu dilupakan. Jangan itu terlepas pandang!

Beruang hitam : Pak Tua..(berjalan sambil beraksi seperti seorang pemikir) since lu dah sebut pasal Pak Tua, teringat hikayat Pak Tua dulu. Bagai harimau kehilangan taring..

Pendita : Itu? Itu pun sebab Pak Tua ni takutkan bayang-bayang! Pak Tua itu cuma nak jawapan dari Pak Tua ini, macam mana singa boleh menelan naga. Tapi, sampai sekarang, tiada jawapan! Bersambung...

CAKAP-CAKAP PENDEK...

Oleh - HESMEL FAZNEE FAISAL


Kepala hangguk!!!

Mampus kau!

Apa? Ingat dah bagus?

Tuhan ada lagilah!!

SAPA YANG SASAU??

Atau bapamu..BAPAKMU...BAPAKMU!!!!!???

26 November 2007, Kuala Lumput

BERUANG HITAM 3

Beruang Hitam : (Bergerak ke pentas dan berdiri di atas platform tertinggi. Spotlight. Musik cello dimainkan. Berlagu) Manusia, bukan pada warnanya..Biar gerhana hinggap di kulitku, aku tetap manusia pseudo. Perjuangan pseudoku tak siapa tahu..

Pendita : (Bergerak perlahan ke arah pentas. Berlagu) Nasibmu baik. Perhilitan belum dapat kesan guna GPS...(Kepada penonton. Aside) Alat tu diguna untuk lihat keikhlasan..

Beruang hitam : (Berjalan perlahan menghala ke pintu auditorium) Itu..itu lain!

Pendita : Apa? Apa yang lainnya..

Beruang hitam : Itu..itu semua manipulated man! Manipulation bro!

Pendita : Yang manipulation tu semua, seingat saya...malaikat syurga ke-4..

Beruang hitam : (Kepada penonton) Anda tahu? Aku tak tahu...

Pendita : Zaman sekarang, ramai yang tahu.. Tapi sayang, ramai yang buat tak tahu. Seluas sawah yang sedang menguning, tak ramai yang nampak, tak ramai yang hargai. Jadilah resmi padi, diam-diam tapi berisi.

Beruang hitam : (Bergerak kearah penonton dan duduk di antara ke…

BERUANG HITAM 2

Oleh - Hesmel Faznee Faisal

Beruang hitam : Tapi...(berjalan ke arah penonton sambil berlegar di antara tempat duduk) Salah pendita ini yang selalu fikir dia saja yang pandai.

Pendita : (Kepada penonton) Manusia itu, ada macam-macam jenis. Ada yang hitam, ada yang cerah, ada yang kelabu, ada yang..

Beruang hitam : (mencelah) pak turut...

Pendita : Itu kalau diberikan harimau..

Beruang hitam : (Menggeleng) Pendita...pendita. Nampak benar pendita dah jauh jalan, sampai lupa jalan balik. Pendita lupa, aku saja yang ada kunci sangkar harimau tu?

Pendita : Saya tak pernah lupa, tak juga melupakan dan tak mungkin dilupakan. Tapi, fakta tetap fakta.. Hakikat tetap hakikat.

Beruang hitam : Are you sure? Semalam aku tengok dalam tv langit, ramai sorak bila aku menari..dah jadi main star of attraction dalam sarkas tau.

Pendita : (Tertawa) Betullah tu..Dalam masa sama, jadi luncai dan lelucon.

Bersambung..

BERUANG HITAM

Imej
Skrip di bawah tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang mati atau individu yang memang ramai ingin melihat kematiannya..

Oleh - Hesmel Faznee Faisal

Watak-watak :
Beruang hitam
Pendita

Sebuah kisah di negara yang pernah menjadi syurga. Kini, negara ini telah menjadi neraka kepada mereka yang tahu.
Ruang lakon tidak terhad kepada pentas sahaja kerana ruang penonton boleh digunakan sebagai ruang lakon, hanya beberapa platform bertingkat di atas pentas.
Masuk watak
Pendita, bangun dari tempat audiens dan terus berjalan ke atas pentas. Sambil melihat keadaan di atas pentas dengan wajah sedih (Imaginasi diperlukan oleh penonton/pelakon dan pembaca bagi mendapatkan gambaran keadaan).


Pendita : Mana alam? Mana sekitar?

Beruang hitam : (Masuk dari kawasan penonton, terus menuju ke atas pentas, sambil ketawa) Wah, dah lupa la tu.. Maklumlah, ehem, ehem, mudah lupa...

Pendita : (Terperanjat) Ini...

Beruang hitam : Aku macam lain, yang dihormati, seperti yang tidak diketahui yang tidak tahu.

Pend…

KATA-KATA SEORANG MUNAFIQ (BERKUASA)

Imej
Oleh - Hesmel Faznee Faisal
Yang sialkan aku, aku,
Yang menipu aku, aku,
Yang bangsatkan aku, aku,
Yang berjanji aku, aku,
Yang terdampar aku, aku,
Yang moden (konon) aku, aku,
Yang menyesatkan aku, aku,
Yang edankan aku, aku,
Yang kalahkan aku, aku,
Yang musibatkan aku, aku,
Yang jualkan aku, aku,
Yang berpura-pura aku, aku,
Yang hilangkan aku, aku,

Yang sialkan, menipu, bangsatkan, berjanji, terdampar, moden (konon), menyesatkan, edankan, kalahkan, musibatkan, jualkan, berpura, hilangkan.... aku adalah aku!
14 November 2007 Kuala Lumpur Photo courtesy from - www.artesian-arts.org/johndawson.htm

APAKAH AVM DAN BENARKAH ANDA HANYA MENGALAMI MIGRAIN?

Imej
Oleh – Hesmel Faznee Ahmad Faisal

Kebanyakan daripada masyarakat kita secara amnya sering mengaitkan sakit kepala dengan penyakit “migrain”. Namun, hakikatnya tidak ramai yang mengetahui tentang penyakit Arteriovenous Malformation atau secara singkatnya, AVM. Penyakit ini, boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, tanpa mengira usia tua mahupun muda. Mungkin anda sedang mengidap penyakit AVM dan bukanlah “migrain” seperti yang sering diberitahu oleh doktor menerusi pemeriksaan doktor biasa dan bukannya doktor pakar. Arteriovenous malformations merupakan gumpalan urat yang tidak normal dan ianya tumbuh di dalam otak. Ia terdiri daripada saluran darah normal yang dipanggil “nidus” dan ia melalui arteri (urat) yang disambung terus kepada urat utama dan melalui saluran urat kecil, dipanggil “cappillaries”.


Kebanyakan daripada kita, dilahirkan mempunyai urat “nidus” namun semakin usia kita meningkat, disebabkan oleh aliran darah yang semakin banyak, urat yang tipis ini tidak dapat menerima tekana…