Thursday 16 August 2007

MENJUAL PINGAT, SEPINGGAN PENGAT (BUBUR)

Wilayah Persekutuan anugerah gelaran Datuk tahun depan?

Oleh HAMDEN RAMLI


KUALA LUMPUR 15 Ogos – Mulai tahun depan, Wilayah Persekutuan dijangka memperkenalkan darjah kebesaran untuk dianugerahkan kepada individu tertentu yang berjasa.


Pemberian darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk itu dijangka dilakukan sempena perayaan Hari Wilayah Persekutuan yang disambut pada 1 Februari setiap tahun.

Utusan Malaysia difahamkan Kabinet yang bermesyuarat dua minggu lalu telah memberikan ‘lampu hijau’ untuk dilaksanakan penganugerahan itu.

Difahamkan pejabat Ketua Setiausaha Negara sedang memperincikan anugerah itu.

Namun bilangan dan kuota darjah kebesaran yang akan diberikan itu masih belum ditetapkan lagi.

Bagaimanapun, sumber-sumber memberitahu Utusan Malaysia, darjah kebesaran paling tinggi yang diberikan akan membawa gelaran Datuk Seri.

‘‘Nama-nama darjah kebesaran itu juga sedang diteliti,’’ kata sumber itu lagi.

Mengenai pelaksanaannya, sumber itu berkata, Menteri Wilayah Persekutuan selaku ketua pentadbir kerajaan bagi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan akan mengemukakan cadangan nama untuk diluluskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Senarai nama itu kemudiannya akan diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong dan dianugerahkan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan.

Utusan Malaysia, Khamis 16 Ogos 2007..


MENJUAL PINGAT, SEPINGGAN PENGAT (BUBUR)

Oleh - Hesmel Faznee Faisal

Penulis masih tertawa, ketika menulis artikel (Jose!! Cukuplah, kau tak layak pun untuk menulis artikel!) ini. Penulis teringat sejenak tentang apa yang pernah dikatakan oleh seorang kenalan;

“Kalu hang pi jalan-jalan, hang ambik batu baling kat kepala sapa-sapa pun, mesti kena kepala Datuk!”

“Pasai apa?” Penulis tertanya dalam keadaan naïve.

Sebab lani, punyalah ramai Datuk, sapa-sapa pun buleh jadi Datuk!”.

Entah betul, entah tidak penulis tidak pasti tetapi apa yang nyata, di Malaysia yang mempunyai penduduk sekitar 24,821,286 orang (Jose, ini dapat dari https://www.cia.gov/library/publications/the-world-factbook/print/my.html) bayangkanlah jika daripada jumlah 24 juta penduduk Malaysia itu, separuh atau mungkin suku yang mempunyai gelaran seperti Tun, Tan Sri, Datuk, Tan Sri, Datuk Seri, Datuk Paduka (Jose, and the list goes on and on) mungkin kita akan mengalami sedikit masalah protocol dan sebagainya.

Ini kerana ada yang cukup particular dengan gelaran yang mereka perolehi. Sebagai contoh, ada yang cukup terasa hati jika mereka tidak dirujuk dengan gelaran yang mereka dapat, seperti Datuk A (Jose, bukan Datuk K, Ok?) atau Tan Sri B. Ada yang akan menegur orang yang memanggil mereka dengan nama mereka sahaja, anpa merujuk kepada gelaran yang mereka terima.

Apa ada pada gelaran? Banyak. Cukup banyak. Ia mendefinisikan kepada jasa-jasa yang telah dilakukan oleh penerima tersebut. Jika kita lihat kepada sejarah Melayu dahulukala, gelaran seperti Tun, Datuk (Datuk Bendahara pada masa dulu) dan sebagainya. Cuma gelaran Tan Sri itu sahajalah yang baru diwujudkan selepas negara kita mencapai kemerdekaan.

Kepada mereka yang tida percaya dengan apa yang penulis katakan, sila rujuk link ini http://www.lion.com.my/lionwebsite/Newsletter.nsf/0/91c695d060aa9bf548256d2d002635ce?OpenDocument untuk mengesahkan apa yang telah penulis katakan.

Ada yang menerima pangkat-pangkat ini tanpa diperiksa dahulu tentang jasa-jasa yang telah mereka berikan atau sumbangkan kepada masyarakat. Sehinggakan, ada juga yang didapati pernah melakukan kesalahan turut menerima pingat-pingat ini.

Ia sungguh absurd!

Berbalik kepada petikan akhbar di atas, apakah wajar untuk memberikan pingat-pingat kebesaran sempena Hari Wilayah? Ia merupakan satu provokasi kepada negeri Selangor khasnya, kerana Kuala Lumpur dan juga Prang Besar (Jose, itu nama asal dia sebelum Kerajaan Persekutuan beli dan menukarkan ia menjadi Putrajaya!) adalah sebahagian daripada negeri tersebut!

Provokasi di sini bermaksud kedua-dua tempat ini adalah sebahagian daripada Selangor, namun tiba-tiba ianya turut mendapat hak untuk mengurniakan pingat kebesaran kepada seseoang. Jadi tidakkah agak sedikit absurd jika perkara ini berlaku?

Penulis tidak berniat untuk mempersoalkan kebijaksanaan pihak yang mengemukakan cadangan tersebut tetapi penulis secara ikhlas ingin meminta pihak tersebut mengkaji semula perkara ini.

Seperti yang ketahui dan sedia maklum, apalah ertinya seseorang itu mendapat gelaran Datuk, Tan Sri, Datuk Seri dan sebagainya jika “jirannya” juga mendapat gelaran tersebut! Apa yang cuba penulis maksudkan ialah, kita sudah mempunyai hampir 13 buah negeri yang telah memberikan gelaran-gelaran kebesaran kepada individu tertentu. Jika Wilayah Persekutuan dimasukkan, ini bererti sudah 14 buah negeri!

Ditambahkan pula dengan isu-isu seperti individu-individu tertentu “membeli” pingat-pingat ini daripada orang-orang yang bertanggungjawab untuk mencadangkan nama-nama si polan ini mendapat gelaran!

Malaysia, apakah yang sedang berlaku? Negara kita sudah dijualkan kepada pihak-pihak tertentu, kini pingat-pingat pula hendak ditambahkan lagi.

Apa lagi yang tinggal? Seperti kata Tony Montana, watak anti-hero dalam filem Scarface “All I have is my balls and I wont break it for no one!” tapi di Malaysia, apa yang tinggal?

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection

No comments:

SENI BAHASA DAN SENI RUPA DALAM CERMINAN AKAL BUDI MELAYU

                                                                                Oleh - Hesmel Faznee Faisal Allahyarham Pendeta Za’ba (1985-...