Friday 18 May 2007

TOK DET..CEPAT SEMBUH YA?

Oleh - Hesmel Faznee Faisal


Salam...Marilah kita bersama-sama berdoa semoga Tuhan akan memberikan kesejahteraan dan memberikan kekuatan semula kepada our beloved Tok Det a.k.a Tun Dr. Mahathir (penulis tahu, tak semua sayangkan dia tapi penulis adalah seorang yang mengenang jasa!), yang kini sedang berehat di IJN selepas mengalami masalah sesak nafas akibat jangkitan paru-jangkitan selepas mengalami serangan jantung pada akhir tahun lepas. Penulis berharap Tok Det akan cuba untuk mengurangkan aktiviti-aktiviti yang dijalaninya sekarang.

Tok Det, biaq pilah, Tok Det kena rehat banyak-banyak. Kalau manusia itu bodoh, dia akan jadi cerdik bila dia dengaq kata atau dia mau dengaq kata orang. Tapi lani, ada orang tu terlalu bodoh sampai beruk pun jadi pandai kan?

Kita kan tersesat, pabila malam menjemput bulan semula ke sangkar waktu – The Salam Connection

No comments:

SENI BAHASA DAN SENI RUPA DALAM CERMINAN AKAL BUDI MELAYU

                                                                                Oleh - Hesmel Faznee Faisal Allahyarham Pendeta Za’ba (1985-...