SEBUAH DIAJAK (DIALOG + SAJAK)


ANAK DAN DADA


Oleh - Hesmel Faznee Faisal


Dada : Kau tahu?

Anak : Tahu apa Dada?

Dada : Mengapa Dadamu ini nak jadi diktator?

Anak : Tahu..

Dada : (hairan. terdiam)

Anak : Dada terkejut, anakmu tahu mengapa Dada nak jadi diktator?

Dada : Ya, ya..

Anak : sebab jika Dada tak jadi diktator, dunia akan jadi diktator pada Dada..

Dada : (terdiam)

Anak : Dan anakmu ini juga berazam, nak jadi diktator seperti Dada.

Dada : Mengapa?

Anak : Sebab takdir telah menentukan, anakmu ini datangnya dari Dada..

Dada : Jadi, kau menyalahkan Tuhan?

Anak : Tidak, Dada.

Dada : Kau salahkan Dada?

Anak : Tidak juga..

Dada : Habis? Kau cuba..

Anak : Saya salahkan keadaan, kerana keadaan begitu kejam terhadap keadaan.

Dada : Semalam adalah hari yang paling menakutkan.

Anak : Dada bermimpi lagi..

Dada : Semalam adalah impian yang telah tercapai.

Anak : Dada mengigau lagi.

Dada : Semalam..

Anak : Dada sekarang sedang bermimpi.

Dada : Maksudmu, anakku?

Anak : Bukankah sekarang adalah hari yang belum menetas lagi, Dada?

Tamat..


17 April 2007


Universiti Malaya

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENANGGUK DI AIR YANG KERUH

APAKAH AVM DAN BENARKAH ANDA HANYA MENGALAMI MIGRAIN?

ALLAHYARHAM TAN SRI DR P RAMLEE