Tuesday 3 October 2006

KEMBARA TETAMU TUHAN..

Oleh - Hesmel Faznee Ahmad Faisal

Salamun Alaikum, penulis telah selamat kembali ke tanah air. Selamat mengerjakan ibadah umrah. Selamat dalam ertikata tiada yang berlaku kepada penulis dan keluarga. Selepas penulis selamat sampai ke Malaysia, penulis mendapat berita lapan jemaah umrah Malaysia terbunuh dalam kemalangan di Tana’im, Mekah, Arab Saudi, awal pagi 28hb September, sehari selepas penulis bertolak ke Jeddah International Airport, yang perjalanannya memakan masa selama 2 jam dari Mekah.

Bagaimanakah harus penulis memulakan cerita pengalaman ini? Sebagai permulaan, penulis merasa amat bersyukur kerana berpeluang menjadi tetamu Tuhan. Bukanlah satu perkara yang mudah untuk sampai ke sana (José, tambang yang semakin naik dan pelbagai lagi perkara yang menidak mungkinkan seseorang sampai ke Mekah!)

Ditambahkan lagi dengan dugaan yang pelbagai dan beribu satu macam lagi!

Penulis bertolak dari KLIA jam 3.15 petang pada hari Isnin 18hb September. Sepanjang perjalanan tidak ada banyak coretan yang hendak dicatitkan kecuali ada insiden yang agak menarik yang mungkin bolehlah rasanya penulis ceritakan bersama pembaca blog Bacalah (José, itupun jika ada!). Di dalam penerbangan yang memakan masa hampir 8 jam itu, penulis kerap diganggu oleh seorang lelaki Arab yang kebetulan duduk di belakang kerusi penulis.

Dia merungut kerana kerusi penulis kerap menindih lututnya (José, kaki orang Arab tu, tahu sahajalah panjangnya!) Penulis tetap bersabar, maklum sahajalah hendak ke Mekah ni dugaan nya banyak!

Berbalik kepada perjalanan ke sana, penulis sampai ke Jeddah International Airport tepat jam 8 malam waktu Mekah. Cuaca panas yang membahang menyambut kedatangan kami (José, persis typical Malay writer ayat terakhir penulis ini!). Penulis menganggap ia sebagai satu dugaan dari Tuhan. Kedatangan kami telah disambut oleh Ustaz Yusof, mutawwif a.k.a tour guide kami sepanjang kami di sana (José, sama seperti tadi, ayat penulis terlalu typical Malay writer!)

Sepanjang perjalanan ke Madina, destinasi pertama kami, penulis dapat melihat cahaya neon menghiasi jalan-jalan padang pasir menghala ke destinasi kami. Kami kemudian berhenti untuk makan malam di sebuah restoran fast food yang berkonsepkan kepada makanan Arab. Janganlah terperanjat jika penulis berkata penulis dijamu nasi beriani dengan seekor ayam panggang yang mampu untuk dimakan 5 orang!

Kami tiba di Madinah sekitar jam 10.30 malam dan kami semua ditempatkan di hotel Wefada, yang sepelaung jaraknya dengan Masjid Nabawi. Setibanya di Madinah, penulis agak terkaget melihat Masjid Nabawi, di mana terletaknya makam Nabi kita, Nabi Muhammad S.A.W.

Keesokan harinya penulis mengunjungi masjid itu untuk bersolat Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isya. Ketenangan dapat dirasakan terutamanya bersolat di kawasan Raudhah.

Menurut cerita, Nabi Muhammad pernah mengganggap kawasan ini sebagai antara kebun-kebun syurga yang terdapat di dunia. Tempat itu dikatakan tempat di mana letaknya tapak rumah Rasullulah. Kemudian di situ juga terdapat sebuah mihrab yang dikatakan sebagai pintu taubat. Bersolatlah sesiapa di depan pintu taubat itu untuk memohon keampunan. Namun bagi penulis, janganlah sesiapa menganggap ianya sebagai satu tempat di mana semua keampunan itu akan dapat diperolehi. Kerana apa yang paling penting setiap perbuatan yang dilakukan itu haruslah dilakukan dengan penuh keredhaan dan kesabaran.

Pada kebiasaanya, selepas menunaikan solat penulis akan berjalan-jalan di sekitar bandar Madinah, memerhatikan dan melihat keadaan di sekeliling. Di sinilah juga Nabi Muhamad berhijrah dari kota Mekah bagi meneruskan dakwahnya. Penulis tertarik dengan keadaan di sini. Ia lebih teratur, bersih dan lebih terpelihara. Keadaannya juga agak bersih jika dibandingkan dengan kota Mekah, tempat terletaknya Kaabah dan Masjidil Haram.

Semasa penulis berada di Madinah, banyak perkara yang penulis pelajari dan lihat, antaranya gelagat para penjual di Madina Business and Finance Centre. Mereka cukup mahir di dalam segi taktik menipu secara halus. Manusia di mana-mana sama sahaja. Mereka cukup pandai di dalam berjual-beli dan mereka juga cukup pandai di dalam menipu. Walaupun mereka berada cukup hampir dengan masjid Nabawi dan sebagainya namun sebagai manusia, manusia itu tetap juga manusia.

Penulis juga sempat melihat dan membelek barang-barangan yang terjual di situ. Agak ironi di sini kerana kebanyakannya Made In China! Hanya segelintir sahaja yang dibuat di Arab Saudi (José, itupun boleh dikira jumlahnya!). Mereka menjual barangan-barangan seperti jubah, cenderamata dan ada juga menjual alat-alat permainan yang sudah pasti tidak akan dapat diperolehi di Malaysia! Apa yang dapat penulis nyatakan di sini ialah kebanyakan daripada pasar-pasar di sini disusun dan dikawal secara kemas dan teliti. Peniaga tidak dibenarkan untuk berniaga sesuka hati.

Di mana-mana sahaja, pengemis bertebaran di muka bumi ini. Begitu juga di Madinah dan Mekah. Mereka berada di mana-mana sahaja. Selagi ada kesusahan dan hati yang bersimpati, mereka akan tetap ada! Penulis merasa agak sedih, kecewa dan terkilan kerana kebanyakan pengemis ini datang dari negara Afrika dan ada juga dari negara Palestin. Apa yang menyedihkan lagi, sesetengah daripada negara-negara ini rata-ratanya beragama Islam! Kemanakah agaknya negara-negara Islam kaya lain seperti Arab Saudi sendiri, Brunei dan beberapa negara Islam kaya yang lain di dalam memberikan bantuan kepada negara-negara ini?

Penulis faham, faktor politik memainkan peranan di dalam isu ini tetapi atas dasar kemanusiaan, bantulah sedaya mana yang mampu. Persoalan pokoknya ialah di manakah fungsi OIC di dalam soal ini? Oh, penulis terlupa, memandangkan Pengerusinya sering tertidur, sering memberikan alasan “Saya tidak tahu, saya tidak terlibat!” maka jadilah negara Islam negara yang boleh diperkotak katikkan (José, typical Malay writer lagi!)
Bersambung....

2 comments:

Anonymous said...

Sebuah blog yang bagus... saya juga ingin berkongsikan pengalaman yang mungkin tidak banyak tetapi cukuplah sekadar ubat jiwa yang paling berkesan.. banyak pengalaman yang diperolehi tetapi hanya satu yang benar-benar menyentuh perasaan saya. Ketika tiba di Jedah... kami sekeluarga dibekalkan dengan satu set makanan oleh tabung haji sebelum berangkat menaiki pesawat untuk pulang ke tanah air... dalam saya tidak lalu makan makanan tersebut..dan ingin mengikuti jejak langkah nenek saya (orang tua selera kurang) untuk menghumbankan baki makanan tersebut ke dalam tong sampah.. seorang wanita pakistan datang menghimpit menghampiri saya meminta makanan tersebut sebelum dihumban ke dalam tong sampah dengan keadaan berkaki ayam.Melihat keadaannya saya memberikan makanan tersebut kepadanya... kemudian ibu dan bapa saya menambah buah2an dan air minuman yang nenek saya ambil dan diberikan kepada dia... Kami lihat dia tidak makan lagi makanan tersebut sehingga suami nya datang dan makan bersama2. melihat keadaan tersebut kami terus mencapai makanan untuk adik yang tidak berusik dan diberikan kepadanya. Saya berfikir ketika itu.. andaikata saya beri wang 3 riyal pada ketika itu sudah tentu dia tidak mampu untuk membeli makanan di lapangan terbang tersebut yang mana harga air coke sahaja sudah mencapai 6 riyal.. apa lagi makanan yang mengenyangkan. Barulah saya teringat kembali peminta2 sedekah di Mekah... mereka tidak meminta banyak cukup sekadar satu riyal tetapi mereka akan memintanya berulang kali setiap kali melalui didepan pintu hotel...apa yang dapat mereka beli dengan satu riyal tetapi doa mereka yang membuat saya menangis (sungguh pun tidak mengerti cukup dengan riak wajah mereka). Terasa dalam diri saya... bantuan yang saya rasa tidak berharga itu di Malysia sangat2 dihargai oleh orang2 yang kelaparan dan kesejukan diluar sana. mungkin sesetengah orang berkata orang tidak hidup kerana Doa tetapi hanya dengan doa kita meminta dengan Allah, dan jika mereka mendoakan kebaikan kita .. itu yang lebih baik dari dihujani segunung emas dan permata...

SENI BAHASA DAN SENI RUPA DALAM CERMINAN AKAL BUDI MELAYU

                                                                                Oleh - Hesmel Faznee Faisal Allahyarham Pendeta Za’ba (1985-...