HAI, WAN

(Mengenangkan seekor manusia yang melenyapkan Nurin)

Hai, Wan,
Jauh kau berjalan,
Di seluruh pelusuk kau ada Wan,
Yang hitam, yang putih, yang legam, yang kelam,

Di situ kau ada,
Ranap, punah,
Di situ kau berdiri,
Hancur, lebur,

Tengku, Sultan,
Putra, Wan,
Manusia tak ditetapkan pada apa gelarnya,
Ditetapkan manusia pada sifat kemanusiannya,

Dari air,
Menjadi tanah,
Dari tanah menjadi sifat,
Dari sifat menjadi khalifah,

Hai, Wan,
Lupakah kau?
Tuhan melantikmu menjadi khalifah,
Sekarang alam menjadi khalifahmu,

Hai, Wan,
Kau terlupa barangkali kau terkhilaf,
Andainya nafsu menjadi Tuhanmu,
Kau kan menjadi haiwan....

25 September 2007
Ibupejabat KTM Berhad

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENANGGUK DI AIR YANG KERUH

APAKAH AVM DAN BENARKAH ANDA HANYA MENGALAMI MIGRAIN?

ALLAHYARHAM TAN SRI DR P RAMLEE