Monday 18 June 2007

KE RUMAH TUN DR. MAHATHIR


Sebelum penulis meneruskan penulisan di dalam artikel ini (Jose, tolonglah…kau bukan penulis prolific!!) ingin penulis tegaskan yang penulis bukan seorang simpatisan (kalau nak tahu maksudnya pergi cari kamus Dewan)

Penulis juga bukan seorang yang menyanjungi orang secara membabi buta. Penulis menghormati seseorang atas jasa yang telah diberikan kepada Negara, bangsa dan tanahair.

Penulis merujuk kepada Tun Dr. Mahahtir Mohamad, bekas Perdana Menteri yang telah 22 tahun menjadi hamba kepada Negara. Memandangkan beliau tidak sihat dan baru sahaja sembuh, penulis bersama “mentor” penulis, Dr Kassim Ahmad telah melawat beliau di rumahnya di Seri Kembangan.

Beliau cukup seronok, gembira dan berbesar hati menerima kunjungan kami (Jose, we’re talking about a former Prime Minister!). Penulis juga merasa kagum dengan kesederhanaan rumah beliau. Cukup simple, tak seperti rumah jiran-jirannya atau rumah di Seri Perdana yang menelan belanja lebih dari RM 10 juta untuk renovation!

Kami berbual tentang pelbagai perkara, dan rakan penulis, seorang peminat Tun mula mengambil gambar dan beliau sempat berkata kepada rakan penulis, “ni nak ambik gambaq ni kena bayaq sekupang..”

Kami berbual tentang pelbagai perkara, termasuk isu IDR yang menurut Tun, akan membuatkan orang Melayu lebih terpinggir dan terpinggir.

Ada banyak lagi perkara yang dibincangkan tetapi oleh sebab penulis tidak ada masa untuk menulis, biarlah ia menjadi satu kenangan bersama dengan seorang pemimpn yang pernah memimpin kita dan menjadikan Malaysia Negara yang terkenal dan moden..

Sekarang…apa yang berlaku? Penulis cari damai abadi…

Kita Kan tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection

3 comments:

Unknown said...

salam.
bro,kat mana rumah TUN ni?
kut klu dekat dengan aku.
boleh melawat.
la nih aku study kat UPM.
huhuhu~

Unknown said...

salam.
bro,kat mana rumah TUN ni?
kut klu dekat dengan aku.
boleh melawat.
la nih aku study kat UPM.
huhuhu~

The Eugenist said...

Afsdaed..

Rumah Tun dekat Seri KEmbangan..

Belakang Mines Wonderland. Kalau nak p rumah dia, time HAri Raya dia ada buat open house.

SENI BAHASA DAN SENI RUPA DALAM CERMINAN AKAL BUDI MELAYU

                                                                                Oleh - Hesmel Faznee Faisal Allahyarham Pendeta Za’ba (1985-...