BERUK ITU TERLUKA...


Oleh - Hesmel Faznee Faisal

Beruk itu terluka!!
Kata seorang orang,
Terluka?
Semua terkaget,

Mengapa?
Katanya,
Bapanya terluka,
Tercarik ditembak peluru bicara,

Bapanya?
Siapa Bapanya?
Katanya,
Bapanya beruk besar,
Semua terkaget,
Terkejut dan terdiam,
Bapanya siapa?
Beruk besar!!

Semua terdiam,
Katanya beruk ini beruk kuat,
Walau kecil tapi hati besar,
Semua diam,

Beruk ini terluka,
Tiada siapa tahu apa lukanya,
Apa yang orang tahu,
Bapanya beruk besar...

23 April 2007

Universiti Malaya

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENANGGUK DI AIR YANG KERUH

APAKAH AVM DAN BENARKAH ANDA HANYA MENGALAMI MIGRAIN?

ALLAHYARHAM TAN SRI DR P RAMLEE