Monday 4 June 2007

SILALAH BERSILA...


Oleh
Hesmel Faznee Ahmad Faisal

Penulis tertawa, benar-benar tertawa..

Jangan, jangan salah sangka dengan tawa penulis. Penulis tak gila lagi, penulis juga tak gila macam sesetengah orang pemimpin parti politik Malaysia (Jose, ada yang gila kuasa, gila harta, gila nama dan macam-macam gila lagi!).

Cuma, penulis tertawa apabila membaca akhbar Utusan Malaysia 4/6/07, di bawah tajuk “UMNO cawangan mesyuarat atas lantai”...Baca cerita di bawah;

Oleh: ABDUL MUIN SAPIDIN

TASEK GELUGOR 3 Jun – Lebih 60 ahli UMNO Cawangan Taman Koskam, di sini hari ini terpaksa bermesyuarat dengan duduk bersila atas lantai di Dewan Pusat Sumber Rukun Tetangga (RT) taman perumahan itu kerana ketiadaan kerusi dan meja. Ketua UMNO cawangan itu, Mohd. Rosali Othman berkata, pihaknya amat terkejut apabila mendapati dewan tersebut kosong ketika hendak mengadakan mesyuarat di dewan itu kira-kira pukul 10 pagi. Menurutnya, keadaan itu mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan ahli, lebih-lebih lagi selepas difahamkan bahawa semua kerusi dan meja di dewan berkenaan disewakan untuk sebuah majlis perkahwinan di Kulim, Kedah.


“Kami telah maklumkan kepada pihak RT untuk menggunakan dewan tersebut lebih seminggu lalu tetapi amat kecewa apabila terpaksa mengadakan mesyuarat tanpa kerusi dan meja.


“Keadaan ini menyebabkan ramai ahli yang hadir menyuarakan rasa tidak puas hati, tetapi saya minta mereka bersabar dan teruskan agenda mesyuarat seperti biasa,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.


Mohd. Rosali yang kecewa dengan kejadian itu berkata, dalam banyak keadaan, penduduk di taman perumahan tersebut perlu diberi keutamaan untuk menggunakan segala kemudahan yang terdapat di situ. Menurutnya, masalah tersebut bukan kali pertama berlaku malah mendakwa pihaknya sebelum ini juga begitu sukar untuk mendapatkan kemudahan dewan itu untuk mengadakan program-program yang dirancang oleh ahli parti.


“Kami banyak berdiam tapi tidak sangka pula, hendak bermesyuarat pun kami tidak dibenarkan menggunakan kerusi dan meja. Saya hairan kerana tahun-tahun sebelum ini masalah begini tidak pernah berlaku,” tambahnya. Jelasnya, mereka tidak boleh membuat mesyuarat di luar kawasan taman perumahan tersebut kerana peraturan parti tidak membolehkan mereka berbuat demikian. Sehubungan itu, Mohd. Rosali mencadangkan satu perbincangan dijalankan antara pihaknya dan kepimpinan RT kawasan perumahan tersebut bagi menyelesaikan masalah berkenaan.


“Apa yang penting, kita tidak mahu ada sebarang perpecahan dalam komuniti penduduk di sini, kalau boleh hubungan baik yang sedia terjalin sejak sekian lama dapat diteruskan demi kebaikan bersama,” katanya.


Penulis ingin membangkitkan semula nostalgia arwah Datuk penulis sebagai seorang pejuang politik. Beliau sanggup gadaikan tanah, rumah dan segalanya atas nama perjuangan. Malah semasa beliau berjuang dulu nyawa beliau pernah diancam oleh komunis kerana mereka melihat Datuk penulis sebagai mengancam perjuangan mereka. Kepada mereka yang tidak tahu sejarah, golongan itu adalah dari golongan “bintang 3” (jangan salah anggap Jose, bukan Bintang Lima album Dewa 19 yang ada lagu Roman Picisan!)


Apakah perjuangan politik sekarang (baca UMNO) telah dimanjakan oleh pemimpin-pemimpin sekarang? Atau apakah sekarang apa yang mereka nampak ialah harta benda, wang, kuasa dan segalanya atas mukabumi ini? Adakah mereka lupa bagaimana UMNO bermula 61 tahun dahulu? Apakah kerana terpaksa duduk bersila, terpaksa bersusah payah, mereka mula mengeluh?


Penulis terfikir bagaimana pemimpin politik di Malaysia cukup bertuah. Baik dari ahli politiknya, wakil rakyatnya membawa kepada kader-kadernya! (bukan Kadir yang Kulim tu, Jose!). Mereka tidak perlu bersusah payah untuk berjuang. Segalanya ditanggung. Gantung bunting (kain rentang, Jose!), ditanggung, tampal poster, ditanggung, segalanya ditanggung.


Apakah itu tidak beruntung, namanya? Berapa banyakkah ahli politikus yang menyertai politik benar-benar berjuang semata-mata kerana matlamat bangsa, agama dan Negara? Berapa ramaikah ahli politik sekarang yang berjuang seikhlas-ikhlasnya? Penulis tidak membuat assumption semata-mata tetapi daripada cerita di atas ia sudah mencerminkan segala-galanya! Mereka tidak mengalami nasib yang buruk seperti sesetengah ahli politik di Mexico, Cuba dan sesetengah tempat lagi.


Penulis benar-benar tertawa..Sehingga menulis artikel ini (Jose, penulis syok sendiri..) penulis masih tertawa mengenangkan nasib pemimpin UMNO di Tasek Gelugor ini. Terpaksa bermesyuarat di atas lantai. Kasihan.. Tetapi ia lebih menyedihkan jika ahli-ahli politik UMNO terdahulu mengetahui nasib ahli-ahli politik UMNO pasca Merdeka. Mereka manja. Semangat jitu mereka dah lama hilang, sama hilangnya taring orang Melayu di dalam memperjuangkan diri dan nasib masing-masing. DEB telah lama habis tamat tempohnya tetapi ia diteruskan dengan alasan Melayu (baca Bumiputrra) masih ketinggalan. Apakah ini satu bentuk satira atau satu hakikat yang terpaksa kita telan?


Apa yang nyata, Melayu di dalam cerita di atas ini sungguh memalukan!

Kita kan tersesat, pabila Malam menjemput bulan semula Ke sangkar Waktu – The Salam Connection.

No comments:

SENI BAHASA DAN SENI RUPA DALAM CERMINAN AKAL BUDI MELAYU

                                                                                Oleh - Hesmel Faznee Faisal Allahyarham Pendeta Za’ba (1985-...