KEMENANGAN KEPADA SATU KEKALAHAN

Oleh – Hesmel Faznee Ahmad Faisal

Perjuangan itu sebenarnya adalah satu proses yang panjang. Ianya lebih panjang daripada nama-nama gelaran yang diperolehi oleh seseorang pemimpin mahupun seorang menteri half past six (José, pinjam terminologi Tun Dr. Mahathir!) daripada sesebuah Sultan, Raja mahupun Yang Dipertua sesebuah negeri.

Perjuangan juga membuktikan seseorang itu mempunyai komitmen terhadap matlamat perjuangannya. Seorang pejuang yang mementingkan matlamatnya akan terus komited dengan perjuangannya.

Tetapi seorang oportunis akan senantiasa memikirkan consenquences terhadap kesan yang akan berlaku di atas perkara yang dilakukannya. Namun yang membezakan seorang pejuang dengan seorang oportunis ialah kesungguhan!

Penulis memulakan cerita merepek penulis ini (José, penulis ini hanyalah seorang penulis yang syok sendiri, buat apa baca cerita penulis?) dengan mempersoalkan tentang perjuangan kerana semua telah sedia maklum, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah “menang” (José, ingin penulis mengingatkan pembaca blog Bacalah bahwa penulis bukan obses dengan Tun Dr. Mahathir tetapi dengan keadaan sekarang, beliau sahajalah pemimpin Melayu yang benar-benar ada keberanian).

Walaupun beliau berjaya menduduki tempat ke-9 untuk melayakkan beliau ke Persidangan Agung UMNO (José, dalam persidangan itu hanya 7 orang dibenarkan pergi) ia merupakan satu tanda bahawa masih ada lagi ahli-ahli UMNO yang berani dan mempunyai perasaan hormat yang tinggi terhadap jasa-jasa beliau.

Semua pemimpin negara yang mempunyai taraf half past six “bersorak” di atas kekalahan Tun Dr. Mahathir. Ramai yang mula mencela, ada yang mengkritik dan ada yang memberikan gambaran bahawa era Tun Dr. Mahathir telahpun berakhir.

Ingin penulis kaitkan semula dengan perenggan pertama penulis di atas.

Seorang pejuang itu akan tetap terus berjuang walaupun di mana dia dicampak dan dimana dia buang. Apa yang penting, perjuangan harus diteruskan. Seperti apa yang telah berlaku kepada Tun Dr. Mahathir, ini adalah satu permulaan kepada perjuangan beliau dan juga untuk beliau meneruskan kritikannya kepada Pak Lah a.k.a the idiotic Prime Minister.

Beliau telah cuba untuk bercakap semasa di Persidangan Tahunan UMNO, tetapi peluang beliau telah dinafikan. Beliau cuba menegur tetapi telah dihujani dengan kritikan dan juga dilabelkan dengan panggilan iblis, beruk dan sebagainya. Pejuang sebenar tidak akan hiraukan dengan kritikan, gelaran dan juga dengan pelbagai bentuk panggilan.

Namun dalam realiti politk, inilah parti baru menggantikan UMNO, budaya baru UMNO. Mungkin itulah juga arah tuju dan pegangan ajaran baru Islam Hadhari (penulis teringat sesetengah orang memberitahu penulis ia sebenarnya Had Khairy...) yang mana jasa-jasa pemimpin dahulu perlulah dilupakan dan perlulah diabaikan.

Penulis teringat kepada lagu Don’t Speak nyanyian kumpulan No Doubt. Mungkin ada juga kena mengena dengan keadaan yang berlaku sekarang!

Pak Lah a.k.a the idiotic Prime Minister telah memberikan jaminan bahawa Tun Dr. Mahathir akan mempunyai tempat di dalam UMNO untuk menjayakan perjuangannya. Penulis siarkan petikan daripada akhbar Utusan Malaysia 10hb September -

HELSINKI 10 Sept. – Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memberi jaminan bahawa Tun Dr. Mahathir Mohamad masih mempunyai tempat dalam parti itu dan boleh memainkan peranan untuk menjayakan perjuangannya. Menurut Abdullah lagi, apa yang diharapkannya dan ahli-ahli UMNO, Dr. Mahathir akan menyokong usaha yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Beliau memberi contoh bagaimana bekas-bekas wakil rakyat BN membentuk Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) kerana semua mereka ingin terus berkhidmat dengan cara mereka sendiri demi perjuangan parti dan negara.

“Tun sendiri telah dilantik menganggotai kumpulan-kumpulan tertentu termasuk mengepalai Kumpulan Tokoh Penting Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).

“Beliau juga diberi inisiatif dalam Forum Keamanan Sejagat, Penasihat Petronas, Proton,’’ katanya pada sidang akhbar dengan wartawan Malaysia selepas menghadiri sesi Sidang Kemuncak Asia-Eropah Ke-6, di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata demikian semasa ditanya berhubung peranan yang boleh dimainkan oleh Dr. Mahathir dalam UMNO setelah tidak terpilih sebagai perwakilan UMNO Bahagian Kubang Pasu ke perhimpunan agung parti itu.

Beliau berkata, bekas Perdana Menteri itu akan dijemput ke Perhimpunan Agung UMNO November ini. ‘‘Tun tidak dikecualikan,’’ katanya.

Dalam pemilihan semalam, Dr. Mahathir hanya mendapat tempat ke-9, daripada tujuh yang dipilih melalui pengundian. Kekalahan Dr. Mahathir semalam menarik perhatian banyak pihak mengenai kedudukannya dalam UMNO dan sumbangan yang boleh diberikan kepada parti itu dan rakyat.

Benar, samada Pak Lah a.k.a the idiotic Prime Minister kurang cerdik ataupun dia telah terjumpa syaitan semasa pencarian abadinya itu, seperti yang dinyatakan oleh sesetengah orang.. Lalu syaitan telah menasihatkan dia untuk mengeluarkan kenyataan-kenyataan di atas. Tidakkah terdapat sedikit unsur mengungkit di dalam kenyataan seperti “Beliau juga diberi inisiatif dalam Forum Keamanan Sejagat, Penasihat Petronas, Proton,”?

Jadi jika begitu, apakah isu-isu lain yang berlaku di dalam negara tidak perlu disentuh hanya kerana Tun telah diberikan “inisiatif” di dalam perkara-perkara lain?

Apa yang cuba penulis maksudkan di sini ialah apakah perjuangan itu berbentuk selektif ataupun ianya hanya dibenarkan jika perjuangan itu sejajar dengan perjuangan Pak Lah a.k.a the idiotic Prime Minister ini?

Adakah Tun Dr. Mahathir seperti ahli-ahli kader UMNO lain yang hanya memberikan sokongan bulat-bulat tanpa mempunyai ruang untuk menegur, seandainya perjuangan itu tersasar dari matlamat asal?

Baru-baru ini, masalah orang Melayu Pulau Pinang telah menjadi tajuk utama di akhbar-akhbar negara. Ramai yang menyalahkan kepimpinan negeri, terutamanya Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon kerana dikatakan beliau gagal memajukan orang-orang Melayu Pulau Pinang.

Lalu muncullah (atau timbullah) cadangan daripada pelbagai pihak di negeri itu supaya jawatan Ketua Menteri itu digilirkan seperti apa yang telah dilakukan di Sabah tidak lama dahulu. Isu Melayu di Pulau Pinang ini sebenarnya bukanlah satu isu pembuka mata kepada ramai pihak, malah ia adalah satu isu yang berpunca daripada masyarakat Melayu itu sendiri.

UMNO, selaku wakil masyarakat Melayu di sana. Apakah aktiviti utama mereka demi memakmurkan kemajuan masyarakat Melayu tersebut? Penulis sebagai anak kelahiran Pulau Pinang dan dibesarkan dan melalui zaman remaja dan dewasa sebelum berpindah ke Shah Alam telah melihat segalanya.

Benar, masyarakat Melayu Pulau Pinang persis masyarakat Melayu di Singapura namun apakah langkah-langkah yang benar-benar diambil oleh UMNO Pulau Pinang demi menaikkan martabat Melayu di sana? Di sini, ingin penulis bangkitkan semula isu perjuangan. Apakah perjuangan yang diperjuangkan oleh UMNO Pulau Pinang itu mendapat sokongan padu orang Tanjung (José, pinjam terminologi Sasterawan Negara, Datuk Noordin Hassan – seorang anak jati Tanjung) ataupun ia hanya dipenuhi retorik semata?

Adakah UMNO Pulau Pinang (José, dibahagian Tanjung dan bukan di bahagian Kepala Batas kerana nasib mereka di sana tidaklah seburuk nasib Melayu Tanjung!) mengambil inisiatif tersendiri tanpa mengharapkan bantuan UMNO Pusat mahupun Kerajaan Pusat? Atau adakah mereka hanya terlalu bergantung kepada bantuan Pusat tanpa meminta pertolongan atau bekerjasama dengan Kerajaan Negeri?

Memang tidak dinafikan, UMNO Pulau Pinang mempunyai kelompok mereka tersendiri. Ini akan menyukarkan lagi perkembangan dan juga pembangunan masyarakat Melayu di sana sendiri. Kekayaan, mahupun kesenangan yang diperolehi oleh mereka juga berbentuk selektif. Jadi bagaimanakah Melayu di sana hendak memajukan diri mereka?

Ini berbeza dengan UMNO di bahagian Tanah Besar (José, ini merujuk kepada Kepala Batas, Permatang Pauh dan juga di kawasan yang berdekatan) yang mempunyai kebajikan yang terpelihara dan juga mereka lebih selamat dibandingkan dengan Melayu di Tanjung.

Benar, Ketua Menterinya adalah seorang pemimpin daripada Gerakan (José, satu-satunya ketua menteri yang bukan terdiri daripada orang Melayu) tetapi ia tidak boleh dijadikan alasan bahawa beliau tidak menjaga kebajikan orang Melayu kerana kebajikan orang Melayu dijaga oleh UMNO. Apa yang UMNO lakukan hingga Melayu Tanjung menjadi sebegini?

Penulis juga hairan dengan perjuangan UMNO sekarang. Apakah yang sebenarnya berlaku di dalam parti “keramat” (José, ia tidak lagi keramat kerana Presidennya half past six!) ini kerana baru-baru ini ia akan menganjurkan satu perhimpunan yang paling kurang cerdik di dalam tempoh 60 tahun penubuhannya? Penulis memetik akhbar Utusan Malaysia seperti berikut –

LUMUT 10 Sept. – Satu perhimpunan membabitkan 50,000 ‘mat rempit’ seluruh negara akan diadakan di Stadium Nasional di Bukit Jalil, Kuala Lumpur dari 10 hingga 12 November ini.

Pengerusi Putera UMNO, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dijadual merasmikan perhimpunan tersebut yang merupakan acara kemuncak Karnival Bermotor Putera UMNO 2006. ‘‘Perdana Menteri akan memberi amanat kepada ‘mat-mat rempit’ tersebut agar mereka menjadi generasi yang lebih berguna dan berwawasan,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini. Beliau berkata demikian selepas upacara penutupan Karnival Bermotor Putera UMN0 di Teluk Batik di sini. Upacara penutupan dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Sains Teknologi dan Sumber Manusia, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir.

Serentak itu, Zambry yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor melancarkan Kelab Bermotor Perak. Kira-kira 8,000 ‘mat rempit’ dari Lembah Klang, Perak, Kedah dan Pulau Pinang berkumpul di pusat peranginan terkenal Perak itu sejak semalam. Selain berkonvoi dari Dataran Merdeka ke Teluk Batik, mereka juga diberikan ceramah motivasi, seminar keselamatan jalan raya serta melakukan aktiviti kemasyarakatan dan gotong-royong. Antara aktiviti gotong-royong yang dilakukan termasuk membersihkan surau, masjid, sekolah, rumah orang miskin dan tadika. Abdul Azeez berkata, beliau percaya program tersebut berjaya menyedarkan ‘mat-mat rempit’ yang majoritinya Melayu tentang tanggungjawab dan peranan mereka sebagai aset negara.

‘‘Kita kena ubah pendekatan untuk tangani masalah mat rempit ini, saya percaya mereka sebenarnya dahagakan kepimpinan.

‘‘Jika terima cara kepimpinan yang betul, Insya-Allah potensi mereka dapat digunakan dalam saluran yang betul, bermula dari sekarang saya tidak mahu menoleh lagi ke belakang, saya akan terus bersama mereka,” katanya. Beliau berkata selepas ini kumpulan yang sama akan terlibat dalam program berbuka puasa pada Ramadan ini dengan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Saya juga merancang untuk menganjurkan majlis Hari Raya Aidilfitri khusus untuk ‘mat-mat’ rempit supaya mereka dapat berkumpul beramai-ramai dan berkongsi kegembiraan bersama-sama,’’ katanya
.

Penulis tidak kisah jika niatnya murni untuk mendisiplinkan Mat-Mat Rempit tetapi untuk menganjurkan satu perhimpunan semata-mata menghimpunkan para Mat-Mat Rempit ini persis mengiktirafkan mereka sebagai parasit masyarakat. Dan apa yang lebih menyedihkan ialah apabila Pak Lah a.k.a the idiotic Prime Minister dijemput merasmikan perhimpunan tersebut.

Pentingkah seorang Perdana Menteri itu untuk turun sama menjayakan perhimpunan ini? Tidakkah ada agenda lain yang perlu diselesaikan? Mengapakah perhimpunan ini perlu diadakan?

Dan apabila Pak Lah a.k.a the idiotic Prime Minister merasmikan perhimpunan ini ia persis benar-benar mengiktirafkan parasit-parasit ini ketaraf yang lebih tinggi. Bodohkah kita atau kita mempunyai Perdana Menteri yang kurang cerdik?

Kita kan tersesat pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Saudara,

It looks like your ideas are similarly shared with other concerned Malaysians. Perhaps you should also check this brilliant website KMU at beritakmu.net

Latest news, Tun lashed out at YDP paklah during his press conference early today, also about the "orchestrated" Kubang Pasu polls.

Catatan popular daripada blog ini

MENANGGUK DI AIR YANG KERUH

APAKAH AVM DAN BENARKAH ANDA HANYA MENGALAMI MIGRAIN?

PEMIKIRAN KREATIF