KERETAPI...OH, KERETAPI..

Oleh - Hesmel Faznee Faisal
Salam, kepada semua pembaca blog Bacalah (Jose, kau punya blog takdak siapa pun yang baca!). Penulis sudah terpenjara! Ya, terpenjara..

Don’t get me wrong! Bukan, penulis tak ditangkap, penulis tak kena tahanan I.S.A…

Tetapi penulis sudah terpenjara di dalam dunia pekerjaan..Penulis sudahpun bekerja di KTM, Keretapi Tanah Melayu. Apa yang menarik di sini ialah semenjak penulis bekerja di sini penulis mula menghargai pengangkutan awam yang tertua di Malaysia ini. Menurut catitan di dalam Muzium Mini KTM, servis ini telah berusia lebih dari 100 tahun!

Bayangkan, apabila Malaysia mendapat kemerdekaan, sistem pengangkutan keretapi di Tanah Melayu sudah berusia hampir 80 tahun (Jose, please do your calculation to find out how old KTM is!)

Jadi, bayangkanlah betapa ia menjadi satu legasi yang amat penting kepada Negara kita! Pada zaman dahulu keretapi merupakan pengangkutan yang paling efisyen jika dibandingkan dengan pengangkutan pada zaman itu. Forget about buses, planes, or even other means of transportation!

Penulis ingin menyentuh tentang beberapa projek yang bakal dilaksanakan dan ada kaitannya dengan pengangkutan train ini. Antaranya projek double railway tracking yang telah ditangguhkan pembinaannya apabila Pak Lah a.k.a…. (penulis tinggalkan bahagian a.k.a itu sebab tak berani nak tulis bukan-bukan! Since I used to work with CMCF, I am aware of all the complications that will arise, should I write offensive remarks about people, Jose!) menjadi Perdana Menteri kerana hendak memberikan priority projek-projek lain. Off the cuff, I’m still wondering what is in his head and what are the projects that he had initially wanted to do?

Itu, dan beberapa lagi projek lain telah dirancang oleh KTM bagi menggalakkan lagi penggunaan keretapi oleh rakyat. Ada yang berpendapat menaiki keretapi ini hanya sekadar a trip fill with nostalgic moments and many more disebabkan oleh masa yang diambil bagi seseorang itu untuk sampai ke destinasinya.

Namun tak ramai yang tahu tentang sejarah menarik tentang keretapi ini. Untuk mengetahuinya, penulis galakkan kepada semua, datang ke Stesen Keretapi Kuala Lumpur kerana ada sebuah muzium mini telah dibina oleh KTM untuk memberikan gambaran dan juga sejarah di sebalik pengangkutan awam yang tertua di Malaysia ini..

Kita kan tersesat Pabila Malam Menjemput Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection

Ulasan

abghalim berkata…
KERETAPI TANAH MELAYU

Jangan ditukar namanya
Kerana ianya sinonim bagi kita
Jangan diubahkan namanya
Kerana dialah maruah bangsa

Catatan popular daripada blog ini

MENANGGUK DI AIR YANG KERUH

APAKAH AVM DAN BENARKAH ANDA HANYA MENGALAMI MIGRAIN?

PEMIKIRAN KREATIF