RUMAH SYURGA


Oleh - Hesmel Faznee Faisal

Rumahku, syurgaku..
Syurga di bawah tapak kaki ibu,

Rumahku, persis ibuku,
Beri perlindungan dari dajal-dajal sekelilingku,

Rumahku, syurga di dunia,
Berikan tempat teduh dari kepanasan dunia,

Rumahku, syurgaku,
Aku orang Melayu,

Rumahku, syurgaku,
Tak perlu rumahku di taman kangaroo,

Rumahku, tidak sehebat dia,
Setidak-tidaknya aku tak pernah mendabik,

Aku imam kepada rumah persis istana..

10 April 2007

Ulasan

mayaputera berkata…
BILA DIA MATI

Bila dia mati
jangan selimuti dia
dengan bendera kebesaran bangsa
humbankan saja jasadnya ke laut ganas
kerana di situlah pusaranya
seorang ayah bernama pembelot.

Bila dia mati
usah dibedilkan dia
dengan meriam pusaka bangsa
humbankan saja jasadnya ke laut ganas
kerana di situlah pusaranya
seorang ayah bernama pengkhianat.


ITM Petaling Jaya, 1969
Antologi 13 Bicara

Saudara Hesmel, puisi di atas sudah berusia 38 tahun, mungkin lebih tuan dari Saudara. Tapi, saya rasa agak releven sebagai jawapan kepada puisi yang Saudara poskan.

Selamat maju jaya.
Ron

Catatan popular daripada blog ini

MENANGGUK DI AIR YANG KERUH

APAKAH AVM DAN BENARKAH ANDA HANYA MENGALAMI MIGRAIN?

ALLAHYARHAM TAN SRI DR P RAMLEE